JEJ 9

5.6K 150 4
                                    

Damia tersedar dari tidurnya. Di sebelahnya kelihatan Adam yang sedang lena tidur sambil memeluk pinggangnya. Muka Damia terus berbahang apabila teringatkan kejadian semalam.

Gila! Ini semua gila! Kalaulah dia tak pakai baju tu semalam mungkin sekarang ni dia masih suci lagi.

"Camne kalau aku mengandung? Camne kalau Adam taknak bertanggungjawab?"gumam Damia dengan penuh pernyataan yang mengarut di dalam kepalanya.

"Jangan nak mengarut pagi-pagi buta boleh tak? Jangan risau aku akan bertanggungjawab lah. Lagipun itu anak aku jugak kan"ucap Adam. Terus terdiam Damia dibuatnya.

"Manalah tau kalau awak ade niat nak buat camtu"balas Damia. Adam tertawa sinis.

"Kalau aku ade niat camtu dah lama aku buat dekat Qarina. Dia pun boleh tahan jugak ape"kata Adam.

"Huh laki semua sama je. Pantang nampak perempuan cantik. Dah lepaskan saya! Saya nak pergi mandi"dengus Damia. Dia cuba untuk meleraikan pelukan Adam terhadap dirinya namun Adam semakin mengetatkan pelukannya.

"Lepaslah Adam! Saya nak mandi!"marah Damia.

"Ape kata kita mandi sama-sama?"tanya Adam sambil menjongketkan keningnya.

"No!!"jerit Damia. Memang taklah dia akan mandi bersama lelaki itu. Kejadian semalam pun dah buat dia malu. Dia belum gila lagi untuk buat semula.

Adam tertawa sinis.

"Why no? Aku dah tengok semuanya kot. Kau takyahlah nak malu lagi"kata Adam selamba. Muka Damia sudah berbahang.

"Pervert!!"Dia lantas menggigit lengan Adam sehingga Adam menjerit kesakitan. Peluang terbentang dengan luas apabila Adam melepaskan dia. Dia dengan pantas terus berlari masuk ke dalam bilik air sambil membawa selimut yang masih menutupi tubuhnya.

Adam yang masih berada di atas katil hanya mendengus kecil sambil menggosok tangannya yang sakit digigit. Seketika kemudian dia tersenyum kecil.

"Aku tak tau ape yang aku rasa sekarang ni tapi aku dah lama tak rasa perasaan ini. Perasaan cinta. I think I falling in love again. With you, Damia"
_____________________

Mereka berdua kini sedang berada di meja makan untuk bersarapan bersama dengan ahli keluarga yang lain.

Puan Zara dan Datin Marina hanya memerhatikan gelagat mereka berdua manakala Encik Haziq dan Datuk Ahmad langsung tidak menghiraukan mereka dan hanya berbual tentang bisnes.

"Semalam mama ade dengar someone jerit kat bilik tidur kamu. Ade pape yang terjadi ke?"tanya Datin Marina. Damia yang sedang makan itu terus tersedak. Adam dengan tergesa-gesa terus memberikan air kepada Damia sambil menggosok perlahan belakang badan Damia.

"Takdelah mama. Tu Mia menjerit sebab terjumpa lipas terbang dalam bilik air. Tu je"tipu Adam. Damia menjelingnya tajam namun tidak diendahkan.

"Betul ke, Mia?"tanya Puan Zara meminta kepastian.

"Ye mama. Mia terkejut sebab lipas tu tiba-tiba terbang atas kepala Mia"kelentong Damia. Datin Marina dan Puan Zara hanya mengangguk.

"Kamu dah dapat belum tiket yang mama bagi?"tanya Datin Marina.

"Dah mama"jawab Adam sepatah.

"Jangan lupa pergi. Mama dah tempahkan semuanya termasuklah tempat untuk kamu berdua menginap"balas Datin Marina. Adam hanya mengangguk malas.

"Lupa nak cakap. Yang Adam dengan Mia akan pindah rumah tengah hari ni"ucap Adam yang mengundang kejutan kepada semua orang lagi-lagi Damia.

"Kamu nak keluar? Kenapa? Rumah mama ni kecik sangat ke bagi kamu"tanya Puan Zara. Adam menggeleng.

"Takdelah mama. Adam cuma nakkan privasi je"balas Adam selamba. Datin Marina dan Puan Zara sudah tersenyum penuh makna manakala muka Damia sudah berbahang menahan malu.

