* 4 *

3.5K 6 0
                                    

Kecoh sebentar di pejabat pengetua. Pelajar yang lesap ketika waktu sekolah adalah norma di sekolah ini dan biasanya tidak dikecohkan. Biasanya selepas guru displin membuat rondaan di pusat siber sihat, pelajar yang berkenaan dijumpai. Mereka juga akan menelefon ibu bapa pelajar berkenaan untuk memastikan mereka berada di rumah. Biasanya lewat petang baru mereka dapat dihubungi. Paling tidak pun mereka dijumpai di pusat beli-belah. Menjadi part timer mengisi duit poket mereka.

"Apa kata Cikgu Noi bertenang dulu. Kejap lagi kita akan cuba telefon parents mereka"

Aku tak faham kenapa Cikgu Hamdan boleh lepak chill dengan hal macam ni. Apa dia lupa kalau apa-apa terjadi pada pelajar berkenaan, tanggungjawab jatuh ke bahu pihak sekolah? Pelajar berkenaan hilang dalam jagaan sekolah! Dia ingat ibu bapa zaman sekarang ni akan salahkan perangai anak mereka yang menyusahkan orang tu?

Aku menarik nafas menenangkan diri. Mungkin aku terlalu kaget dengan perkataan hilang. Ya, aku sebenarnya trauma dengan orang yang hilang. Kerana aku anak kepada pasangan suami isteri yang hilang. Aku rasa peristiwa aku dulu juga telah menaik nama aku.

Jam di dinding aku lirik sebentar. Baru pukul 2 petang. Pelajar sesi pagi sudah berganti dengan pelajar sesi petang yang terdiri daripada pelajar menengah rendah. Nak bertegang urat dengan Cikgu Hamdan aku rasa hanya membazirkan tenaga di kala matahari panas terik memanah bumi. Lebih baik aku menyejukkan diri dalam bilik seni.

"Eh, korang tak balik lagi?" sebaik sahaja aku melihat tiga orang yang aku kenali di dalam bilik seni. Selalunya mereka dah pulang ketika ni melainkan mereka ada aktviti waktu petang. Aku faham kewujudan duo tamil kerana mereka ada latihan hoki. Aku beri kebenaran kepada mereka untuk menggunakan bilik seni sambil menunggu tibanya waktu latihan dengan syarat, hanya mereka berdua sahaja yang menggunakan bilik ni. Kehadiran Nora tidak dapat aku jelaskan.

"Saya tunggu cikgu." jawabnya sebaik sahaja aku angkat kening sebelah. Jawapan yang perlu diberikan lebih banyak penjelasan.

"No worries cikgu, kami belum sentuh Nora lagi cikgu" sampuk Panjang sambil tersengih-sengih.

"Saya sepatutnya ada latihan drama petang ni. Tapi cancel since Ilham hilang kan?" Ilham, nama budak yang hilang dari kelas aku pagi tadi. Dari maklumat perbualan para pelajar, dia seorang pelajar yang biasa-biasa sahaja. Tak buat kacau dan tak kacau orang. Pencapaian akademik sederhana dan semestinya ada nakalnya. Pernah juga dia mengikut pelajar ponteng sekolah tapi bukan selalu. Menurut Nora lagi, dia menyertai drama semata-mata nak penuhkan markah kokurikulum. Dia malas nak join aktviti sukan, jadi dia sertai aktiviti yang tidak memerlukan tenaga.

"Semalam kamu ada latihan jugak kan? Dia ada masa latihan?"

"Ada cikgu. Ok je saya tengok."

"Aah cikgu. Kami pun nampak dia masa habis kami punya latihan hoki."

Aku terangguk-angguk. Kepala kian runsing memikirkan perihal hilangnya budak ni. Kalau aku jenis cikgu tak bertanggungjawab, nak aje aku balik rumah tidur dan malam ni menulis. Kalau ni la gayanya, memang tak menulis aku malam ni.

"Wei Panjang, pukul berapa you punya hoki training habis?" sampuk Nora tiba-tiba

"4pm. Why? "

"We all semalam takde drama time petang ok?"

Jawapan Nora buat kening aku ternaik.

"Panjang, kamu kata kamu nampak Ilham kat sekolah waktu petang?"

"Ya cikgu. Masa tu me and Kasawari went to the toilet la after training. Masa nak keluar tandas. Nampak dia masuk tandas."

"Ya, we thought that he had drama training yesterday evening"

Permintaan ketigaWhere stories live. Discover now