"Ika jom? Kita balik eh?" Aku memegang tangan Ika. Panas sia.

Lalu Eiz pun membantu Ika untuk bangun. Habis basah muka dia dengan peluhnya tambah dengan air mata pula sebab baru lepas menangis.

"Jalan slow-slow. Jangan paksa diri kalau tak larat." Aku memaut lengan Ika.

Dia hanya mengangguk.

Eiz di belakang hanya diam mengikut. Beg sekolah Ika digalasnya.



[END P.O.V]




#/#/#/#/#/#/#/#

Siling putih dipandang sunyi. Aku memeluk erat anak patung Baymax kesayangan.

Haihh tadi tak larat sangat, kenapa sekarang tak boleh nak tidur pulak ni!

Keluhan kecil dilepaskan.

Teringat kejadian yang berlaku kat sekolah tadi. Itulah orang kata, rahsia pegang lama mana pun akan terbongkar juga akhirnya. Dan sekarang, Zulfa dah tahu pun pasal aku dengan Eiz.

Sis redha..

Nasiblah Zulfa. Kalau orang lain yang muncul time tu?

Nauzubillahiminzalik!

Semasa menunggu kedatangan mama di pondok guard sekolah tadi, sempat aku cerita dekat Zulfa tentang perkara sebenar. Terkejut beruk dia dibuatnya dengar cerita aku.

"Itulah orang tua-tua kata, benci lama-lama sayang. Tup tup dah jadi isteri dia. Sekarang pantang nampak Eiz dengan perempuan lain pun dah cemburu buta. HAHAHAHA!"

Teringat aku akan kata-kata Zulfa. Jahat betul dia tu. Gelak je memanjang, lepastu tak habis-habis mengusik aku. Nasib aku demam je kalau tak dah lama mulut dia tu kena stapler.

Tanpa aku sedar, aku tersenyum sendiri.

Kenapalah complicated sangat hidup aku ni?

Tok tok tok!

"Ikaa.."

"Ye ma? Masuklah." Aku menyahut panggilan mama yang mengetuk pintu bilik.

"Ika dah tidur ke?" Pintu bilik dibuka.

Kepala digeleng perlahan. "Kenapa?" Soalku. Sempat aku mengusyar tangan kanan mama yang memegang handphone. 

Mama menuju ke arahku. Dahi dan leherku dipegang. "Dah makan ubat?"

"Dah.. Tunggu nak lelap je ni ha. Ika tak boleh tidurlah."

"Ha baguslah korang. Ni mesti kes saling rindu ni."

"Hah?" Terjongket kening. Apa mama merepek ni?

"Ni ha, Eiz call. Dia nak cakap dengan Ika." Mama menghulurkan telefon.

Belum sempat aku menyambut, mama menarik semula telefon yang dipegang.

"Eh kejap. Sebelum Ika sembang dengan Eiz, mama nak berleter jap."

Mama mengambil nafas. "Berapa kali dah mama pesan jangan langgar peraturan sekolah?"

Sekali lagi kening aku terjongket. Dah kenapa dengan mama aku seorang ni? Pelik peliklah.

"Ika bawa phone kat sekolah kan?"

Air liur yang ditelan terasa pahit. Macam mana mama tahu? Eh tapi, phone aku hilang do. Jangan la pula mama tahu yang phone aku hilang.

Mampuslah kau Ika. Mampu gigit jari je. Haih, demam demam pun kena marah.

"Tapi.."

"Lepas ni, bawa balik phone tu bagi kat mama. Mama pegang phone Ika. Ika buat lagi, jangan harap Ika dapat balik. Pandailah Ika hidup tanpa phone." Suara nyaring mama menusuk ke telinga.

Us ✔Kde žijí příběhy. Začni objevovat