41

4.6K 676 158
                                    

Babe • kth

A/N:Karya ini akan tamat pada bab yang ke 45

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

A/N:
Karya ini akan tamat pada bab yang ke 45. Mohon sokongan korang sehingga tamat. 💕

-------

Trip percutian tiga hari dua malam di Jepun itu berakhir dengan jayanya. Hubungan dingin aku dan Taehyung beransur pulih. Walaupun garangnya masih ada, lelaki itu mula menunjukkan tanda dia sudah terbuka hati untuk menerimaku kembali.

Fuh, garang garang macam singa pun mampu buat hati aku berbunga-bunga gitu.

"Hey, Jae Yoon. Sudahlah berangan tu. Nanti Encik Singa kau datang jemput. Berbulu dah mata aku tengok muka miang kau tu. Belum lagi your taetae."

Jungkook menayangkan riak muka menyampah lalu kepalanya dipalingkan ke arah lain.

Aduhai anak Jeon merajuk. Aku yakin sangat dengan kerenah lelaki ini. Tempoh perkenalan singkat aku sebagai rakan sebilik sementaranya mengajar aku banyak perkara.

Memang Jungkook gemar berperangai hanat setiap masa. Namun, dia jugalah seorang pendengar dan sahabat yang baik pernah aku jumpa setakat ini.

"Kau merajuk Jungkook?"aku menyoal lembut. Pipi kanan lelaki itu menjadi mangsa cubitan jariku.

"Entah. Kau rasa aku merajuk?"Jungkook memulangkan pertanyaanku kembali seraya mukanya memandangku semula.

Beg sederhana besar berisi bajuku diletakkan di hujung kaki. Jungkook terus diam membisu tatkala mataku ralit memerhati gerak-geri anehnya.

"Jungkook, kau sentiasa bergelar sahabat yang paling aku sayang. Jangan sedih. Hati aku tak tenang bro. Kalau rindu,  kau singgah bilik aku ya?"aku gigih memujuk figura bertubuh tinggi lampai serta berwajah comel itu.

Jungkook mencebik halus. Lengannya bergerak ke arah leherku. Rangkulan lengan sasanya nyaris membuatkan nafasku sesak.

"J-jungkook, kau nak bunuh aku ke?"

Lelaki itu berdehem mesra. Kelopak mata kanannya dikenyitkan dalam gaya perlahan.

"Aku roger kau  kalau aku rindu roommate sementara aku ni. Ngeri aku nak singgah bilik korang. Nanti aku kacau korang tengah mengaum pula."usik Jungkook sambil mengukirkan senyuman gatal.

Sikuku bertindak pantas. Laju aku menyiku perut lelaki itu. Ha, ambik kau Jeon. Sesuka hati usik aku dengan benda pelik pelik.

Bikin aku seram. Camne kalau Tae betul-betul jadi miang?

-------

Bunyi pintu ditutup rapat meniup getaran di dalam hati. Aku mengela nafas agar kegelisahanku dapat disingkirkan pada waktu cemas itu juga.

"N-nak kemas dan letak barang dalam almari dulu."aku berdalih menggunakan alasan seklise yang mungkin.

Segala pergerakanku disertai aura kekok dan ganjil. Aku bersumpah. Mata Taehyung macam helang dan cctv tak berbayar.

Serba tak kena jari-jemariku menyelongkar timbunan baju-baju di dalam beg. Aku jeling diam-diam dari hujung mata.

Si bapak singa duduk di meja sambil menongkat dagu. Aku pula menjadi subjek tontonan matanya.

Gila. Aku rasa macam nak packing baju masuk ke dalam beg dan berambus ke bilik Jungkook semula.

"Aku rindu kau. Kau teringat tak hari pertama kita jadi rakan sebilik?"soal Taehyung berlapikkan nada menggoda dengan suara serak basah.

Sekarang ni, boleh aku lesap tak? Tolong buat magis hilangkan aku segera daripada situasi mengerikan ini.

Kau tanya aku soalan perangkap Taehyung.

Seriously,  I'm doomed. Now.

-------

"Mulut dah kena mangga agaknya. Nak Tae tolong carikan kunci?"

Jae Yoon menggenggam kuat baju-baju yang sedang dimasukkan ke dalam almari. Badannya masih setia membelakangi lelaki itu.

Fokusnya cuba diubah ke arah lain. Tetapi, gadis itu dihimpit kenangan lama.

Hari pertama mereka menjadi rakan sebilik. Apa yang dia telah lakukan?

"Malam pertama kita jadi roommate. Kau curi first kiss aku." (Bab 5😜)

Taehyung menjawab tanpa dipinta. Iris matanya merenung wajah gadis pemilik hati dinginnya itu.

Sekali pandang rasa suka bertambah, dua kali pandang rasa kasihnya menggunung tinggi.

Kali ketiga pandang, rasa nak terkam. Gahagaggahaga.

"Mana ada. Awak mimpi je kut, taetae."

Kesabaran Taehyung dicabar oleh Min Jae Yoon. Egonya mencanak naik kerana gadis itu tetap berkeras mahu berdalih perasaan sama yang dikongsi antara mereka berdua.

"Aku cintakan kau,  Min Jae Yoon. Lagi-lagilah apabila aku dah yakin kau ni perempuan. Aku meroyan mahukan kau je."

Jae Yoon berhenti menyimpan baju. Wajahnya didongakkan ke atas. Tubuh Taehyung bergerak ke arahnya.

"Kerja nak mengaum je. Kena kahwin dengan saya dulu. Sekarang, jangan melebih."tegas Jae Yoon ketika jemari Taehyung meliar ke sisi pinggangnya.

"Bapak singa, behave."

Jae Yoon menggunakan kedua-dua telapak tangannya untuk menahan wajah kacak lelaki itu daripada terus mara ke hadapan.

"Aku akan tunaikan janji aku. Kau milik aku yang sah nanti. Masa tu,  aku tuntut segalanya."Taehyung berbisik nakal seraya menolak tubuh gadis itu rapat ke meja belajarnya.

Kelopak mata Jae Yoon ditutup oleh jari-jemari kasarnya. Dia menarik nafas gementar tika elusan kulit ibu jari Taehyung bertukar ganti pula kepada bibir basah menggoda itu.

-tbc-

A/N:

Aip aip tak boleh lebih.

Malam ini ada satu lagi  update.

Itupun kalau saya tak busy. 💕

[C] Babe | Kim TaehyungWhere stories live. Discover now