"Minjoo.."

"Awak fikirkanlah apa yang saya cakap ni, kalau tak we are no longer fiance-"

"Minjoo. Saya akan selesaikannya dengan cepat. Tolonglah jangan macam ni.."

"Awak nak rasa macam mana sakitnya berpisah dengan orang yang tersayang?" Soalan Minjoo buatkan Yoongi terdiam. Lelaki itu ketap bibir sebelum rahangnya tergerak- gerak ingin mengatakan sesuatu. Lengan Minjoo dia sentuh perlahan, tapi Minjoo menepis.

"Awak nak rasa sangat kan? Awak nak experience sendiri perasaan berpisah dengan orang tersayang kan? Now lepaskan saya. Saya akan pergi jauh dari awak!" Minjoo mengemam bibir sebelum melangkah keluar dari bilik Yoongi.

"Minjoo!"

...

"Hellooo Jeon Jungkook! My future husband. Rindu saya?"

Jungkook mengeluh berat sebaik kelibat Jieun datang memasuki pejabatnya tanpa kebenaran. Dia yang memang dah berhenti dari muntah tadi pun rasa nak muntah balik bila terpandang wajah Jieun ni. Haish. Jungkook buat- buat sibuk, bila Jieun sudah melabuhkan punggung diatas kerusi dihadapannya.

"Noona buat apa kat sini?"

"Hai, noona nak jumpa Kookielah. Dah lamakan kita tak jumpa, takkanlah Kookie tak rindukan noona langsung? Yalah, kita kan dah nak kahwin-"

"Wait, wait. Bila masa kita nak kahwin? Noona jangan merepek. Huh, noona, baik noona baliklah. Jangan serabutkan kepala saya yang sedia serabut ni. Saya banyak benda lagi nak fikir, noona tolonglah balik" Jungkook mulai mengarahkan Jieun untuk keluar, tapi Jieun masih lagi kekal di posisinya yang tadi. Gadis itu tersengih.

"Alaa kookie ni.. Noona bukannya buat kacau pun. Noona-"

"Noona memang mengganggu pun, tengok sekarang ni, Jungkook dah hilang konsentrasi tahu tak? Tolonglah keluar, Noona. Jungkook perlukan ruang untuk tenangkan diri" balas Jungkook separuh menghalau buatkan Jieun mengetap bibir geram.

"Jungkook tau tak yang Noona rindukan Jungkook? Noona tak datang jumpa Jungkook untuk beberapa minggu ni sebab noona nak beri Jungkook waktu, takkanlah tak faham lagi?!" Jieun menengking serentak tangannya menghentak meja kerja Jungkook. Lelaki itu mendengus geram, baru sahaja dia mahu membalas, kelibat beberapa orang polis perempuan memasuki ruang kerjanya membantutkan percakapannya.

"Maafkan kami Tuan kerana memggangu, Cik Kim Jieun didapati bersalah kerana melakukan cubaan membunuh keatas Puan Rachel dengan menggunakan racun OAINS yang diletakkan didalam minuman Puan Rachel. Bukan itu saja, cubaan membunuh langgar lari Tuan Jeon Jungkook tempoh hari juga merupakan salah satu jenayah yang dilakukan Cik Jien. Cik, tolong ikut kami sekarang" kata Polis wanita tersebut sebelum tangan Jieun ditarik lalu digari.

"No! Korang tak ada bukti! Macam mana aku boleh terbukti bersalah?! Lepaskan aku! Lepaskan akulah!" Jieun berteriak dan berusaha melepaskan diri dari pegagan polis wanita tersebut.

"Noo, Jungkook! Help me! Help me!!"

"Noona.."

Jungkook hanya mampu memandang, dia rasa jijik pada gadis itu. Sanggup dia buat macam tu? Sedangkan dia sudah percayakan gadis itu bulat-bulat? Huh! Apa salah Rachel dan dia pada Jieun? Sungguh tak sangka!

Ruangan mulai riuh dengan jeritan Jieun, Jungkook hanya mendiamkan diri, dalam keributan tersebut, sakit kepalanya datang lagi.

Kali ini sakitnya bukan sakit biasa- biasa, sakitnya kali ini bukan kepalang. Jungkook mengetap bibir, serta merta pil ubatnya dicari, tak semena- mena dia terjatuh terduduk diatas lantai seraya memegang kepalanya. Dia masih berusaha mencari ubat tersebut.

"Saya Jeon Jungkook, bersedia menerima Rachel Kim sebagai isteri, menjaga dan bersama dengannya hingga ke akhir hayat.."

"Rachel.."

"Mwo?! Jangan datang dekat! Duduk je situ, saya penat nak layan kerenah budak- budak awak ni!"

Jungkook memegang dadanya, memori dengan bayangan dirinya dan Rachel sedang diputar dikepalanya.

"Jungkook, saya cintakan awak.. sepenuh hati saya"

"Sayang.."

"Thank you! Saya sayang awak Jungkook! Sayang sangat- sangattt!!"

"Mwo? Kenapa nak namakan ikan emas ni sempena nama saya? Habislah keliru nanti, tukarlah!"

"Saya tak suka awak usya gambar perempuan lain... saya ni tak cukup ke? Tak cukup cantik untuk tatapan awak?"

"Jungkook, nado saranghae!"

"Rachel.."

Dengan kudrat yang ada, Jungkook mengesat air matanya sebelum dia berdiri lalu kunci kereta dicapai. Lelaki itu meluru keluar dari pejabatnya.

I'll come get you now sayang!

Don't leave me again!!

.

.


Little explation about OAINS


OAINS - Ubat anti inflamsi non-syteroid

+banyak digunakan untuk mengubat radang dan meredakan nyeri contohnya; ibuprofem, asam mafenamat dan banyak lagi.

+ubat ini bekerja dengan memblokir prostaglandin (Prostaglandin adalah penting kerana ia diperlukan bagi membantu mengatur berbagai-bagai fungsi, seperti pengeluaran asid perut, tekanan darah dan suhu badan, serta aktiviti otot dalam organ seperti bronkus,usus, rahim dan lain-lain organ badan. Prostaglandin juga memainkan peranan utama dalam pembiakan.)

+penggunaan yang berlebihan boleh menyebabkan lapisan rahim menjadi nipis dan boleh mengundang keguguran.

*sumber google and wikipedia. ^^

[C] TE AMO | JJK ✓Onde histórias criam vida. Descubra agora