KISAH 2

98 4 0
                                    

HARI YANG DINANTIKAN telah tiba. Ia merupakan hari bersejarah untuk wilayah itu. Seorang gadis bernama Cinderella akan sah menjadi suri hati kepada satu-satunya Putera Raja dalam masa beberapa jam. Anastasia sudah bersiap sedia. Dia memakai busana terbaik yang pernah dia punya. Entah gila apa pula yang menurun dalam badan Drizella, dia juga tiba-tiba saja mahu ikut serta ke acara yang dijangka penuh gilang-gemilang itu. Kata Drizella, dia ikut serta semata-mata sebagai peneman saja. Ada perasaan kurang enak bersarang dalam hati kecilnya, tetapi dia tidak memberitahunya pada Anastasia. Sementalah dia tahu adiknya itu tidak akan percaya yang manusia keras hati dan garang sepertinya punya hati kecil.

"Wow, kau memang cantik, Drizella! Tak keterlaluan kalau aku kata yang kau antara gadis paling cantik di wilayah ini. Cinderella jauh ketinggalan. Aku tak faham kenapa Putera Raja nak memperisterikan dia." Anastasia ralit melihat Drizella mendandan rambutnya yang berwarna perang biskut halia itu. Cahaya matahari yang menerjah ke kamar Drizella lalu tumpah ke rambutnya itu sekali gus membuatkan Drizella seolah-olah dilahirkan dengan rambut bersalut emas berkilat.

"Kan aku dah kata, itu acara perkahwinan gila. Orang yang menghadirinya pun gila, termasuk aku. Dah, jom! Jangan lupa kad jemputan."

Grab yang menjemput mereka datang lima belas minit kemudian. Perasaan gementar semakin terasa tetapi Drizella tetap berlagak seperti biasa. Sepanjang perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 45 minit itu dia cuba menenangkan dirinya sambil terfikir-fikir apakah yang menyebabkan perasaan gementar ini muncul. Adakah kerana Cinderella? Selama ini dia kan tak pernah rasa takut atau gementar pada adik tirinya itu. Kenapa hari ini pula perasaan itu datang?

"Kau rasa Cinderella tu..." Anastasia tidak sempat menyambung kata apabila tiba-tiba...

Sreeett!

Hampir-hampir saja Drizella dan Anastasia tercampak ke tempat duduk depan apabila Grab yang mereka naiki berhenti mendadak. Bunyi kuat bertalu-talu menerjah bumbung dan tingkap kereta.

"Apa dah jadi ni?" Mungkinkah ini perkara yang dirisaukan oleh Drizella itu. Hujan batu.

"Sejak bila ada hujan batu ni? Besar-besar pula." Anastasia melihat keadaan sekeliling melalui tingkap kereta dengan perasaan yang tak tergambarkan. Orang ramai yang berada di luar berlari-lari mencari tempat yang terlindung daripada terkena batu ais yang besar itu.

"Kalian tak pernah dengar cerita fasal hujan batu ni, kan?" Si pemandu Grab berpaling ke arah mereka berdua.

"Kenapa?" Drizella tak sabar nak tahu.

"Hujan batu ni petanda kalian tahu tak. Maknanya adalah yang ibu pari-pari tak berkenan tu."

"Ibu pari-pari? Biar betul ni, encik. Sejak bila pula wujud pari-pari melainkan dalam cerita dongeng." Anastasia memang tak percaya langsung kata-kata pemandu yang berumur setengah abad itu.

"Kalau tak macam mana Cinderella boleh dapat kasut kaca tu sampai ke tahap dia dapat kahwin dengan Putera Raja. Ibu pari-pari mungkin tahu ada yang cuba sabotaj perkahwinan Cinderella.Cuba kalian fikirkan?"

Drizella dan Anastasia saling berpandangan. Tanpa meminta izin terus saja Anastasia merampas tas tangan Drizella. Dia mengeluarkan sebilah pisau belati yang bersarung kepunyaan Lady Tremaine.

"Kau nak bunuh... Cinderella?" Anastasia menggigil.

Tiba-tiba kereta yang mereka naiki bergegar hebat. Semakin lama hujan batu semakin mengganas melanda kawasan itu. Tingkap kereta retak sedikit demi sedikit kemudian pecah. Pemandu Grab yang membawa mereka terus keluar menyelamatkan diri. Tinggal mereka berdua di dalam kereta yang entah sampai bila dapat bertahan dengan hentaman hujan batu yang tiada belas ihsan itu.

"Aku nak keluar!" Anastasia membuka pintu kereta dan meninggalkan Drizella yang ketakutan teramat. Ya, dia memang bercadang untuk menamatkan nyawa Cinderella tetapi rasa gelisah yang dia alami sejak awal pagi tadi membuatkan dia mula waswas dengan rancangannya itu.

"Anastasia, tunggu! Kau tak boleh tinggalkan aku! Kau tak tahan hujan. Nanti jatuh sakit." Jeritan Drizella langsung tenggelam dengan bunyi hujan batu yang menghentam kuat itu. Anastasia lenyap dari pandangan.

Mahu tak mahu, Drizella terpaksa juga keluar dari kereta tersebut. Kereta itu sudah tidak selamat lagi untuk dia berlindung. Ya, penangan hujan batu memang menyakitkan. Ini memang hujan batu yang luar biasa. Benarkah ibu pari-pari itu wujud? 

Drizella: Kisah yang disembunyikanWhere stories live. Discover now