“Balik dengan I?” Tengku Adrian menyoal untuk kali kedua. Yakin Rania akan bersetuju. Lagipun gadis itu tak ada hujah yang cukup kukuh untuk menyangkal.

Rania jatuhkan kepala beberapa kali.
Tanda setuju.

Hilang BM aku.. Aku minta kau ganti. Sempat dia mengomel dalam hati. Ala.. Patutnya buat surat hitam putih tadi. Sekurang-kurangnya dapatlah aku claim dengan Ryan kalau baby aku tu hilang.

Hish.. Menyempatkan kau, Nia!

Tengku Adrian tersenyum lebar. Sikit je lagi dia nak bersorak gedik. Ah! Dan-dan kau nak menggedik macam anak dara pula eh, ryan?

Tengku Adrian terus menutup fail ditangan setelah menurunkan tandatangannya. Dia mengemas meja kerja yang berselerak Kemudian kot yang tersangkut elok di belakang kerusi dicapai dan disarungkan ke tubuh.

“Jom.. Sweetheart!”

                         *******

“Ryan.. Thanks hantar I balik. Jomlah masuk dulu.. Abang-abang I ada dekat dalam tu.” Ujar Rania. Mengajak Tengku Adrian singgah.

Dia mengerling kereta abang-abangnya yang terparkir di dalam garaj. Yakin mereka semua ada di rumah. Jadi tak salah kalau dia ajak lelaki itu masuk sekali. Lagipun dah maghrib. Tak kan nak biarkan Tengku Adrian balik waktu senja-senja begini. Dalam keadaan hujan lebat pula tu. Sekurang-kurangnya tunggulah lepas maghrib dulu kalau nak balik pun.

“Tak apalah Sweetheart...Rumah I tak jauh pun.” Tengku Adrian sengaja menolak.  Padahal dalam hati dah berbunga-bunga.

“Jomlah.. Dah maghrib ni.. Tak elok balik senja-senja macam ni.. Nanti kalau jadi apa-apa dekat you.. Kan susah...” Lembut bicara yang Rania tuturkan. Memujuk. Buat dada lelaki itu macam nak meletup. Sayang risaukan abang ke..

Behave Tengku Adrian Mikhail!

Tengku Adrian tarik nafas seraya  mengangguk perlahan. Cuba mengawal rentak jantung yang dah bergelodak sakan dekat dalam tu.

“Okeylah. Jom.. Tapi you tunggu kejap.” Ujarnya. Dia matikan enjin dan keluar dari perut kereta. Dengan penuh gentleman dia bukakan pintu kereta sebelah penumpang.

Let's go, My love..” Tengku Adrian buat gaya seperti chauffeur. Rania tergelak kecil. Ada-ada jelah kau ni!

Rania keluar dan mengucapkan terima kasih. Langkah kaki diatur ke pintu kecil yang menyambungkan garaj dengan pintu utama.

Tombol pintu dipulas setelah memasukkan kata laluan. Salam diberikan sebelum masuk ke dalam rumah. Tak sampai berapa langkah. Telinganya mendengar bunyi riuh rendah di dapur.

Mereka memandang satu sama lain. Tengku Adrian jongket kening. Seolah-olah bertanya. 'Kenapa tu?'

Rania angkat bahu. Tanda tak tahu. Dia pantas meletakkan beg tangannya di atas sofa. Kemudian dia dan Tengku Adrian berjengket ke arah dapur.

Mereka mengintip di sebalik pintu.

Rania beristighfar dalam hati. Nak jatuh rahang bila melihat keadaan dapur yang bersepah. Dengan tepung yang berterabur di atas meja. Ditambah lagi dengan pelbagai peralatan memasak yang berselerak sana sini.

Boleh buat Mak Datin kena sakit jantung kalau nampak ni!! Jerit Rania dalam hati.

Anak mata dipusatkan kearah Zhafran dan Naziem yang berbalah tentang sesuatu.

“Bodohlah kau Zhaf.. Aku cakap letak setengah cawan je lagi kan.. Tepung tu!! Yang kau tuang dua cawan tu dah kenapa.. bongok!” Marah Naziem.

Dia baling senduk kayu yang bersalut margerin kearah Zhafran. Zhafran tersenyum sinis bila berjaya mengelak. Dan.. Senduk itu terdampar kesunyian di atas lantai. Bersama lebihan butter yang dah mencemari lantai.

Serpihan Kenangan Kita!Where stories live. Discover now