BAB 30 - KACAU DAUN!

Start from the beginning
                                    

          Saat ini, wajahku terasa hangat.  Ditambah lagi dengan mata-mata yang melihat kami ketika ini.  Aku mendongak, Afiq Khairul  sedang merenung wajahku.  Aku tunduk semula, tak sanggup rasanya nak bertentang mata dengan dia.  Malu!

          Afiq Khairul tergelak dengan kelakuanku itu.  Aku cuit pinggangnya.  Suka sangat usik aku!

          Apabila terdengar Adila berdehem beberapa kali, barulah Afiq Khairul lepaskan pelukannya itu.

          "Balik nanti, abang ada sesuatu yang nak beritahu kat Leha.  Apa-apapun, jaga diri baik-baik..," bisik Afiq Khairul hanya untuk pendengaranku.

          Pantas aku mendongak dengan kening yang bertaut rapat.  Saat ini Afiq Khairul sedang melihat aku dengan raut wajah yang sangat serius.  Aku diam.  Firasatku kuat menyatakan bahawa apa yang dia nak beritahu tu sangat penting! 

          Maka, dengan itu aku anggukkan kepalaku saja.

          Selepas itu, Afiq Khairul melangkah masuk ke dalam balai berlepas.  Aku berdiri di sebelah Adila yang sedang melambaikan tangannya kepada Afiq Khairul sehinggalah dia hilang daripada pandangan kami.

          "Jom balik!" ajak Adila lalu memeluk lenganku.  

          Aku ikut langkah Adila.  Tapi, dalam beberapa langkah... Aku menoleh ke belakang semula.  

          Aku... Aku rasa, aku macam dah mula rindukan dia!


۞⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰♥۝♥⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰۞


          "Assalamualaikum dan selamat tengah hari..," sapaku perlahan lalu menapak masuk ke bahagian HR.

          Nurul dan Adeline yang sedang menunggu di meja masing-masing melihat aku lalu mereka berdua menayang sengihan yang paling lebar sekali!

          "Jom gerak! Perut dah berdendang lagu Bollywood ni.  Tidak lama lagi berdendang lagu dangdut pula kalau tak diisi dengan secepat mungkin," selorah Nurul lalu mengambil dompetnya di dalam laci.

          Adeline dan aku hanya menggelengkan-gelengkan kepala sambil tergelak.  Faham sangat dengan perangai Nurul ni!

          "Dah 2 hari bos kita kat Singapura tu.  Leha tak rindu ke dengan bos kita tu?" tanya Adeline ketika kami melangkah masuk ke dalam lift.

          Aku terdiam seketika.

          Tiba-tiba, Nurul memukul perlahan bahu Adeline.  Adeline yang terkejut dengan perlakuan Nurul itu menayang muka kehairanan sambil keningnya terangkat sebelah.  

          "Apa punya soalan yang awak tanya ni? Tentulah Leha ni rindu dengan bos kita.  Bayangkan kalau Alan, boyfriend awak tu balik Kedah selama 4 hari.  Awak tak rindu ke? Kalau saya, rindu beb! Malam-malam saya buat panggilan video call.  Lepaskan rindu gitu..," jelas Nurul dengan mimik muka gedik.

          Aku hampir ketawa dengan kata-kata Nurul tu.  Dramatik sungguh!

          "Sebenarnya..," gumamku perlahan.

          Nurul dan Adeline melihat aku dengan wajah serius.  Aku lepaskan keluhan kecil, tak jadi nak meluah perasaan!

          "Dragon ball ada 7 biji..," sambungku selamba lalu keluar dari lift tersebut.  

BOS A.K.A SUAMIKUWhere stories live. Discover now