" You have Junmyeon hyung. And you also have me, Kim Dahee"+ ♡ +
" Merah dah pipi Sehun. Kenapa Dahee tampar dia ? " Soal Suho sambil dia menilik pipi Sehun dengan jarinya menyentuh dagu tajam milik model kacak itu. Dia yang baru sahaja pulang dari bertemu rakan sekerja, terkejut melihat keadaan pipi Sehun yang mempunyai kesan tamparan sebaik sahaja melangkah ruang tamu.
Si adik perempuan yang baru menuruni anak tangga menuju ke ruang tamu, mencebik setelah disoal begitu.
" Kuat mengadu lah dia ni! Mengada betul!" gumam Dahee perlahan namun masih dapat didengari dua jejaka kacak itu.
" Sehun tak mengadu pun dekat oppa. Oppa tanya dia banyak kali, baru dia jawab. Terkejutlah oppa..masuk rumah, terus nampak pipi dia merah macam ni." Dahee mendiamkan diri pabila abangnya sudah menunjukkan tanda - tanda ingin membebel. Sampai tak kesudahlah dia kalau mula membebel.
" Yang Dahee tampar ni anak orang tau. Oppa tak pernah ajar dongsaeng oppa ni berkasar dengan orang lain. Kalau Sehun pengsan tadi, Dahee nak bertanggungjawab ke?" Terkeduh Dahee setelah mendengar kata - kata Suho. Tambahan pula dengan nada suara abangnya yang sudah kedengaran serius. Aku ni dongsaeng dia tau. Kenapa dia overprotective dekat orang lain?
Mata mengerling ke arah Sehun yang hanya menayangkan wajah bersahaja. Seolah - olah bangga dipertahankan Suho dan perkara itu membuatkan Dahee mengutuk Sehun dalam diam. Hey, dia abang aku lah! Dasar muka tak malu!
" Oppa, dia tak pengsan pun. Maknanya tak kuat mana Dahee tampar dia. Lagipun , siapa suruh dia buat benda merepek macam tu...melamar Dahee bagai." Dahee mempertahankan diri sehabis mungkin.
" But still, Dahee tak ada hak nak tampar Sehun macam tu. Dia melamar Dahee kot, tu benda baik and bukan benda tak baik." Balas Suho, tetap membela Sehun . Membuatkan Dahee semakin geram dengan model kacak itu. Gigi diketap rapat sebelum membalas kata - kata abangnya.
" Yang oppa beriya sangat backup dia kenapa ? Who is your dongsaeng right now?"
" He's my dongsaeng a-- "
" Oppa !"
Kata - kata Suho dipotong kerana hati Dahee sakit mendengar jawapan abangnya. Kelopak mata yang sudah bergenang air mata ditahan seketika. " Dahee cuma ada oppa seorang tau. Sampai hati oppa cakap macam tu. I hate you, oppa !"
" Kim Dahee, op -- "
Belum sempat Suho berkata - kata, Dahee berlari keluar dari rumah dengan air mata yang sudah laju mengalir. Tujuannya menuju ke ruang tamu untuk mengajak Suho makan malam bersama. Tetapi jika keadaan sudah seperti ini, perut yang terasa lapar turut hilang. Lagipun mood nya.
YOU ARE READING
[O.G] Mr. Hot Model And Me | j.de & o.sh
Fanfiction"Awak nak buat apa dekat saya ? Buli saya lagi? Biarkan saya tidur dekat ruang tamu?" "Tak, aku cuma nak buat ni dekat kau." Dan Sehun terus menarik wajah isterinya. Saat itu, Dahee merasakan ada sesuatu yang lembut menyentuh bibirnya. HE KISS ME...