"Kalau camtu takpe. Cuma, mama nak cucu secepat mungkin lah"usik Datin Marina. Muka Damia yang sudah merah bertambah merah manakala Adam hanya buat tidak dengar sahaja.
_____________________

"Awak tak cakap dengan saya pun yang kita nak pindah"ujar Damia sebaik sahaja mereka berdua berada di dalam bilik.

"Perlu ke?"tanya Adam acuh tidak acuh. Damia mencekak pinggangnya.

"Perlulah! Sebab awak pindah bawak saya sekali. Kalau awak pindah sorang-sorang takpelah saya tak kisah. Lagi saya suka adalah"balas Damia. Tanpa dia sedar perkataannya sedikit menghiris hati Adam.

Adam terjeda sebentar. Beberapa saat kemudian dia mendehem kecil. Matanya memandang tajam ke arah Damia.

"Jadi kalau kau nak tinggal sini, tinggal lah. Biar aku pindah sensorang. Nanti kalau mama tanya kenapa aku pindah sensorang aku jawab kau taknak pindah dengan aku"balas Adam senang. Damia hanya mendengus kecil.

"Dah kemas cepat. Tolong kemaskan baju aku sekali. Aku nak tidur"arah Adam sebelum dia membaringkan dirinya di atas katil. Damia hanya memandangnya kecil besar sahaja.

"Suka hati dia je nak arah orang. Taulah aku isteri, kena dengar cakap suami tapi janganlah dera aku. Dia sedap je dapat tidur. Aku pulak kena kemas baju. Tak campur sekali baju dia"bebel Damia tidak puas hati.

Adam hanya memekakkan telinga sahaja mendengar segala bebelan Damia. Dia lantas memejamkan matanya dan tidak lama kemudian dia pun hanyut ke alam mimpi.

"Haih. Kenapa di mata saya awak nampak sangat comel sekarang ni, Adam"gumam Damia perlahan sambil matanya memerhati Adam yang sedang tidur dengan lena itu.

"Eh, ape yang kau merepek ni, Damia! No jangan jatuh hati kat dia! Kau kena kental!"ucap Damia penuh semangat. Dia cuba untuk fokus untuk melipat baju namun matanya tak habis-habis memandang Adam.

"Haih aku ni dah angau ke ape. Dia ni memang ade daya penarik yang sentiasa suruh mata aku pandang dia"keluh Damia.

"Ke aku dah jatuh cinta? No, it's nonsene! Takkan aku nak jatuh cinta dengan lelaki cam dia. Dahlah tak romantik. Pastu kekadang asyik dingin je"
_________________________

Dafriq menghentak mejanya kuat. Dia berasa stres memikirkan masalah hidupnya. Tak termasuk lagi apabila wanita pujaannya itu berkahwin dengan orang lain bertambah streslah jadinya.

Ape yang dia perlu lakukan? Dia masih lagi tidak berjaya menjumpai keluarga kandungnya dan penyebab dia kemalangan.

Dia berjalan ke kanan dan ke kiri sambil memicit perlahan pelipisnya.

Tok! Tok! Tok!

Ketukan di pintu membuatkan kepala dia menoleh.

"Come in"ucap Dafriq.

"Bos, cik Qarina nak jumpa bos"kata Laila.

"Let her in"arah Dafriq. Laila hanya menganggukkan kepalanya. Seketika, muncullah Qarina dengan pakaian tidak cukup kainnya itu.

"Hai sayang"ucap Qarina dengan manja. Dia menghampiri Dafriq lalu mencium pipi Dafriq. Dafriq hanya membiarkan sahaja. Tangannya dilingkarkan ke pinggang Qarina.

"Kenapa I tengok you macam stres sangat ni?"tanya Qarina sambil mengusap perlahan dada Dafriq.

"Nothing. I tengah fikirkan camne nak pisahkan wanita kesayangan I dengan lelaki tu"balas Dafriq lalu mengeluh kecil.

"Ouhh pasal tu you jangan risau. I tau ape nak buat"kata Qarina membuatkan mata Dafriq memandang Qarina.

"How?"tanya Dafriq. Qarina tersenyum sinis.

"Secret"bisik Qarina sepatah di telinga Dafriq. Dafriq membuat muka masam.

"You are naughty, girl"ucap Dafriq lalu mencuit hidung Qarina.

Jikalau Engkau Jodohku [C]Where stories live. Discover now