Persoalannya adalah, siapa dalang kurang tatasusila tersebut kerana mereka bertujuh tahu Mark adalah pencipta virus penggodam itu dan amat jarang digunakan jika bukan disebabkan hal kecemasan.

" Ken.. "

Vixx menyambar bahu pemuda berkaca mata itu yang juga tergesa-gesa berdiri untuk menyusul Mark, Eiiden dan Ryu yang sudah lesap di sebalik tautan pintu. Merasakan bahunya ditahan, leher pemuda bangsa Athos itu tertoleh.

" Tiga hari lepas, Ara ada ke mana-mana? "

Mata cokelat muda Ken mengerjap bingung disebalik kanta kaca matanya.

" Tak ada rasanya. " Sahut Aiiden.

" Pasti? "

" Pasti kerana sepanjang pagi aku dan N dengan Ara di lapang sasar."

Aiiden sempat musykil kerana tiba-tiba sahaja nama Ara disebutkan sedangkan gadis tersebut diketahui mereka sudah dihantarkan pulang ke Rumah Agam oleh Zeeo dan Cik Nara juga baru mengatakan Ara sedang berehat di biliknya melalui perbualan telefonnya dengan Eiiden beberapa minit sudah.

" Di lapang sasar. " Mata Vixx menyiratkan sesuatu " Bagaimana prestasi dia? "

" Bersih seperti biasa. Malah dia juga mengalahkan N beberapa saat lebih pantas untuk memasang semula senapang automatik M-16."

Mendengarnya Vixx mengurut dahi. Rasa tidak senangnya semakin membuak-buak.

" Tanpa berubah menjadi ....?"

" Vixx! " Suara Ken mengeras seketika
" Apa kaitan Ara dengan semua ni? "

" Semua orang tahu yang aku ada balik menjenguk Abba dan Umma dua hari lepas bukan?"

Aiiden menatap Ken yang kebetulan menoleh ke arahnya juga dan serentak pula mereka memandang Vixx semula lalu mengangguk sekata.

" Kita perlu pastikan hal ini sebelum beritahu Eiiden dan yang lain-lain. " Vixx mendengus tidak senang.

" Apa hal sebenarnya yang berlaku? " Aiiden mencerunkan matanya.

" Kalau Ara ada dengan Aiiden juga N di lapang sasar, siapa pula yang ada di rumah Abba dan Umma dan bertanyakan tentang Kitab Mirria? "

+ + +

Pemuda dalam pertengahan usia 30-an itu bingkas bangun apabila melihat tiga orang pemuda berpakaian kemas berlari-lari anak dengan dahi berpeluh menuju ke arahnya setelah keluar daripada perut sebuah kenderaan dengan sangat tergesa-gesa.

" Boleh saya bantu? "

" Kami ingin tahu berapa ramai pengunjung yang menginap di sini sejak beberapa hari lepas"

Mark mengatakan kata-kata tersebut hanya dalam satu nafas membuatkan penjaga kaunter penyambut tetamu itu membulatkan matanya.

" Ttappii... "

" Adik kami diculik dan kami dapat tahu dia disembunyikan di sini! "

Ryu menajamkan pandangan matanya dan tanpa ragu sedikitpun mencekak kolar baju pemuda tersebut membuatkan dia memucat hampir serta-merta.

" Sehingga kini hanya ada seorang pemuda. " Lelaki itu menyambar sebuah fail yang mendaftarkan nama para pengunjung yang menginap di motel murah tersebut. " Yang lain sudah mendaftar keluar. "

" Kami perlu segera menemuinya! " Mark mengeraskan rahang dan mengeluarkan suara geraman di sebalik gigi yang diketap.

" Seorang pemuda mendaftarkan nama sebagai Reiid. "

Separuh gagap pemuda itu memutar skrin komputer menghadap ke arah Eiiden yang mencerunkan penglihatan dengan kepala saling berdesakan dengan kepala Ryu serta Mark. Walau siapa sekalipun nama yang didaftarkan mereka tidak perduli kerana mungkin sahaja nama tersebut dipalsukan namun catatan pada baris dan lajur terakhir log pendaftaran masuk tersebut sukses membuatkan pandangan mata Eiiden menggelap seketika manakala Mark hampir tumbang ke belakang.

Pembayaran untuk kos penginapan tersebut dicaj atas sekeping kad kredit dan nama yang tertera diruangan butir pemilik kad tersebut jelas bertulis dengan huruf besar.

LUNA ARABELLA!

+ + +

Mengendus bau yang semakin hampir didalam dingin cuaca mendung lewat petang itu, Andra sekadar tersenyum. Meraih beg hitam dan pedang berbalutnya lantas menyandangnya ke belakang. Dia kenal bau-bau khusus tersebut. Bau Alfa Lycan, Alfa Evas dan juga bau khas bangsa Athos.

" Kalau kalian sudah terbiasa dengan kegilaan Ara, harapnya kalian mampu pula menangani kegilaan aku.. "

Begitu katanya lantas menghilangkan diri begitu sahaja diiringi dengan bunyi berdetus seperti bunyi cemeti dihayun ke lantai tepat beberapa saat sebelum pintu bilik tersebut ditolak kasar dari luar memperlihatkan wajah merah padam Mark dan wajah pucat Eiiden serta Ryu.

+ + +

Last Hunter :  DistopiaDonde viven las historias. Descúbrelo ahora