《60》

3.5K 335 21
                                    

🐰

"Kenapa awak tumbuk dia pula?" Soal Jieun seraya melekapkan plaster di kening Jimin. Termuncung- muncung bibir gadis itu membebel memarahi Jimin.

Sungguh sayang sekali, Jimin yang mempunyai wajah licin, putih mulus, peloles dan diidamkan banyak wanita itu sudah mempunyai parut di wajahnya.

"Dah dia tumbuk aku, aku pun balas baliklah! Jantan macam aku pantang dicabar!" Jimin menjawab, hati dia masih panas disebabkan kejadian tadi pagi. Tak semena- mena dia mendapat publisiti murahan dari pengunjung cafe tersebut. Kalau tidak terkenangkan ramai mata yang memandang dan status Jungkook yang dikenali ramai, mungkin sudah lunyai lelaki itu dia kerjakan.

"Apa masalah awak? Awak memang nak cederakan Jungkook sampai macam tu ke? Itu bukan sebahagian dari plan kitalah!" Marah Jieun seraya menepuk bahu Jimin. Lelaki itu menoleh kearahnya seraya memberikan death glare pada Jieun. Gadis itu membalas jelingan Jimin lalu berpeluk tubuh.

"Kalau awak plan nak cederakan Jungkook sekalipun, why not cederakan sekali wife kesayangan dia tu? Biar sama- sama rasa, diakan sayang separuh mati isteri dia tu" kata Jieun lalu memberikan senyuman paling sinis dia buat. Wajah Jimin berubah riak, laju dia tolehkan kepala untuk melihat Jieun.

"No one can hurt Rachel! Not you, not even me. Jangan minta aku buat benda useless kalau kau tak nak aku buat benda lagi teruk dari tumbuk Jungkook. Kalau kau nak tengok dia terlentang atas katil hospital, kau jangan mention Rachel lagi. Aku tahu apa aku buat, no one can touch her accept me." Kata Jimin lalu menghentakkan tapak tangannya diatas meja. Marah dengan cadangan Jieun untuk mengenakan Rachel Kim.

Jieun menggulingkan anak mata, Jimin dengan ayat dia tu, pikir boleh buat orang tersentuhlah?

Jimin meraup rambut perangnya kasar sebelum berjalan ke arah cermin di dalam ofisnya. Nafas yang dihirup cuba diatur sebelum lelaki itu melepaskan keluhan berat. Jieun menyandarkan tubuhnya pada kerusi, memerhatikan gerak- geri Jimin yang nampak frustasi dengan keadaan sekarang.

Bukannya teruk pun, baru permulaan, ni dah broken macam baru hilang bini.

"So, awak masih nak saya teruskan plan ni? Rancangan awak tu bukan makin meregangkan hubungan mereka, tapi akan lebih mengeratkan hubungan mereka tau tak? Saya tak suka cara awak, biar saya buat cara saya-"

"Plan kau untuk hapuskan Rachel dari dunia ni? Kau tak terfikirkan aku? Apa yang aku dapat lepas kau lenyapkan Rachel dari dunia ni? Jangan jadi selfish, Jieun. Kau ingat janji kita, kau dapat Jungkook, aku dapat Rachel. Jangan mengada nak buat hal sendiri. Kalau ada apa- apa berlaku pada Rachel, kau- kau sekali aku lenyapkan" kata Jimin separuh menjerit. Gadis itu mencebikkan bibirnya, tak suka cara Jimin melayannya.

"Kalau awak sayang sekalipun Rachel tu, at least cakaplah baik- baik dekat saya! Awak pun bukannya ikut plan sangat pun, suka hati awak je cederakan Jungkook! Dahlah, saya malas mak cakap dengan awak!" Jieun melangkah keluar dari ofis Jimin dengan perasaan amarah yang membuak- buak.

"Kim Jieun, berhenti!"

"Tak nak!"

🐰

"Ahh arigato"

Taehyung berbahasa Jepun seraya menundukkan kepala seraya menyambut huluran tangan seorang wanita yang menghulurkan topinya yang jatuh tadi.

Perbuatan Taehyung terjeda ketika mengangkat wajahnya dan bertatapan dengan gadis tersebut. Dia mempunyai paras wajah yang cantik dengan anak mata berwarna biru muda.

"Err.. are you okay?"

"Erk. Ye- yes. I'm okay. Thank you for this" balas Taehyung seraya menayangkan topinya. Gadis itu mengangguk lalu berjalan beberapa langkah mahu menjauhi Taehyung. Tapi dengan langkah yang pantas dia mengejar langkah kaki gadis itu.

"Err may i know your name?"

"Hem? I- i'm Haerin. Lee Haerin" jawab gadis yang memperkenalkan dirinya sebagai Haerin itu. Dia tundukkan kepala, menyapa Taehyung lalu tersenyum kecil. Melebar senyuman Taehyung jadinya.

"Kenapa tak cakap awak orang korea? Penat saya susun ayat English semata- mata nak cakap dengan awak. By the way, saya Kim Taehyung" kata Taehyung lalu menghembuskan nafas lega. Gadis itu ketawa kecil seraya menarik bagasinya menuju ke balai berlepas. Taehyung hanya memerhati.

"Err maaflah kalau awak rasa saya ni annoying, awak datang sini buat apa? Ada lawatan kerja ke?" Soal Taehyung walaupun dia tahu yang soalannya itu akan mengundang tanda tanya dari gadis itu sendiri.

Haerin menggeleng tanda tidak menandakan yang dia juga mempunyai niat lain selain lawatan kerja di Jepun tersebut.

"Ahhh saya datang sini sebab-"

"Haerin!"

Serentak mereka memandang ke satu tempat. Melebar senyuman gadis itu bila melihat seorang lelaki berpakaian pejabat dengan paras rupa yang kacak sedang berlari anak mendapatkannya.

"Lama tunggu?"

"Aniya" jawab Haerin lalu menyerahkan bagasinya pada lelaki tersebut.

"Ahh Taehyung, kenalkan. Ini tunang saya, Mark Tuan" kata Haerin buatkan senyuman Taehyung yang tadinya lebar perlahan- lahan mengendur bila perkataan tunang meluncur keluar dari bibir gadis tersebut.

"Tu- tunang, huh?"

Prak! prak!

.

.

"I love you"

Em.

[C] TE AMO | JJK ✓Where stories live. Discover now