-25-

258 30 17
                                    

Rasa hangat yang merayapi kaki kanannya membuatkan spontan Ara melonjakkan diri dan wajah cuak Panglima Cassius adalah wajah pertama yang menyapu indera penglihatannya.

Namun demi melihat lima ruas jari kiri Panglima Cassius yang terangkat separas telinga sementara tangan kirinya menunjuk ke  dada langit, Ara sekadar mengukir senyum kekok lantas menegakkan kembali tubuhnya.

Memandangi susuk tubuh Putera Reiid yang duduk bersila membelakanginya dan berpeluk tubuh menampan sinar matahari pagi bagi membentengi wajahnya daripada tujahan sinar yang mulai terasa hangat membuatkan Ara pantas bangun dan menganggukkan kepalanya seketika kepada Panglima Cassius yang mempamerkan senyuman sekilas.

Dalam rengkuhan sinar matahari yang baru terbit, kehijauan merajai pandangan Ara sejauh ufuk yang boleh dijangkau penglihatan. Dan barangkali kerana berada di atas dahan pohon yang paling tinggi, maka apa yang dilihatnya dimana-mana ialah pucuk-pucuk hijau membentuk kanopi pohon kayu yang tinggi memayungi lantai hutan.

Lalu jika dilihat dengan teliti,banjaran bukit-bukau kelihatan berbalam seakan membentuk lingkaran yang melitupi kawasan tersebut. Sementara sebatang sungai tampak sayup dan bengkang-bengkok membelah lembah subur nan hijau tersebut sehingga  ke Utara.

"Sekali lagi. Maaf kerana kami tidak mampu menyediakan apa-apa. "

Panglima Zethus entah dari mana sudah berdiri di sebelah Ara seraya menghulurkan sesuatu berupa bungkusan daun yang kelihatan masih sangat baru dipetik.

" Hanya ini. " Ujarnya tatkala Ara menjangkaukan tangannya dengan sekilas senyuman melintasi ulas bibirnya. " Dan maafkan saya diatas kelakuan tidak wajar saya malam tadi. "

" Ianya tidak seberapa dengan pertolongan kalian. Tanpa kalian, saya tidak tahu apa yang akan
terjadi. "

Pemuda yang dikenali Ara sebagai Reiid itu lebih banyak mendiamkan diri berbanding dua rakannya yang lain.Tanpa banyak bersuara, sebiji buah berwarna merah yang dihulurkan Panglima Zethus kepadanya dikunyah perlahan-lahan dengan lagak tidak ambil perduli.

"Terima kasih. "

Ara hanya termampu mengucapkan dua patah perkataan tersebut kepada tiga susuk tubuh yang telah menyelamatkannya daripada serangan Deukalion malam tadi.

Tanpa pertolongan mereka, Ara tahu keadaan tidak akan memihak kepadanya dalam keadaan dia amat asing kepada seluruh lembah tersebut dalam perjalanannya menuju ke perkampungan Bangsa Apolloyn.

Ara mengunyah buah yang dihulurkan Panglima Zethus kepadanya dengan sedikit pantas kerana sudah belasan jam perutnya kosong tanpa menjamah apa-apa. Bungkusan-bungkusan kecil roti yang dibawanya didalam beg sandang itu sudah hilang entah kemana dan keadaan Ara benar-benar sehelai sepinggang kini.

" Lembah Zardus bukan semudah apa yang Ara fikirkan. "

Suara berat dan bernada dalam khusus milik Putera Reiid memecah suasana pagi yang hening seketika apabila masing-masing mendiamkan diri buat belasan detik.

"Tapi saya perlu meneruskan perjalanan ke kawasan permukiman Bangsa Apollyon. "

" Kitab Mirria. " Sampuk Panglima Zethus "Sepenting apa kitab tersebut kepada Ara?"

" Saya hanya perlu memastikan kitab tersebut tidak jatuh ke tangan orang yang salah."

" Apa yang saya tahu"

Putera Reiid mencelah pantas seraya mencerunkan matanya kepada Ara.

" Sehingga kini tidak ada sesiapa pun yang tahu bagaiman rupa kitab tersebut dan kandungannya. Asalkan Ara tahu. Istana Marduk mengharamkan sesiapa sahaja untuk mencari kitab tersebut dan sebarang perlanggaran hukum dianggap sebagai suatu bentuk kesalahan yang serius. "

Last Hunter :  DistopiaWhere stories live. Discover now