Bab 1

132 33 20
                                    


Setelah memastikan kan tiada sesiapa di ruang koridor, Yeera akhirnya mengeluarkan gelak jahatnya yang sedari tadi di tahan.

'Bagus, nampaknya cikgu semua dah mula percayakan aku. Huh, tak sia-sia usaha aku selama ini. Berbaloi gak'

Mengingati kembali saat-saat dia bersusah payah hendak merebut gelaran President tiga tahun lepas.

Demi nak tunjukkan kepada semua yang dia mampu lakukan, Yeera terus menerus memaksa dirinya berkebolehan dalam semua bidang dan mencapai tahap yang paling tertinggi dalam hierarki.

Mendapat kedudukan pertama dalam keseluruhan tingkatan? Otak dia taklah segenius mana, jadi Yeera sanggup tidak tidur malam semata-mata nak ulangkaji dan buat latih tubi beribu-ribu kali.

Membelasah 5 orang pelajar lelaki sekaligus ? Yeera melatih dirinya mempelajari seni pertahanankan diri sedari kecil dan membuat latihan yang meningkat keupayaan fizikalnya setiap petang di taman.

Mempunyai kelajuan sepantas cheetah? Hari-hari dia kena kejar dengan anjing gila milik ajushi sebelah rumah.

Namun, kesemua itu adalah ganjaran yang diperoleh daripada usaha kerasnya selama ini.

Motif utama Yeera medapatkan jawatan presiden adalah semata-mata hendak memberikan suasana persekolahan yang aman dan harmoni demi satu-satunya adik lelakinya yang akan memasuki persekolahan untuk pengambilan kemasukan pelajar Tahun Pertama.

Adiknya, Park Jihoon menghidap penyakit jantung berlubang sejak lahir dan tidak boleh berhadapan dengan situasi yang tegang dan tertekan.

Yeera tidak mahu satu-satunya adik kesayangannya dibuli di sekolah yang memang terkenal dengan pelajar berperangai syaiton durjana, iaitu Sekolah Menengah Huwarang.

Mindanya melayang memikirkan adik kesayangan yang kini sedang berehat di rumah selepas menjalani pembedahan beberapa minggu yang lepas di hospital.

Bibir merahnya mengukir senyuman kelat.

'There is still some time left to change everything.... '

*********

Yeera mengerang kesakitan ketika dia menumbuk lembut bahunya yang terasa tegang.

Sengal satu badan dia dibuatnya selepas penat mengejar dan membelasah lahenat tak guna.

Namun, kaki tetap melangkah perlahan-lahan menuju ke kelas.

Ketika hendak melepasi lorong koridor yang terletaknya tangga di seberang, Yeera bertembung dengan dua orang manusia yang berdiri di tengah-tengah alam.

'Asal diaorang ni tak masuk kelas lagi? Memang kena repot dekat cikgu ni' dahi Yeera berkerut.

"U-urmm, saya sebenarnya suka awak!"

Mata bundar milik Yeera terbeliak. Mulutnya ternganga besar seakan-akan menjemput lalat masuk ke dalam. Ada orang tengah luah kan perasaan!

'Tapi kenapa time-time ni gak kau nak wat hah? Sekarang ni waktu Pdpc lah woiii'

nak aja Yeera sound setepek tapi ditahan mulutnya daripada mengeluarkan suara.

Dia pun nak gak tahu macam mana orang luahkan perasaan ni. Sebab dia tak pernah buat dan tak berkeinginan pun nak bercouple.

Cuma ingin tahu aja. Alah, dia bukan nak kacau daun pun.

"Maaf... aku tak berminat. Kau carilah lelaki lain"

sepotong ayat yang boleh tahan sentapnya terkeluar daripada mulut si lelaki.

Yeera tidak nampak sangat rupa pelajar lelaki tersebut sebab dia berdiri membelakangi Yeera.

'Tapi mak oii, tinggi lampai kemain macam galah. Ni mesti stok bebudak basketball', Fikir Yeera.

Ekspresi wajah pelajar perempuan yang luahkan perasaan itu berubah. Air mata mengalir keluar daripada tubir mata dan segera berlari meninggalkan lelaki itu keseorangan.

Eh?

Kepelikan melanda.

Macam tu je?

Dahi berlapis-lapis macam kuih lapis

Asal endingnya boring semacam?

Mulut muncung sedepa. Tak puas hati.

Mana scene kiss?

[OG] Miss President is My Maid || KTHWhere stories live. Discover now