JEJ 30

4.1K 115 0
                                    

"Jadi kenapa awak nak jumpa dengan saya?"soal Dahlia terus selepas mereka mengoder makanan. Dafriq berdehem kecil. Dia memperbetulkan duduknya.

"Saya nak bagi awak jawapan tentang ape yang awak cakap kat saya dulu"

Dahlia mula berasa panas. Wajahnya jugak sudah mula kemerahan. Dia taknak ingat lagi pasal tu. Walaupun dia tidak mempunyai perasaan terhadap Dafriq, dia masih lagi malu apabila confess. Dan lagi malu kalau Dafriq reject dia.

"Kalau awak nak masa lagi saya boleh bagi. Awak takyah terburu-buru"kata Dahlia separuh kalut.

"No. Masa yang saya ambik untuk fikirkannya dah cukup. Dah tiba masanya untuk saya luahkan"balas Dafriq. Dahlia sudah menelan liurnya kelat.

"Saya akan terima cinta awak"

Dahlia tergamam. Dia tidak tau untuk balas ape.

"Be...betul ke?"soal Dahlia tidak percaya. Dafriq mengangguk dengan senyuman yang meleret.

"Susah nak percaya. Sebab orang macam awak ni mesti akan ade orang lain yang dah ade kat dalam hati awak"balas Dahlia sarkastik. Senyuman Dafriq terus berubah menjadi kelat.

"Dulu memang ade. Dan saya anggap dia adalah cinta sejati saya. Tapi sejak awak muncul, rasa tu tiba-tiba berubah. Dan sekarang, hati saya ade nama awak je"ucap Dafriq.

Dahlia tertawa sinis. Dia rasa ini peluangnya untuk menolak Dafriq.

"Awak buatkan saya ragu-ragu dengan cinta awak, Dafriq. Dulu awak kata dia cinta sejati awak. Sekarang saya pulak. And, mungkin bila awak jumpa perempuan yang lagi better dari saya awak akan cakap dia cinta sejati awak pulak. Lelaki macam awak ni, banyak boleh saya jumpa. Manis sungguh bila berkata. Awak buatkan cinta tu nampak murah"

Dafriq terdiam apabila mendengar kata-kata Dahlia yang menusuk jiwanya itu. Dahlia menggelengkan kepalanya.

"Yes, saya cintakan awak. Itu memang betul. Tapi, saya sanggup kuburkan perasaan saya daripada biarkan hati saya tersakiti bila awak akan pergi tinggalkan saya suatu hari nanti"

Dahlia terus bangun. Dia ingin pergi dari situ namun tangan Dafriq menghalangnya untuk pergi.

"Awak nak pergi mana? Kalau ya pun, makanlah dulu"pujuk Dafriq.

"Maaf, tapi saya dah takde selera untuk makan. Mungkin ini kali terakhir kita berjumpa, Dafriq. Ade jodoh, adelah. Kalau takde, saya akan doakan awak bahagia dengan perempuan yang bersama dengan awam"Dahlia melepaskan tangan Dafriq dan dia mula melangkah pergi. Dafriq mengeluh. Makanan yang baru sahaja tiba dibiarkan sepi. Dia tiada selera untuk makan.
_______________

Damia dan Tzuyu turun dari teksi yang membawa mereka pulang ke rumah. Kelihatan ade seorang lelaki yang sedang menunggu ketibaan mereka di rumah. Siapa lagi kalau bukan Adam.

Tzuyu menyenggol lengan Damia perlahan apabila Damia sibuk dengan telefonnya dan tidak memandang ke arah rumah sewa mereka. Damia mengangkat mukanya dan memandang Tzuyu.

"Kenapa?"soal Damia. Tzuyu hanya memuncungkan mulutnya ke arah Adam. Mata Damia terus memandang ke tempat yang ditunjuk oleh Tzuyu. Damia membuntangkan matanya lalu terus mendekati Adam.

"Adam, awak buat ape kat depan rumah saya ni?"soal Damia sambil bercekak pinggang.

"Aku tunggu kau balik. Aku tak tau bila kau balik jadi aku tunggu depan rumah kau"balas Adam tenang. 

"Seriously, Adam. Dah berapa lama awak tunggu?"

Adam mengetuk perlahan dagunya.

"Takdelah lama sangat. Dalam satu jam setengah gitu"Damia mengetuk perlahan dahinya.

"Adam, awak boleh je kan call saya ataupun text saya. Kenapa awak nak kena susahkan diri tunggu saya kat bawah terik panas ni"bebel Damia. Adam tersenyum kecil. Dia menggenggam kedua-dua tangan Damia dan itu membuatkan Damia menghentikan bebelannya.

"Aku taknak kacau kau. Aku takut bila aku call kau still dalam kelas"kata Adam dan itu membuatkan Damia menghela nafas berat.

