Chapter 30 - Something

1.9K 107 117
                                    

《♡》

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

IPhone 8 yang di-setkan menjadi jam loceng berbunyi tepat pada pukul 6.00 pagi. Kepala digerakkan sedikit dan kelopak mata dicelik. Tangan mendarat pada bahagian mata lalu digosok dalam kadar perlahan.

Tanpa menyedari suatu perkara, Dahee menggerakkan tubuhnya untuk bangun dari pembaringan. Namun ada sesuatu yang menghalang , menyebabkan dia sukar untuk bergerak. Pandangan terus beralih pada tubuh dan Dahee baru menyedari bahawa tangan sasa si suami melingkari pinggang rampingnya. Malah wajah Sehun begitu hampir dengan leher jinjang miliknya. Seketika, dipandang wajah Sehun yang masih tidur.

Dia ni tak serik langsung kan? walaupun apa yang aku cakap malam tadi, agak menyakitkan hati dia, aku elak dia..dia tetap dekat dengan aku.

Hati kecil Dahee berbisik sambil mata masih setia memandang wajah Sehun. Ya, selepas memberikan jawapan telah menyakitkan hati Sehun, Dahee tidur berpaling dari jejaka itu. Disangka, Sehun akan melakukan perkara yang sama padanya. Namun pagi ini membuktikan model kacak itu langsung tidak putus asa untuk mendekati dirinya ( Dahee ) lagi.

Tanpa sebarang bunyi dan pergerakan yang banyak, Dahee perlahan cuba mengalihkan tangan sasa milik Sehun dari pinggangnya. Seketika, telingan Dahee menangkap bunyi suara sayup Sehun.

" Uhh, hmmm." Ya, si suami bergerak namun tangannya semakin erat melingkari pinggang Dahee. Wajahnya ( Sehun) dibenamkan pada leher si isteri. Tindakan jejaka itu menyebabkan tubuh Dahee terkaku seketika. Dengusan halus, Dahee lepaskan dan bibir bawahnya digigit

" Awak, tangan awak tu. Saya nak mandi, nak bersiap pergi kerja ni." Pinta Dahee sambil tangannya menepuk lembut tangan Sehun yang melingkari pinggangnya.

Mendengar suara si isteri, Sehun mengangkat wajah dari leher Dahee lalu mata dicelik perlahan.

" Tak puas lagi tidur dengan kauuuu lahhh." Bagaikan budak kecil, jejaka itu merengek. Puncuk hidung digesel pada pipi milik Dahee. Manja sangat.

Hish, makin manja dia ni. Baby tua betul. Aku kena guna teknik oppa macam semalam. Sempat Dahee mengata Sehun dalam hati sebelum tangan sebelah mendarat pada telinga Sehun lalu diusap perlahan.

" Awak, bangunlah..saya nak mandi, kena pergi kerja. Awak kerja juga kan hari ni? so, awak kena bangun." Lembut sahaja Dahee berbicara dan ya, Sehun menurut permintaan isterinya. Kepala diangguk dan lantas tangan diangkat dari pinggang ramping milik Dahee.

Mereka berdua serentak bangun dari pembaringan. Dahee memandang ke arah Sehun dengan senyuman.

" Good boy "

Sehun turut mengukurkan senyuman. Pujian Dahee, membuatkan dia tiba - tiba sahaja rasa segar. Bibir mungil isterinya dicium sekilas.

Dahee berkerut dahi dan  dia menjerit kecil.

[O.G] Mr. Hot Model And Me | j.de & o.shWhere stories live. Discover now