"Chae woon! You dah lama tunggu I kat sini?" Soal Jungkook. Chae woon mengangguk laju, dia cuba kawal riak wajah bila Rachel masih setia berdiri di tepi lelaki itu.

"Yep, I datang sejam lebih dah. I menginap kat sini, senang nak balik bilik kalau I mabuk teruk" terang Chae woon. Berkali- kali jugalah dia hadiahkan jelingan ke Rachel. Sepatutnya dia buat sesuatu pada dress Rachel. Tapi disebabkan dia kesuntukan masa, dress tu kekal seperti sedia kala.

"Ahh Chae woon, kenalkan. Ini PA baru I, nama dia Rachel Kim. Rachel, inilah Secretary Moon yang saya ceritakan tu. Dia uruskan kerja saya kat sini" kata Jungkook. Rachel hanya senyum hambar sebelum tundukkan badan. Chae woon juga berbuat benda yang sama sebelum satu gelas wain merah penuh diteguknya habis.

Ting!

Taehyung.k

+hey, can you come to me for awhile?
+i heard there's some good food here
+i promised to you that it won't take long time

Awak kat mana?

+selang dua meja dari awak

Okay!
Tunggu sna.

Rachel meminta diri kepada Jungkook dan Chae woon sebelum dia melangkah mendapatkan Taehyung yang duduk selang dua meja dari mereka. Lelaki itu mengangkat tangan untuk memudahkan Rachel mencarinya.

"Kenapa tak join kami sekali?" Soal Rachel, punggung dilabuhkan disamping lelaki itu. Taehyung menggeleng kecil sebelum meneguk minumannya.

"Saya takut terbabas.."

"Maksud awak?" Berkerut dahi Rachel mendengar Taehyung berkata sedemikian. Taehyung mengeluh kecil, dia lirikkan mata ke dua manusia yang duduk selang dua meja dari mereka.

"Chae woon tu.. bekas kekasih saya"

Rachel diamkan diri. Dia tak tahulah nak komen apa lagi. Bila nampak Taehyung yang tak berhenti- henti meneguk minumannya, Rachel menahan lengan Taehyung sebelum gelas dengan minuman jernih itu dia teguk masuk kedalam mulutnya. Taehyung bulatkan anak mata.

"Yah! You still underage!"

"Saya peduli apa! Siapa suruh awak tayang lagi benda ni pada saya? Eeeee" Rachel kerutkan dahi, rasa masam dan pahit berselang seli dimulutnya, tapi itu langsung tidak menghalangnya untuk meneguk satu minuman lagi. Taehyung sudah tepuk dahi. Kalau Rachel terus- menerus macam ni, parah nanti!

"I dengar you accident. You dah okay?"

"I okay je, PA I yang jaga I selama ni. I akui yang I rasa cemburu bila tengok dia dengan orang lain, tapi I tak tahu nak buat apa lagi. Dia terlalu innocent and too pure. I selesa dengan dia-"

"You tak rasa dia akan bawa sesuatu tak baik ke?" Pintas Chae woon, Jungkook diamkan diri sebelum ketawa kecil. Dia menggeleng lagi, rambut hitamnya dia raup kebelakang.

"Tak, I tak rasa macam tu. Dia baik tau.."

"Jungkook, kau boleh tengok- tengokkan Rachel kejap? Sebelum dia menggila dekat sana, tadi pun dia hampir cuba nak cium aku-"

"Mwo?!" Laju saja Jungkook berdiri sebelum meninggalkan Taehyung bersama Chae woon disitu. Taehyung tersengih bila Chae woon menjelingnya. Lantas tempat disamping Chae woon dia ambil.

"Lama tak jumpa, kan?"

"Kecik sangat US ni sampai boleh jumpa I, kan? You kenapa ikut? I tak expect yang you akan ikut Jungkook sampai ke US-"

"Chae woon.. saya dah lama cari awak. Kenapa awak tinggalkan saya kat korea seorang diri? Saya sunyi, saya rindu dan saya minta maaf kalau saya buat salah pada awak" luah Taehyung. Tapak tangan Chae woon diatas meja dia raih perlahan walaupun gadis itu kuat menghalang. Chae woon ketap bibir.

"Kita tak ada apa- apa lagi, Taehyung. Pergilah cari kebahagian awak sebab saya dah jumpa kebahagiaan saya-"

"Maksud awak Jungkook? Hey, Chae Woon, lelaki itu dah berpunya, dia dah berkahwin.. lainlah kalau awak tengok lelaki kat depan awak ni. Still single and avaible. Chae woon please, look at me. I still love you.."

"I don't need you."

Chae woon mulai berdiri dari duduknya, sedikit terumbang ambing sebelum pinggangnya dirangkul oleh Taehyung. Chae woon ketap bibir, sedaya upaya dia tolak tubuh Taehyung tapi hasilnya tetap nihil.

"Lepaskan saya Tae.. apa awak nak buat hah?"

"Dance, hem. Menari dengan saya, princess?" Bisik Taehyung buatkan Chae woon berhenti meronta ketika Taehyung sudah menariknya ke kerumunan orang yang tengah menari. Lelaki itu masih lagi memanjakan dirinya seperti dahulu walaupun dia sudah banyak kali buat Taehyung sakit hati. Termasuklah berlaku curang dibelakang lelaki itu. Chae woon lembutkan hati, pandangannya kabur.

"Taehyung.. janganlah macam ni.."

"Macam apa? Saya dah lama ikhlas dengan awak. Saya dah lama tunggu awak, kenapa larikan diri semasa majlis pertunangan tu? Saya sunyi Chaewoonie.. Janganlah seksa hati saya macam ni." Bisik Taehyung. Chae woon ketap bibir, kolar baju Taehyung dia tarik sebelum bibirnya menyatu dengan lelaki itu. Taehyung membalasnya.

Chae woon..

.

.

Apa aku buat ni?!

[C] TE AMO | JJK ✓Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon