38

4.9K 747 311
                                    

Babe • kth

Babe • kth

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

A/N:

Okay last update. 💕

Jom kita kasi bapak singa jeles sikit. Siapa suruh dia buat perangai bab sebelum ni?

Padan muka kau taetarik. Hahaha

Komen dan likes sangat dihargai!

--------

Seminggu berlalu

[Trip 3 hari dua malam ke Jepun]

Part 1 💕🍯

Masa berlalu pantas. Hubungan tegang antara aku dan Taehyung tetap berjalan seperti biasa. Aku sendiri malas nak ambil layan kerenah bapak singa.

Kalau dia tolak aku, buat apa nak terhegeh-hegeh tawarkan diri aku ni. Buang masa dan tenaga aje.

"Hey, Jae Yoon. Senyumlah sikit. Nanti muka kedut, abang Tae hilang selera."

Suara garau Jungkook mematikan lamunanku. Aku segera menepuk kasar belakang kepalanya.

Ewah, gurau pun tak kena tempat. Nasib kau roommate aku wahai jebon.

Selepas pergaduhan besar yang tercetus seminggu yang lalu, aku secara rasminya telah bergelar rakan sebilik Jungkook. Pada permulaannya, rasa berapi je pandang muka inesen anak Jeon. Ada sebab utama yang memberi ruang untuk aku maafkan lelaki itu.

Jungkook, sengaja menyamar sebagai pembelot. Niat murninya ingin menyatukan aku dan Taehyung. Kesudahannya, lagi teruk keadaan antara kami berdua.

"Kau kena berterima kasih dekat cupid kau ni. Aku jamin lepas ni, Tae sendiri kejar kau macam pisang goreng panas. Trust me. Okay?"jelas Jungkook dalam tutur kata yang pantas.

Aku berdecit halus. Langkah kaki Jungkook aku turuti dari arah belakangnya.

Suasana serba asing itu menjadi penyeri pandangan mataku. Aku hela nafas perlahan. Tanganku didepa luas supaya deruan angin menyapa tubuh kecilku.

Fuh, acah acah babak Titanic pun boleh dekat Jepun ni. Feelings dia lain macam!  Aku dongakkan kepala seraya telapak tanganku diangkat ke atas.

Kelopak-kelopak bunga dan daun sakura jatuh berguguran di atas muka bumi. Senyuman lebarku luntur tika iris mataku menangkap kelibat Taehyung yang sedang berdiri di hadapan tempat penginapan kami sepanjang berada di Jepun.

Dia pandang aku serupa nak telan hidup-hidup. Aku ada buat salah lagi ke? Aku berdoa kau boleh move on Tae.

Biarkan kenangan seminggu lepas tertanam jauh tidak dikenang lagi.

[C] Babe | Kim TaehyungWhere stories live. Discover now