JEJ 20

4.8K 132 6
                                    

Dafriq keluar dari 7e itu sambil membawa satu beg plastik. Ketika dia hendak melangkah menuju ke keretanya ade seorang perempuan melanggarnya menyebabkan plastik yang dipegangnya terjatuh manakala perempuan itu terjatuhkan beg yang dipegangnya.

"Ahh maafkan saya. Saya tak perasan"ucap perempuan itu. Dia menunduk untuk mengutip barangnya yang sudah bersepah.

"Tak mengapa. Salah saya jugak sebab tak tengok depan"Dafriq juga turut menunduk untuk membantu perempuan itu mengutip barangnya.

"Terima kasih. Sekali lagi maafkan saya"ucap perempuan itu sebaik sahaja Dafriq meletakkan barang yang terakhir di begnya. Dafriq hanya mengangguk sahaja. Dia menghantar pemergian orang itu dengan pandangan matanya.

Ketika dia hendak mengambil beg plastiknya yang masih lagi ade di lantai, dia terpandang satu dompet.

"Ni mesti dompet perempuan tu"duga Dafriq. Dia memandang sekeliling sebelum dia mengambil dompet itu sebelum dia masuk ke dalam keretanya.

Dia membuka dompet itu. Perkara pertama yang dia cari adalah kad pengenalan untuk mengetahui siapakah pemilik dompet itu.

"Nur Dahlia Warissa binti Ismail"Dafriq membaca perlahan nama yang tertera di situ.

"Jadi itulah nama dia. Patutlah orangnya pun cantik"Dafriq tersengih seketika. Tiba-tiba wajah Damia berlegar di kepala otaknya. Terus hilang senyuman dia.

"No, kau kena fokus Dafriq. Jangan biarkan orang lain kacau hati kau"dia terus mencampak dompet itu ke kerusi sebelah. Dia menarik gear lalu keretanya pun bergerak meninggalkan tempat itu.
___________________

"Amacam weh? Menjadi tak?"soal Marsya dengan wajah yang penuh teruja. Dialah yang suruh Dahlia langgar Dafriq. Lepastu suruh Dahlia pura-pura jatuh dan Dafriq menangkapnya. Dan kisah cinta mereka pun bermula.

"Aku tak buat yang macam kau rancangkan"kata Dahlia sekaligus menghancurkan segala bayangan yang terdapat di kepala Marsya. Terus mati senyuman terujanya.

"Habis kau buat camne?"soal Marsya hendak tau. Keningnya dijongketkan sebelah.

"Aku just jatuhkan barang dia dengan beg aku. Pastu aku pura-pura buat beg aku jatuh supaya barang bersepah. Dia tolong aku kemaskan barang aku. The end"cerita Dahlia.

"Lia kalau kau buat camtu memang taklah dia nak notice kau"balas Marsya. Dia menggelengkan kepalanya apabila plan dia yang pertama ini tak menjadi.

"Habis kau ingat kalau aku langgar dia dan buat-buat nak jatuh tu and dia akan tangkap fikir menjadilah. Same jugak dia takkan notice"bidas Dahlia. Marsya hanya mencebik sahaja.

Dahlia menjenguk barang di dalam begnya. Manalah tau ade barang tercicir. Dia mengerutkan dahinya apabila dia tidak melihat dompetnya.

"Weh Sya. Aku rasa dompet aku tertinggal lah"kata Dahlia dan itu membuatkan Marsya terkejut.

"Jadi kau nak suruh aku patah baliklah ni?"soal Marsya. Dahlia hanya mengangguk. Marsya mengeluh berat. Dia dengan berat hatinya mematah balik ke tempat tadi.

Sesampai sahaja di tempat tadi Dahlia terus keluar dari keretanya. Dia pergi ke tempat di mana barangnya jatuh tadi.

Dia mengerutkan dahinya apabila dia tidak dapat melihat dompetnya. Dia mencari dan mencari lagi namun tidak jua kelihatan. Dia dengan langkah berat memasuki kereta Marsya semula.

"Tak jumpa?"Dahlia menggelengkan kepalanya.

"Aku rasa dia yang ambil. Yelah takkan nak biarkan je kat situ"teka Marsya.

"Habistu camne? Duit aku dahlah ade kat situ"keluh Dahlia.

"Takpe kau lek je. Aku tau Dafriq akan cari jalan camne nak pulangkan dompet tu kat kau. Diakan orang kaya. Jadi lepas dia pulangkan dompet tu kat kau, kau ajaklah dia keluar. Tanda ucapan terima kasih. Pastu kau selalulah jumpa dia. Yes! Kau memang bijak Dahlia!"Marsya menjerit suka. Nampaknya Dahlia lebih pandai daripada dia yang bekerja sebagai penyiasat.
______________________

Jikalau Engkau Jodohku [C]Where stories live. Discover now