JEJ 57

4.2K 115 2
                                    

"Cakap cepat apa yang awak nak cakapkan"kata Damia sambil menyilangkan tangannya ke dadanya. Adam memandang Damia dengan pandangan yang sayu.

"Aku mintak maaf sebab sakitkan hati kau. Aku tuduh kau. Aku pukul kau. Aku menyesal sangat-sangat"ucap Adam. Damia hanya diam sahaja.

"Aku sayang kau. Please, kita rujuk balik. Aku tak patut ikutkan sangat rasa cemburu aku masa tu. Aku patut biarkan kau terangkan semuanya dulu. Aku patut siasat dulu siapa Dafriq sebenarnya"tambah Adam.

Damia memandang Adam dengan mata yang berkaca.

"Senang kan awak mintak maaf. Awak rasa tak apa yang saya rasa selama ni! Awak seksa hati saya! Awak tuduh saya bukan-bukan! Awak curang dengan saya!"tengking Damia.

Adam terus memegang tangan Damia.

"Aku tak pernah curang dengan kau, Mia"

"Tapi awak kahwin dengan Qarina, Adam. Awak kahwin dengan dia"rengek Damia. Adam menggelengkan kepalanya.

"Dia perangkap aku, Mia. Aku cuma nak tolong dia je masa tu tapi dia perangkap aku. Aku kahwin dengan dia bukan sebab aku cintakan dia tapi sebab papa dan mama yang suruh aku bertanggungjawab"

"Jadi awak nak salahkan mama dan papa lah sekarang ni?!"soal Damia. Dia merentap tangannya daripada pegangan Adam. Adam meraup mukanya.

"Tak. Aku tak salahkan mama dan papa. Aku cuma nak terangkan kenapa aku kahwin dengan Qarina. Takde langsung sekelumit perasaan sayang dan cinta kat dia. Sebab hati aku dah ada kau. Takde orang lain yang boleh rampas hati aku sebab kau dah ambik"

"Awak memang pandai bermanis kata kan, Adam. Sudahlah. Saya taknak percayakan awak lagi. Semua kata-kata awak dusta! Mulai hari ni jangan jumpa saya lagi. Saya taknak tengok muka awak!".

Damia memusingkan badannya ingin pergi namun kata-kata daripada Adam memberhentikan langkahnya.

"Kau tak cintakan aku ke, Mia? Kau tak sayangkan aku?"

Damia hanya diam. Adam menghampiri Damia.

"Tolong maafkan aku. Aku sanggup buat apa-apa asalkan kau maafkan aku"rayu Adam.

"Sanggup buatkan apa sahaja? Kalau camtu awak boleh hidupkan balik anak saya yang dah mati? Awak boleh hidupkan balik kawan yang saya sayang? Boleh?"soal Damia tanpa memandang Adam.

Adam terkedu. Mustahil dia boleh lakukan semua itu sebagai manusia biasa. Dia bukannya tuhan yang boleh hidupkan balik orang yang dah mati.

"Saya akan maafkan awak kalau awak boleh hidupkan mereka berdua. Selagi awak tak mampu, jangan harap saya nak maafkan awak"

Damia terus pergi dari situ. Adam hanya memandang sahaja Damia pergi. Tanpa sedar air matanya mengalir.
_____________________

Keesokannya,

"Asal kau tak siap lagi? Kita nak balik Malaysia kan"soal Hafzan apabila dia hanya melihat Adam masih berbaring di atas katil. 

"Aku taknak balik. Aku nak dapatkan Damia semula"jawab Adam.

"Adam, aku rasa kau kena give up. Damia taknak jumpa kau. Lagipun dia macam suka je dengan Mat Salleh tu"nasihat Hafzan.

"No! Aku takkan give up. Aku akan dapatkan dia semula. Tak kiralah dia nak jumpa aku ke tak"balas Adam nekad.

Hafzan hanya mengeluh sahaja. Kalau itu yang Adam mahu dia tidak boleh kata apa lagi. Suka hati dialah nak buat apa. Masing-masing dah besar, pandai untuk bezakan baik dan buruk.

"Kalau camtu aku pergi airport dulu"

Hafzan meminta diri. Adam hanya mengangguk sahaja. Sebaik sahaja dia melihat Hafzan memasuki teksi dari tingkap hotel, dia terus bersiap-siap untuk pergi ke kafe tempat Damia kerja.
___________________

Jikalau Engkau Jodohku [C]Where stories live. Discover now