"Ehemm please move aside. Aku nak masuk rumah ni. Kalau nak bermesra tempat lain ya"sampuk Tzuyu. Damia lantas menyuruh Adam ke tepi kerana menghalang Tzuyu untuk masuk. Sebelum Tzuyu masuk sempat lagi dia berpesan sesuatu kepada Damia.

"Lepas kau balik aku nak kau bagitau sape laki ni. Sebab kau lain bila dengan laki ni. Aku tertanya siapa dia sebenarnya"

Damia hanya mengangguk lalu menolak Tzuyu masuk ke dalam rumah. Pintu rumah lantas ditutup sebelum dia berpaling ke arah Adam yang hanya memandangnya.

"Awak dah makan belum?"Adam hanya menggeleng.

"Jom pergi makan. Awak ni kalau nak tunggu saya pun makanlah dulu. Kalau jadi pape kat awak kan susah"bebel Damia sambil dia berjalan mendahului Adam.

Adam tersenyum kecil. Dia berlari kecil mendekati Damia dan memandangnya.

"Kau risaukan aku ke?"

"Mestilah saya risaukan awak. Cuba cakap isteri mana je tak risaukan suami dia"

"Maksudnya kau sayangkan aku lah?"

"Ape awak merepek ni? Saya risau tak bermakna saya sayangkan awak"balas Damia. Dia cuba tidak memandang Adam yang asyik memandangnya.

"Ye je. Selalunya kalau orang tu risaukan seseorang sebab dia sayangkan orang tu"bidas Adam. Bibirnya mengukirkan senyuman sinis.

"Isyy yelah. Saya mengaku saya sayangkan awak"ucap Damia. Adam sudah tersenyum lebar.

"Aku pun sayangkan kau"bisik Adam. Wajah Damia sudah kemerahan menahan malu.

"Dahlah jangan nak flirting dengan saya. Awak fikir saya cair ke?"soal Damia. Adam menjongketkan keningnya.

"Yelah tu. Padahal dah cair dah tu"usik Adam. Damia mendengus kecil.

"Dahlah jangan banyak cakap lagi. Awak melambatkan perjalanan kita tau tak. Awak mesti laparkan"Damia cuba mengalihkan topik perbualan mereka.

"Hmm tapi sekarang ni aku tak lapar nak makan nasi. Aku lapar nak makan kau"usik Adam lagi. Wajah Damia menjadi panas sekali lagi.

"Adam! Isyy dahlah malas saya nak layan awak!"ucap Damia lalu dia mempercepatkan langkahnya. Adam tertawa kecil.

"Sayang tunggulah. Takkan nak biarkan abang sensorang kat sini. Kalau sesat nanti camne?"kata Adam.

"Camtulah"balas Damia selamba.

"Pandai menjawab eh. Jangan menyesal kalau aku bawak kau balik hotel"jerit Adam lalu mengejar langkah Damia. Damia hanya menjeling sahaja Adam yang sudah berada di sisinya.

"Macam berani"desis Damia perlahan supaya tidak didengari Adam.

"Ape?"Adam menoleh ke arah Damia. Damia dengan cepat-cepat menggeleng.

"Hehh kalau kau cakap bebukan siap kau. Memang aku bawak kau balik hotel"

"Awak, saya ade kelas esok. Jadi, tolong jangan buat memacam"kata Damia. Adam hanya diam sahaja.

Tanpa disedari mereka, ade seseorang yang mengekori mereka. Siapa lagi kalau bukan Baekhyun. Dia ingin lihat dengan mata kepalanya sendiri yang Damia dah berkahwin dan ade suami.

Baekhyun mengeluh kecil. Jadi betullah ape yang dikatakan oleh Ian itu. Dia kenal Damia. Damia tak suka sangat bercakap dengan lelaki. Dia boleh jadi kawan pun sebab dia rapat dengan Tzuyu.

Kawan. Perkataan itu menyakitkan hatinya. Dia taknak berkawan dengan Damia, dia nak jadi lebih dari itu. Seseorang yang istimewa di hati Damia. Tapi nampaknya dah ade orang yang bertakhta di hati Damia. Dan orang itu adalah lelaki yang bersama dengan Damia.

Bukk!!

Satu pukulan keras yang hinggap di belakang kepala Baekhyun membuatkan Baekhyun terjatuh. Dia merasakan ade cecair yang mengalir di belakang kepalanya.

Penglihatannya mula menjadi kelam. Perkara terakhir yang dia nampak adalah seorang lelaki yang memandangnya dengan mask yang dipakainya. Di tangannya jugak ade sebatang kayu keras yang digunakan untuk memukul belakang kepalanya.

Dan selepas itu semuanya gelap.

Jikalau Engkau Jodohku [C]Where stories live. Discover now