Bukan dia tak cuba buat Jungkook ingat pada dia, dia cuma risau. Sakit kepala itu akan menjadi teruk. Dia tak mahu Jungkook sakit lagi. Cukuplah kalau satu kali. Cukuplah..

"Rachel.. my memory. Did I lost it?"

Rachel mengangguk buatkan Jungkook terdiam. Wajah Rachel dia pandang dengan pandangan redup, sungguh rugi bila dia terpaksa melupakan sesuatu yang paling berharga dalam dirinya. Patutlah dia rasa kosong. Patutlah perasaanya lain bila dengan Rachel. Patutlah everything about her sangat familiar dalam diri Jungkook. Sentuhan, senyuman, wangian dan termasuklah anak mata hazel milik Rachel begitu menyenangkan.

"Why don't you told me?"

"Saya bimbang awak jatuh sakit"

"Rachel.."

Jungkook melingkarkan lengannya pada pinggang Rachel, kemas. Bibir merah gadis itu dia renung sebelum dengan perlahan- lahan bibirnya menyatu dengan bibir merah milik gadis itu.

Sayang, is this really you?

...

"What?! Kenapa aku tak tahu yang  Jungkook pergi US? Dengan Rachel? Tempah bala ke apa mereka ni?!" Jieun menepuk- nepuk meja sebelum segala peralatan diatas meja tersebut dia campak atas lantai. Lelaki berkulit putih pucat itu hanya memerhati seraya menolak pipinya dengan lidah. Sekarang sudah larut malam dan gadis ini tahu memekak saja.

"Kenapa kau tak bagitau aku awal- awal hah?"

"Kau yang tak tanya"

"Bodoh!" Jieun melempar kusyen pada lelaki itu, dengan sepantas kilat lelaki itu menepis. Huh, come on lah, kalau bukan disebabkan dia perlukan bukti, sudah lunyai perempuan kerek dia kerjakan dan sumbat masuk dalam penjara. Dasar perempuan tak tahu diuntung!

Jieun mendengus kasar. Meluat dia lihat wajah lelaki yang putih melepak serupa mayat tu. Dia minta lelaki itu datang pun sebab perlukan info untuk kedua pasangan tak serasi tu.

"Kenapa kau benci sangat dengan Rachel eah? Setahu aku, dia tak pernah menganggu periuk nasi kau pun-"

"Memanglah tak pernah! Tapi dia merampas kebahagiaan aku! Dia rampas Jungkook dari aku! Nasiblah aku baik hati tak racun dia bebanyak. Huh, aku fikir Jungkook tak sudi sentuh perempuan macam dia. Rupanya aku salah, heh. Tengoklah hasilnya, tak dapat bunuh dia, ehh anak dia yang mati pun jadilah!!" Laju saja Jieun menjawab dengan dada yang berombak kencang. Sungguh dia panas kalau topik pasal perempuan perampas tu dibukak. Dasar perampas!

"Lahh sebab itu je ke? Huh, aku fikir apalah tadi. Jadi kes langgar lari Jungkook tu bukan kau kan-"

"Siapa cakap bukan aku yang buat? Itu pun hasil karya aku juga. Mulanya aku nak bunuh dia, yalah, kalau aku tak dapat Jungkook, tak ada orang lain yang akan dapat! Aku fikir bila dah buat macam tu dia akan terus mati, tapi aku silap. Dia masih hidup. Tapi hilang ingatan! Argh!" Teriak Jieun sebelum pasu bunga kecil dia campak, berkecai pecah atas lantai.

"Kau asal nak tahu sangat?"

"Salah ke? Aku pun nak cari pengalaman, mana tahu boleh guna cara kau untuk bunuh orang yang aku tak suka macam k-"

"Ha tulah kau! Suka sangat bergaul dengan orang noob. Cuba kau try aku, mana tau boleh selamatkan kau satu hari nanti. Huh.. dasar bodoh!" Jieun menengking, dia mengemas barangnya diatas meja. Lelaki itu hanya mendiamkan diri sebelum topi hitamnya dibetulkan. Huh, kacang betul pula nak kenakan kau ni. Jieun memerhatikan lelaki itu.

"Kau tu jangan bodoh sangat dan jangan tak angkat phone bila aku call. Kau faham?"

"Ya.."

"Okay, aku pergi dulu"

Jieun melangkah keluar dari ruangan tersebut. Lelaki itu menggeleng- gelengkan kepalanya sebelum phoneya dikeluarnya. Rakaman suara dimatikan.

"Aku bodoh ke kau yang bodoh?"

Lelaki itu membelek phoneya sebelum smirk kecil terbit di hujung bibir lelaki itu.

Kau tunggulah nanti.

.

.

😢😇😂💔💕💞

[C] TE AMO | JJK ✓Where stories live. Discover now