18

4.6K 758 34
                                    

Babe • kth

Babe • kth

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

A/N:

Maaf atas kelewatan update. ♥
-------

Rancangan gila itu berterusan sehinggalah usia perkenalan mereka mencecah tiga bulan. Tanpa sedar, Taehyung mulai berasa selesa dengan kehadiran Jae Yoong sebagai rakan sebiliknya.

Setiap kali wajah Jae Yoong menghiasi ruangan mata, bibirnya terukir senyuman gembira. Jasa rakan sebiliknya perlu dikenang. Mana tidaknya, Jae Kyung sudah mendapat balasan setimpal.

Hati si anak Kim dicuit perasaan lega. Ada satu lagi perasaan aneh yang menyusup masuk ke dalam dirinya. Taehyung berasa murung. Jawapan yang dicari tidak mampu menyelesaikan konflik tersebut.

"Taehyung, kau okay? Aku tengok kau senyap je dari tadi. Kau marah aku ke? Maaflah anak Jeon tu menyemak aje nak ajak aku pergi makan. Macamlah takde orang lain."bebel Jae Yoon sambil memotong bahan-bahan untuk membuat sandwich.

Sudah menjadi tabiat bagi gadis itu untuk menyiapkan sarapan pagi sejak beberapa hari lepas. Semuanya gara-gara ugutan Jungkook untuk mendedahkan rancangan gila dia dan Taehyung kepada Jae Kyung.

Hanat kan anak jebon tu. Tapi, Jae Yoon redha. Asalkan, lelaki itu tidak meminta perkara-perkara yang aneh. Dia mampu menarik nafas lega.

"T-takde apa-apa. Aku lapar. Kau memang buat sandwich untuk Jungkook aje kan? Aku..takde?"suara Taehyung menyuarakan perlahan-lahan hasrat di hati.

Apabila dia sedar Jae Yoong tidak melayan kehendak dirinya, timbul satu perasaan untuk merajuk pula.

Bernas betul idea di dalam minda bapak singa.

"Jap! Taehyung, aku buatkan untuk kau sekali. Jangan risaulah. Aku jaga perut kau juga. Makan sekali dengan aku. Lebihan ni aku bungkus untuk jebon tu. Arasseo?"

Kelembutan suara Jae Yoon secara tidak langsung mencairkan hati Kim Taehyung. Namun, riak wajah merajuk terlabel jelas di mukanya.

"Aku dah kenyang. Cepatlah bungkus. Lepas tu, kita pergi kafe. Aku dengar Jae Kyung ada hari ini."

Jae Yoon menggelengkan kepala. Dia tahu lelaki itu sedang cuba melancarkan perang dingin. Suara hati mendesaknya untuk bertindak pantas.

Lengan kekar lelaki itu digenggam kemas. Jae Yoon menyuapkan cebisan roti sandwich ke dalam mulut bapak singa.

"J-jae Yoong!"Taehyung membentak keras. Dia berusaha untuk melepaskan diri daripada genggaman tangan rakan sebiliknya.

"Taehyung, apehal ni comel sangat? Aigoo, tak payah merajuk. Aku simpan khas untuk kau. Sekarang ni, kasi aku masa untuk siapkan bekal untuk Jungkook. Lepas tu, kita gerak ke kafe?"

Bagaikan manusia yang ditiup satu magis penunduk, lidah Taehyung kelu tanpa kata-kata. Iris matanya merenung hirisan sandwich yang sedang dipotong oleh Jae Yoong.

"Suapkan aku. Aku lapar sandwich."

Taehyung bersuara tegas. Pandangan matanya diubah ke arah lain bersama pipi yang bertukar merah.

-tbc-

A/N:

Haha hahahahahahaha.

Bapak singa sudah jatuh cintaaaaa.

Eh yeke?

Bab selepas ini, kita munculkan anak Jeon kembali eh?

Ada sesiapa tunggu update babe?

😜♥

[C] Babe | Kim TaehyungWhere stories live. Discover now