"Adik cakap tak sabar nak jumpa abang. Cepat sembuh ya abang" beritahu Alyah sebak.

Ilham tersenyum lemah sebelum menutup matanya. Alyah tidak suka melihat keadaan Ilham begitu.

"Adik mengantuk ya?" pertanyaan Alyah dibalas anggukan dari Ilham.

"Biar mummy tidur dengan Ilham. Mummy rindu Ilham."

Ilham Cuma menganggukkan kepalanya.

Perlahan-lahan Alyah mengambil Ilham dari dukungan Haikal. Ringan. Itu yang dirasai Alyah saat mengangkat tubuh Ilham. Baru dua hari ditinggalkan tubuh Ilham sudah susut.

Dia merebahkan tubuhnya secara mengiring dam meletakan kepala Ilham di lengannya sebelum memeluk Ilham dengan erat sekali.

Setelah sekian lama, baru Ilham terlena didakapan Alyah. manakala Haikal dan Putri keluar dari wad tersebut

"Abang, beritahu kat Alyah apa berlaku dengan Ilham?" Alyah terus menyoal.

"terdapat Jangkitan di paru-paru dan Ilham demam panas." Terang Encik Izzudin.

"Sampai hati abang rahsiakan dari Alyah" luah Alyah sebak. Dia merapatkan kepalanya kearah Ilham lalu mengucup penuh kasih. Panas.

"Abang buat semua tu sebab abang tak nak sayang stress. Abang nak sayang rehat secukupnya"

"Kenapa pula dengan darah tu? Ilham kurang darah ke?"

"Ah arr.. dia kurang darah" jawab Encik Izzudin perlahan.

"Abang cakap betul-betul. Alyah tahu sangat muka abang bila berbohong." Dah 17 tahun dia bersama dengan Encik Izzudin segala gerak geri suaminya dia tahu.

"Ilham muntah darah semalam"

"Allah" Alyah mula menangis.

"Alyah nak jaga Ilham malam ni"

"Tak boleh.. sayang tengah sarat tu"

"Alyah tak nak tinggalkan Ilham sorang-sorang."

"Jangan risau mummy, Putri dan Haikal boleh jaga Ilham" celah Putri sebaik sahaja muncul didepan pintu wad tersebut.

"Betul cakap Kak Long.. mummy perlu jaga kandungan mummy yang bila-bila masa nak meletup tu. Jangan risau mummy, kami ada untuk jaga Ilham. Siang mummy jaga, malam kami yang jaga Ilham pula. Mummy forbidden jaga waktu malam" Beritahu Haikal pula.

"Dengar tu sayang.. anak-anak pun larang sayang jaga Ilham waktu malam."

Alyah mengeluh sebelum mengangguk. Macamlah mereka akan dengar pendapatnya jika mereka bertiga bergabung. 3 lawan 1 memang sah dia akan mengalah.

****************

"Sayang kenapa ni?" soal Encik Izzudin sebaik sahaja melihat Alyah merebahkan tubuhnya di atas katil selepas solat subuh.

"penat bang.. baby asyik menendang sejak malam tadi sampai sakit pinggang Alyah."

Kasihan Encik Izzudin melihat keadaan isterinya itu.

"Kenapa anak papa buli mummy ni? kasihan mummy sakit." Ujar Encik Izzudin sambil mengusap perut isterinya yang tunggu hari sahaja lagi. Alyah turut mengusap perutnya itu. tak sabar menanti kelahiran anak yang ke-10 itu.

"Alyah risau tak mampu jaga dia bang" luah Alyah kepada Encik Izzudin sambil mengusap perutnya itu.

"Tak apa.. abang kan ada. abang akan jaga dia bersama sayang." Dia turut merebahkan tubunya di sebelah isterinya. Wajahnya dirapatkan kewajah Alyah dengan beralaskan lengannya.

"Alyah risau kalau tak boleh bahagikan masa dengan anak-anak. Dengan baby lagi. dengan keadaan kesihatan Ilham lagi. Alyah risau"

"Tak payah risau sangatlah sayang.. abang pasti sayang boleh membahagikan kasih sayang bersama anak-anak dengan adil."

"Alyah terfikir apa umi cakap bang.. kalau Alyah fikirkan balik. Alyah macam berat sebelah lebihkan Ilham dari anak-anak yang lain" luah Alyah sebak.

"Ish mana ada sayang berat sebelah. Abang tengok sayang layan anak-anak adil je tak ada yang lebih-lebih. Dah.. jangan fikir sangat benda tu. Abang nak sayang tumpukan perhatian sepenuhnya kepada baby kita ni selepas bersalin. Selepas baby dah besar baru kita fikir step seterusnya. Okay?"

Alyah berfikir sejenak sbelum mengangguk.

"Dah sayang pergi tidur. Rehat secukupnya. Biar abang uruskan anak-anak" beritahu Encik Izzudin.

Dia merapatkan tubuhnya kearah Alyah lalu memeluknya dan membelai kepala Alyah penuh kasih dan cinta.

Alyah menyemban wajahnya di bidang dada suaminya. Perlahan-lahan kelopak matanya tertutup. Akhirnya dia terlena didakapan suaminya itu.

**************

BLUARGGG

Ilham tersedar dari lena lalu memuntahkan isi perutnya di dalam bakul. Haikal mengosok belakang Ilham.

"nak mummy" rengek Ilham perlahan.

"abang tahu. Kejab lagi mummy datang ye Ilham. Ilham perlu bersabar ya" pujuk Haikal.

"nak balik" rengek Ilham lagi

"Ilham perlu sembuh dulu baru boleh balik" pujuk Haikal tanpa leju.

"abang Ilham nak muntah lagi"

Haikal merapatkan kepala Ilham kearah baldi yang disediakan olehnya

BLUARGG

"Allah" ucap Haikal. Dia Tak sanggup melihat keadaan adiknya sakit begini. Dia masih kecil lagi untuk lalui semua ini

Setelah mengeluarkan segalah isi didalam perut. Ilham merebahkan kepalanya di atas bantal. Tubuhnya berasa panas dan dadanya terasa sakit sangat.

"Abang tak leh nafas.. uhuk..uhuk..uhuk" dada Ilham sudah berombak. Dengan pantas Haikal memasang semula mask di mulut Ilham. Dia meningkatkan saluran bantuan oksigen.

"Okay?"

Ilham mengangguk.

"Maaf menyusahkan abang."

"Adik tak menyusahkan abang pun" ujar Haikal lalu mengusap kepala Ilham.

Ilham memadang wajah Haikal sebelum berkalih kearah lain. Bulat matanya apabila melihat susuk tubuh budak perempuan dibiliknya.

Haikal mengerutkan dahinya kerana berasa pelik dengan kelakuan adiknya itu.

"kenapa dik?" soal Ilham.

"tu" Jari telunjuknya menunjuk kearah budak perempuan itu. Haikal turut mengikut arah yang ditunjuk oleh adiknya tapi kosong.

"Adik cakap apa?" dia melihat mulut adiknya seperti mahu bercakap

"Ada budak perempuan kat situ. abang tak nampak ke?" soal Ilham sedikit payah. Entah mengapa dia sukar menarik nafas dan dadanya masih terasa sakit.

"Adik jangan merepek. Dah jangan tengok arah sana." Ujar Haikal lalu membaca doa yang mengusir sesuatu yang tidak elok didalam bilik tersebut.

"Muka dia macam nak minta tolong.. Dia ajak adik.."

Beeeepppppppppppp------------

Sebaik sahaja Ilham bercakap seperti itu, monitor yang menunjukkan degupan jantung Ilham menjadi lurus. Cepat-cepat dia menekan punat kecemasan

Cardiac Arrest

Jangan PergiWhere stories live. Discover now