HOHB : 10

5.8K 289 4
                                    

SUASANA yang senyap membuatkan Elvina dan Ilham terasa kekok apabila duduk bersama. Apatah lagi, satu bilik. Hanya bunyi aircond berbunyi memenuhi bilik.

"Saya nak mandi," Elvina terus bangun dari duduknya.

"Aku nak keluar."

Kata mereka serentak dan mereka berpandangan. Baru sahaja Elvina bangkit dari duduknya, dia duduk di birai katil kembali.

"Awak nak kemana tadi?" Bukannya Elvina pekak tidak mendengar apa dikatakan oleh Ilham tadi. Tapi dia mahu mendengarnya lagi.

Ilham tidak menjawab lalu dia terus menghilangkan diri disebalik pintu bilik air bersama tuala di bahu.

Elvina mendengus geram lalu menjeling pintu bilik air itu. 'Ek eleh mamat ni kerek sangat kenapa? Aku tanya aje! Tu pun taknak jawab!' ujarnya berang dalam hati. Pantang betul dia kalau orang tidak membalas kata-katanya.

Dia kembali bermain dengan talefonnya. Mesej Dahlia dibaca membuatkan dia tergelak kecil.

Congrats beb kau dah kahwin dah at last!

Terbahak-bahak Elvina ketawa membaca mesej tersebut dan serentak itu pintu bilik air dibuka. Dari hujung matanya dia nampak Ilham keluar dengan siap berpakaian, bukan macam cerita melayu yang bila heronya keluar heroinnya menjerit malu. Kalau Ilham berbuat sedemikian kepada Elvina, dia akan menjerit suka.

Melihat Ilham yang telah keluar dari bilik air, Elvina bingkas bangun lalu berjalan muluru ke Ilham.

"Awak nak pergi mana ni?" soalnya sekali lagi apabila nampak Ilham sedang mempacking baju dan memasukkannya ke dalam satu bagasi hitam bersaiz kecil.

"Kerja. Aku tak balik dalam 3 hari. Aku nak kau duduk sini aje. Nanti bila aku dah balik baru kita bincang pasal kita," selamba Ilham berkata, dia keluar bersama bagasi kecil tadi serta membawa satu set persalinan baju di dalam sebuah beg plastik untuk baju lalu memulas tombol pintu melangkah keluar.

Elvina tersentak. Dia tinggal sini bersama Harita, ibu mertuanya selama 3 hari? Bukan dia tidak suka tapi dia sudah mula kerja esok, Ilham tak tahu ke Damansara itu jauh dari Klang? Pukul berapa dia kena keluar esok?

Baru sahaja Ilham mahu menurun tangga, dia rasa tangannya ditarik oleh Elvina. Dia mendengus geram. Apa lagi lah makcik ini nak?

"Am, kalau saya duduk sini, pukul berapa saya nak pergi kerja esok? Tau tak Damansara dengan Klang ni jauh?"

"Tau." Jawab Ilham dingin. Dingin dan selamba.

"Habistu? Bagi ajelah saya duduk dekat Damansara dengan umi!" Elvina memprotes. Mahu gila kalau dia perlu mengulang alik dari Damansara ke Klang selama 3 hari! Dengan kesedakn lalu lintas pagi dan petang dia. Mahu mati kejung dia duduk dalam kereta!

"Oh, tak sangka pula yang menantu baru ibu ni selfish juga orangnya? Sanggup tinggal ibu mertua sedangkan dia pergi duduk happily dekat Damansara sana?" tembak Ilham sinis sambil matanya memandang Elvina atas bawah.

"Awak merepek apa ni? Betullah apa yang saya kata tu!"

"So? That's not my problem." balas Ilham lagi dan terus turun dari tangga lalu memakai kasut laju sebelum melangkah keluar dari rumah. Tak sampai beberapa minit, Elvina mendengar bunyi kereta Honda Civic Ilham mengaum di porch.

Sekarang ini memang Elvina rasa mahu saja dia mencekik-cekik lelaki itu! 'Berani dia tinggalkan aku dekat sini? Dahla tak berperikemanusiaan! Selamba je suruh aku duduk sini! Takpelah nanti aku minta dia duit minyak!' bentaknya dalam hati sambil menaiki tangga dan masuki biliknya semula.

Her Other Heartbeat | TERBITWhere stories live. Discover now