*5*

2.7K 5 2
                                    

"Cikgu, saya tak pasti saya boleh tolong cikgu ni sebenarnya"

"Kenapa Aji?"

"Sebab saya rasa salah. Kita belum pasti lagikan kenapa Ilham boleh hilang? Mana tahu dia kena culik ke? Lari dari rumah ke?"

Aku baru sahaja melalui sebuah malam yang panjang. Sebaik sahaja azan Subuh kedengaran , aku tunggu 30 minit terlebih dahulu baru aku menelefon Aji. Mendengar Aji berkata macam itu, menyirap juga perasaan aku.

"Bukan apa cikgu. Pendapat saya, kita ikhtiar dulu sehabis mungkin. Bila dah terdesak nanti, baru saya consider untuk sampaikan hajat cikgu kat mak saya."

Aku pun sebenarnya malas nak guna perkhidmatan orang dalam benda-benda macam ni. Sebab memang dah kena pada diri aku masa kecil. Mak dan Ayah aku sebenarnya hilang tanpa khabar dan jejak. Di negara orang pula tu! Yang ada hanya aku di dalam sebuah rumah yang masih lengkap dengan perabot dan perkakas. Aunty aku cerita, jiran rumah pecah masuk rumah bila dengar aku menangis tak henti-henti. Orang kat europah memang jaga perihal budak kecil.

Bila diorang masuk, tengok ada aku sorang yang baru je berumur 3 minggu atas katil minta susu. Kes besar juga asalnya. Sebab diorang nak charge kes cuai dalam menjaga kanak-kanak. Sampai ke lubang cacing mereka cari parents aku. Diorag ada juga periksa di sempadan negara sama ada parents aku sudah meninggalkan negara tersebut. Langsung tiada nama parents aku.

Bila disiasat lagi. Mereka jumpa setiap helaian kepunyaan parents aku masih di rumah. Dompet, duit, kad pengenalan tidak berusik. Kereta kepunyaan Ayah masih di garaj. Bahkan kasut dan selipar masih di rumah tersebut. Macam diorang ni tiba-tiba lenyap terus. Semua orang bingung. Akhirnya aku dibawa pulang ke kedutaan Malaysia sebelum diserahkan waris terdekat yakni adik mak aku.

Di Malaysia, jangan cerita la bagaimana mereka mencari. Habis seribu satu macam cara diorang cuba. Dari yang saintifik sehinggalah yang mistik. Haram satu pun tak berhasil. Akhirnya selepas tujuh tahun pencarian, mereka diisytiharkan telah meninggal dunia dan yatim. Sejak dari itu aku memang pantang bab-bab hilang ni. Kalau tanya aku, aku lebih prefer cara saintifik. Bukan telunjuk sang nujum.

"Tak pe cikgu. Nanti saya telefon cikgu lagi. Mana tahu kita jumpa ilham pagi ni."

Sebaik sahaja aku memutuskan panggilam, nombor inspektor yang ditugaskan untuk kes kehilangan ilham ni menelefon aku. Dan ilham dikatakan kelihatan di tapak perbinaan perumah baru, dua kilometer dari sekolah.

+++

"Serius kau tak ingat apa-apa?"

"Serius dowh. Kali terakhir aku ingat aku pergi tandas. Lepas tu aku macam tersedar bila ada orang tepuk bahu aku."

Yang menepuk bahu Ilham adalah Cikgu Jimin, guru kelas 4ST1. Kami beramai-ramai menuju ke tapak projek perumahan rumah teres dua tingkat yang masih lagi separuh siap. Pihak polis mengatakan yang mereka ada menerima laporan lewat petang semalam sebaik sahaja mereka menwar-warkan kes kehilangan Ilham ke seluruh daerah.

Yang paling lega sudah pastinya Cikgu Noi. Pelajar yang hilang sudah dijumpai. Ibu bapa Ilham boleh tutup mulut. Lebih menarik nafas lega adalah pihak sekolah apabila ibu bapa ilham jenis yang percaya perkara-perkara mistik dan paranormal. Jadi mereka tdak melakukan sebarang tindakan ke atas pihak sekolah.

Ya, sememangnya suatu perkara yang ganjil. Ilham hilang di dalam kelas yang tertutup pada waktu rehat yang ketika itu semua jalan keluar ditutup atau dibawah jagaan pengawas. Guard depan sekolah sangat-sangat yakin tiada siapa yang melalui pagar sekolah ketika waktu yang Ilham dikatakan hilang. Aku percaya cakap pak cik tu sebab dia memang jenis duduk betul-betul sebelah pintu keluar tu.

Ilham dijumpai mundar-mandir di dalam rumah teres yang separuh siap yang terletak kira-kira 2 kilometer dari sekolah. Itu sekadar jarak linear. Kalau jarak jalan kaki, 4 kilometer. Sebab dia perlu menambah perjalanan untuk menggunakan jejantas untuk melintas landasan keretapi yang berpagar.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 18, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Permintaan ketigaWhere stories live. Discover now