《79》

2.9K 354 9
                                    

🐰

"Mama Jeon.."

Puan Jeon menyisip senyum lebar sampai ke telinga. Tubuh Rachel ditarik ke dalam pelukannya. Sungguh dia rindu untuk menatap wajah menantunya itu, bukan dia tak mahu nak jenguk, tapi perniagaannya mempunyai masalah sejak akhir- akhir ni. Jadi, dia terpaksa batalkan niat dari melawat Rachel.

"Rachel sihat?"

"Mama.. "

Rachel mengesat air matanya. Puan Jeon masih lagi memeluk gadis itu erat. Dia dapat rasakan yang perbagai perasaan terbuku didalam hati Rachel. Dia terseksa, gadis itu baru saja gugur, suami pulak hilang ingatan.

"Mama, Rachel sihat, Rachel baik- baik je. Mama pula?" Soal Rachel. Puan Jeon meleraikan pelukan sebelum mengangguk perlahan. Jungkook hanya membisu ditepi mereka, tak faham dengan situasi sekarang.

"Jomlah masuk dalam, lama- lama kat luar tak elok jugak. Dahlah sejuk, jom, jom" Puan Jeon menarik Rachel masuk kedalam rumah. Jungkook hanya mengikuti mereka dengan pandangan penuh curiga. Puan Jeon membawa mereka ke ruang tamu dan duduk diatas sofa.

"Macam mana sekarang? Okay?"

"Okay dah, mama. Tengah rest dan sekarang pun tengah temankan baby tua dalam diam.." bisik Rachel pada Puan Jeon. Baby tua yang dimaksudkannya adalah Jungkook. Puan Jeon menyengih, diikuti dengan Rachel.

"Mama bisik apa?"

"Tak ada apa, kamu tak perlu tahu" kata Puan Jeon buatkan Jungkook mencebik panjang. Dia longgarkan tali leher.

"Jungkook naik dululah, nak tukar baju. Lepastu kita dinner sama- sama" kata Jungkook sebelum melangkah naik ke tingkat atas, meninggalkan Rachel dengan Puan Jeon berdua.

"Perut dah okay?"

"Bolehlah mama, saya tak boleh makan benda pedas lagi. Manis apatah lagi. Saya dah mula buat aktiviti harian macam biasa. Sakit tu adalah, tapi tak banyak" jawab Rachel. Puan Jeon mengeluh kecil, tapak tangan Rachel diraih.

"Mama minta maaf, sebab mama, Rachel macam ni.."

"Hisy, apa pulak cakap macam tu. Mama tak salah apa- apa pun. Saya ni yang cuai, mama jangan fikirkan sangatlah. Lagipun saya dah okay. Mungkin belum rezeki saya nak mengandungkan anak waktu tu. Tak apalah mama, dah takdir.." kata Rachel. Tapak tangan Puan Jeon dia usap perlahan sebelum menggangguk tanda dia tidak apa-apa.

"Dengar kamu cakap macam ni, mama rasa lega. Tapi dalam masa yang sama, mama rasa terkilan. Sepatutnya perut kamu dah besar dah, and mama akan selalu melawat kamu, dan baby. Entahlah, mungkin mama pun belum bersedia lagi nak jadi nenek"

"Tak apalah mama, nanti bila Jungkook dah ingat. Kami try buat balik"

"Amboi, mentang- mentanglah dia tak ingat apa- apa, main hentam je cakap kan? Bila dia dah ingat nanti, ha mulalah nak jual mahal, main tarik tali dengan Jungkook." Puan Jeon menepuk paha Rachel bila gadis itu tersengih- sengih.

"Jungkook, ada nampakkan apa- apa perubahan tak masa dia dengan kamu? Iyalah, kamu ni dah official jadi wife dalam diam Jungkook, sekaligus jadi PA dia. Jungkook, ada tunjukkan apa-apa petanda yang ingatan dia akan kembali?" Puan Jeon menyoal. Rachel mengeluh kecil.

[C] TE AMO | JJK ✓Where stories live. Discover now