Chapter 34 - Too lost

1.4K 143 76
                                    

《♡》

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

《♡》

" Hun, you nak tidur dekat rumah i lagi tak?"

Mendengar pertanyaan itu, Sehun dengan pantas menamatkan panggilan telefonnya bersama Dahee. Seakan lupa terus tentang si isteri yang berada di rumah. Kakinya membuka langkah menghampiri gadis yang berdiri di muka pintu bilik.

" Ya, i masih nak bermalam dekat sini." Bicara Sehun lembut sebelum membentuk senyuman

Yang pasti, jawapan Sehun mengundang rasa gembira dari gadis itu sehingga dia  memeluk tubuh Sehun. Kepalanya mendarat pada dada sasa milik model kacak itu.

" Hun, walaupun sejak beberapa hari ni i dapat peluk you, i tetap rasa nak peluk you je sepanjang masa. "

" Hish, mengadanya."

" Biarlah, you're my Oh Sehun right"

Pelukan semakin dieratkan dan Sehun tersenyum lagi. Dia turut membalas pelukan dan kepala gadis itu diusap perlahan.

" You tetap sama, masih manja macam dulu." Ujar Sehun, mungkin terkenang kembali kenangan dia bersama gadis itu.

Senyuman masih terbentuk pada bibir gadis itu dan dia lantas meleraikan pelukannya bersama Sehun. Wajah Sehun dipandang.

" Erm, you pergi bersihkan diri dulu. I tunggu you dekat bawah, kita dinner sama - sama dengan mummy ."

" Okey, sweetie "

Gadis itu lantas keluar dari bilik yang menjadi bilik sementara Sehun. Manakala Sehun mengambil tuala di penyangkut sebelum kakinya membuka langkah ke arah bilik air.



















" Hun, you nak tidur dekat rumah i lagi tak?"

Setelah mendengar suara milik seorang gadis di hujung talian, panggilan terus dimatikan oleh si suami.

Dan sekarang, Dahee hanya termenung jauh. Lama keadaan dia seperti itu. Tertanya - tanya pada diri sendiri , mengapa Sehun sanggup berbuat demikian.

Mungkinkah salahnya sehingga Sehun seperti itu?

Atau Sehun benar maksudkan bahawa dia sudah dianggap orang luar.

Mungkin juga jejaka itu tidak mencintainya lagi?

Atau selama ini Sehun tidak mencintainya.

Semakin Dahee memikirkan tentang Sehun, semakin dia menyedari sesuatu perkara.

" Kenapa kau nak ambil kisah, Kim Dahee? Kenapa kau nak sakit hati bagai ? Kenapa kau nak rasa kecewa juga ? Kau bukannya cintakan Sehun pun. Dia buat perangai, biarlah dia. Dia ada dengan perempuan lain, biar jelah dia. Kau sendiri pun tak pernah berharap perkahwinan ni akan kekal. Kalau dia berubah hati sekali pun dari kau, biar je dia. Lelaki ni sentiasa dengan ayat - ayat manis dia. Kalau tak berjaya juga, mulalah guna luahan perasaan cinta tu. "

[O.G] Mr. Hot Model And Me | j.de & o.shWhere stories live. Discover now