11

4.8K 798 17
                                    

Babe • kth

Aku membiarkan jari-jemari ralit menyentuh permukaan bola tampar tersebut

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aku membiarkan jari-jemari ralit menyentuh permukaan bola tampar tersebut. Suara tempikan Kim Taehyung selaku kapten pasukan membangkitkan satu semangat yang aneh di dalam diri aku.

"Semua berkumpul sekejap. Aku nak buat mesyuarat kecil."ujar Taehyung. Tegas nada suaranya menuturkan bait-bait ayat tersebut.

Ahli-ahli pasukan bola tampar itu mengerumuni figura lelaki berperwatakan dingin bernama Kim Taehyung. Aku dicuit rasa kagum. Lelaki yang berada di hadapan mata ini terlihat begitu profesional.

Panahan tajam anak matanya mendarat di setiap wajah rakan sepasukan. Panahan sinaran matahari yang panas membahang tidak mengganggu konsentrasi lelaki itu.

Pandangan matanya berhenti di wajah cemas aku. Seorang lelaki, mungkin naib kapten membisikkan sesuatu di telinganya.

Taehyung mengisyaratkan aku untuk datang dekat kepadanya.

"Aku alu-alukan kedatangan ahli baru untuk pasukan kita. Give a huge clap to Min Jae Yoong."

Taehyung menepuk mesra bahuku. Aku bawa jelingan mata ke bahu kanan.

Tuhan seperti ingin mengujiku pada saat-saat indah itu. Aku berdehem kecil. Aku menepis lembut lengan Taehyung yang sedang melingkar elok di atas bahuku.

"Terima kasih, Kim Taehyung."

Imej Taehyung cukup meruntunkan jiwaku yang lemah ini. Tahi lalat kecil di hidungnya membuatkan pakej visual kacak lelaki ini bertambah hebat.

Untung betul teman wanitanya. Aku? Sudah pasti tiada untungnya kerana aku hanya dipandang sebagai seorang lelaki di matanya.

"Taehyung, girlfriend kau dah sampai. Jae Kyung cari kau. Dia pesan lagi. Date dekat kafe. Pergilah sekarang. Bising dah awek kau tu."

Taehyung melemparkan pandangan sekilas kepada aku. Aku membuat gaya menghalau kepadanya.

"Shhuh sshuh, awek kau tunggu lama tu. Pergi layan dia. Terima kasih aip aip kapten!"

Aku sumpah akan sesuatu. Hujung bibir Taehyung terukir senyuman kecil.

Mataku menghantar pemergian Taehyung dari gelanggang bola tampar dengan pandangan yang sayu.
Aku sedar harapan tipis untuk aku menyelinap masuk ke dalam hatinya.

-tbc-

[C] Babe | Kim TaehyungWhere stories live. Discover now