《5》

5.7K 444 9
                                    

🐰

" tarikh perkahwinan kau dah kena tunda "

taehyung berkata dalam nada gembira, wajahnya memaparkan reaksi teruja. dia senang mendengar berita ini.

" kenapa ? "

jungkook menyilangkan kakinya, berita itu langsung sedikitpun tidak mengundang riak terkejut darinya.

ya, semalam somi sudah mengatakan segalanya, perempuan itu akan menundakan perkahwinan ini selama 2 hari. tapi dia tidak langsung mengatakan sebabnya.

taehyung memandang jungkook teruja.

" kau tidak tau ? somi, dia hilang "

jungkook tersentak. macam mana pulak boleh hilang ? jungkook yakin yang dia sudah menghantarnya tepat didepan rumah semalam.

" ma-macam mana ? "

" haaa kau calon suami yang tak prihatin sungguh "

taehyung menyisip kopinya, bibirnya tidak lengkang dek senyuman. taehyung jahat ? tak, itu sudah sifatnya sejak azali. senyum tak tentu pasal.

" dia lari. ikut boyfriend dia "

aku terdiam, berusaha memutar kembali kata kata yang dilemparkan oleh somi kepadanya.

tapi perempuan itu langsung tidak ada menyebut perihal ini. somi gila. gila dari yang disangkanya.

" tapi, tuan kim kata. kalau somi tak dapat ditemukan juga. mereka akan cari penggantinya dalam masa ni juga. dia minta aku carikan. kau nak siapa ? minjung ? yejin ? siapa ? cakap je "

aku menjeling taehyung, lelaki itu sudah tersengih puas.

" kau ingat kahwin ni senanglah hem ? "

taehyung meletakkan cangkir kopinya diatas meja kaca yang memang terdapat di dalam pejabatnya itu.

" kenapa kau nampak tak happy pulak ni ? somi dah pergi, dia dah bagi chance dekat kau untuk cari perempuan lain. kau tak nak ke ? "

jungkook memainkan kot nya. sungguh, tidak ada terbayang langsung wajah 'perempuanlain' didalam benak fikirannya sekarang.

adakah taehyung sudah terlupa bahawa dia dalam fasa penyembuhan akibat broken dekat kekasihnya yang dahulu ?

" aku tak tau "

taehyung mengeluh.

" takkan kau masih tak boleh lupakan dia ? dah 3 tahun weh. takkan tak boleh move on ? hati tisu betullah "

taehyung berdecit.

ya, jungkook adalah jungkook. dia tau jungkook merupakan seorang lelaki yang terlalu setia sampaikan kekasihnya minta putus dia masih tidak mempercayainya. oleh sebab itu,jungkook menjadi anti pada perempuan. terutamanya yang sama jenis dengan somi.

dan selama 3 tahun dan sampai sekarang jungkook mengalami philophobia, iaitu takut untuk jatuh cinta. kesannya sangat mendalam terhadap lelaki itu.

[C] TE AMO | JJK ✓Where stories live. Discover now