Ilham mengeluh sambil mengusap belakang badan ibunya. Dia tahu ini salahnya, tetapi sekarang bukan masa yang sesuai untuk menunding jari kepadanya.

"Bu, benda dah lepas, bu,"

"Tak Am, dia dah malukan kita, Am. Am nak buat apa lagi?" keluhnya lemah. Dia sudah kepenat. Sejak Ilham lahir ke dunia, benda baik jarang jadi kepadanya. Dia menoleh ke kiri dan kanan mencari kaum kerabat suaminya namun, haram mahu nampak batang hidung!

"Ibu nak Am buat apa? Am dah call dia, dia tak angkat," Ilham berkata kesal. Rasa bersalahnya semakin membuak.

"Ita, kitorang balik dululah. Anak kau tak kahwin kan? Ada baik juga kitorang balik, jaga anak. Yelah, kami nak pastikan anak kami punya majlis tak adalah batal macam sekarang. Nak jaga suami lagi..." kata ketua makcik bawang Jalan Belimbing, Kiah kepada Harita.

Mendengarkan kata-kata nista daripada Kiah membuatkan Harita segera bangkit dari duduk dan menentang mata Kiah dengan matanya tajam menikam. "Hah, siapa kata anak aku tak kahwin harini? Sedap mulut kau aje kan, Kiah? Apa kau ingat anak aku ni tak laku macam si Hazil anak kau tu?" bidas Harita membalas sindiran Kiah itu.

Kedua belah mata Ilham terbeliak terkejut. Siapa pula pengganti Ratna?

"Dengan siapa, bu?" Dia berbisik ke telinga kiri ibunya.

"Dia," Jari Harita menunding  kepada seseorang. Semua mata memfokuskan kepada jari telunjuk Harita.

Mata Ilham terbeliak. Itulah wanita yang dia tenung tadi. Wanita berbaju kurung moden pink dan dipadankan bersama tudung dUCk berwarna senada. Wanita yang sedang bercakap dengan Dahlia dan Hadi bagaikan sudah kenal lama. Seingatnya, itulah wanita yang tahan ibunya daripada melempang Datin Sarah tadi.

"Elvina."

Nama itu membuatkan Ilham tersedar sesuatu kerana ingatannya bagai tertingat akan seseorang yang bernama Elvina.

Luna Elvina?





"LAH camtu ke?" Elvina terangguk-angguk mendengar cerita Hadi tentang kisah percintaan tahi kucing diantara Ilham dan Ratna.

"Haah, Ratna tu memang liar sikit tapi Am kata dia baik. Aku pun malas nak tegur lebih-lebih. Aku bukannya sesiapa pun," balas Hadi sambil mengusap pipi anaknya, Rina.

"Tapi macam mana dia boleh sayang sangat pada minah tu?" Soalan itu asyik berpusing dalam kepalanya

Hadi menjongketkan bahunya tanda tidak tahu. "Entah, minah tu pakai minyak dagu kot," balas Hadi selamba dengan mulut celuparnya.

Tiba-tiba bahunya dipukul oleh Dahlia disebelahnya. "Jaga sikit mulut tu boleh tak? Ilham tu kawan awak, kan?" Matanya dijegilkan kepada suaminya yang suka cakap lepas. Dia yang perempuan ni pun tak suka bergosip macam suaminya!

"Kau tak rasa maybe dia curang dengan Am ke?"

"Ada kemungkinan juga," tokok Hadi sebelum perasan yang semua mata melihat mereka bertiga berbual.

"Elvina, datang sini, sayang," ujar Harita seraya memanggil Elvina datang kepadanya.

Elvina keliru, namun dia tetap bangun dari duduk dan menghampiri Harita. Tadi, dia memberikan ruang kepada anak beranak berbincang, itu yang dia pergi bergossip dengan Hadi dan Dahlia.

"Ya aunty? Aunty nak apa apa ke?" soalnya dengan nada suara yang lembut.

"Ada, kahwin dengan anak aunty, Am, boleh?" Harita menyuarkan hasratnya ditengah khalayak ramai.

Elvina tergamam kemudian dia tergelak kekok. "Apa ni aunty, tak kelakar lah." Dia berubah nervous dan mukanya menjadi merah padam menahan malu apabila semua mata merenungnya.

"Yelah Ita, kenapa libatkan anak aku?" Tiba-tiba Juwita datang mempertahankan anak perempuannya.

"Tolong aku, Ju. Bagilah aku kahwinkan anak kau dengan anak aku. Aku terdesak, ni." Harita sudah melutut dihadapan Elvina dan Juwita bagaikan orang tak siuman.

"Ita, bangun," arah Juwita. Dia memandang Elvina resah melihat Harita yang sudah merayu itu.

"Tak apalah, ibu, kita batalkan aje majlis ni. Am ok," Jujurnya dia sedikit tersentak bila ibunya menyuarkan hasrat untuk mengahwinkan dia dengan Elvina. That Elvina.

"Tak apa, biar aunty dengan Elvina berbincang dekat dalam dulu, ya?" belum sempat Elvina mahu membalas, Juwita terlebih dahulu menarik tangan Elvina ke bahagian dapur.

"Macam mana, El?" Jujurnya dia mahu jadikan Ilham menantunya tapi dia tidak akan sesekali memaksa anaknya berkahwin dengan sesiapa sekalipun.

Elvina menggeleng laju. "Taknak! Ilham tu jahat tahu tak, umi? He made me cry! Dia tu sampah tak guna tahu?" Mustahil dia akan melupakan kejadian 9 tahun lepas apabila dia dihina teruk oleh Ilham bagai tiada maruah diri.

"Elvina, slower down your voice. Tapi, tak kesian ke tengok aunty Ita?"

"Tak! Itu masalah dialah! Anak dia yang salah pilih calon isteri dan sekarang umi nak El gadai masa depan untuk Ilham bodoh tu? Memang taklah!" Elvina masih tidak mahu berganjak dari keputusannya langsung.

"El, tolong umi? Ini kali pertama umi minta El kan? Tolong aunty Ita?" Juwita menggengam erat tangan Elvina.

Elvina mengeluh. Dia memang kasihankan Harita tetapi untuk dia menerima Ilham adalah mustahil! Ingat kahwin ni macam main masak-masak ke? Ini soal masa depannya juga!

Tapi... inilah masanya untuk buat Ilham tunduk dan ikut katanya?

"El?" panggil Juwita penuh harapan.

Elvina mengeluh lemah lalu mengangguk perlahan sambil melepaskan pegangan tangan uminya.

"El terima. But if anything happen, umi kena ingat yang bukan El puncanya." Jika dia bersetuju, dia meletakkan harapan pada Ilham untuk sama-sama berusaha demi hubungan mereka kerana dia akan usaha yang terbaik buat mereka.

Itu janjinya.

Terus Juwita medepakan tangannya memeluk Elvina erat. "Umi janji."


EDITED ON 1.22 AM 24/3/2020

Her Other Heartbeat | TERBITWhere stories live. Discover now