27

4.3K 736 133
                                    

Babe • kth

Babe • kth

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

A/N:

Rating korang untuk karya 'babe' setakat ini? Nak update satu lagi?

Komen tae kacaks😜

----

Kedatanganku ke rumah agam serba mewah itu disambut oleh Jeon Jungkook. Reaksi wajahnya membisikkan aura kurang enak kepadaku.

Lelaki ini jangan dibuat main. Ada sahaja benda nakal yang menjadi aturan mindanya.

Aku menerpa ke arahnya. Bahu lelaki itu dipeluk erat dan kejap menggunakan lengan kiriku.

"Kalau kau gedik nak kenakan aku hari ini, better aku balik je. Ada sorok benda bukan-bukan ke wahai anak Jeon?"pertanyaanku memberi tamparan hebat kepada lelaki bertubuh tinggi lampai itu.

Jungkook mengukirkan senyuman kecil sebelum tubuhku ditolak masuk ke dalam rumah agamnya.

"Mana ada lah. Aku janji aku jadi budak baik. Nakal tu sikit-sikit aje ayy?"

Alasan Jungkook menyebabkan cuping telingaku berdesing. Bahunya pula menjadi mangsa cubitan maut daripadaku.

"Kau berbohong. Nahas kau nanti. Mana geng kau yang lain? Aku nak berkenalan juga."

Jungkook memuncungkan bibir. Spontan lirikan mataku bergerak ke arah lokasi yang ditunjukkan oleh lelaki itu.

Kejap. Itu..bukankah si Taehyung?

"W-weh, kau tak roger aku pun bapak singa ada join. Aku nak balik ah."dalihku serta-merta. Renungan tajam Taehyung menggigilkan seluruh tubuh badanku.

Pipiku membahang panas tika suara garau Jungkook menjerit dalam nada suara lantang. Mirip sekali dengan pembesar suara. Tak payah sudah memakai mikrofon.

Agaknya kecil-kecil anak Jeon ini tertelan speaker mungkin.

"Korang! Aku bawa kawan baik aku datang join parti kita. Korang on?"

Iris mata aku memerhati setiap wajah manusia yang berada di ruang tamu. Selain Taehyung, terdapat dua orang lelaki yang aku kenal pada awal semester pengajianku di Universiti Bangtaneul.

"Ingat aku dan Seokjin lagi ke tak? Meh lah sini. Kebetulan Jimin baru je pasang movie Thor. Rugi kalau kau tak tengok beb."sapa lelaki berlesung pipit di kedua-dua belah pipi.

Namjoon menepuk tempat kosong di sebelahnya. Aku bergerak selambat yang mungkin. Mana tidaknya, aku bakal diapit oleh dua lelaki kacak.

Boleh cair aku dibuatnya erm.

Sebelah kanan si Namjoon,sebelah kiri lagilah gempak.

Aku mengesot rapat ke sebelah kanan. Aura membunuh yang hadir daripada Kim Taehyung menyebabkan darahku berderau panas.

Malangnya hidup. Nak lari jauh manapun, tetap akan ketemu lelaki garang ini.

"B-boleh tak pandang tu elok sikit? Serupa kau plan nak bunuh aku doh."

Rungutan kecilku mendapat perhatian bapak singa. Telingaku menangkap bait-bait amaran tegas olehnya.

"Kalau dapat lampu hijau, dah lama aku cekik kau Min Jae Yoong. Aku tahan sabar je ni. Kau diam lebih bagus."

Taehyung meletakkan bantal kecil sebagai penghadang antara kami berdua. Bibirnya selepas itu terus terkunci rapat. Peluangku untuk menjernihkan semula hubungan dingin aku dan dia bertambah keruh kerana sikap Taehyung.

Aku berkecil hati. Crush sendiri memalaukan aku. Tak ke sendu hidup ini?

-------

Sesi menonton wayang diganti pula dengan aktiviti permainan kegemaran ramai iaitu 'Truth or Dare'.

Masing-masing sibuk mengambil tempat mengikut bulatan yang telah ditetapkan oleh Hoseok. Satu botol kaca sederhana besar diletakkan di tengah-tengah bulatan tersebut.

"Permainan yang aku paling suka herm. Semua dah ready?"soal Jungkook begitu teruja. Dia menyiku bahu Taehyung dan Jae Yoong.

Dia sengaja nak bagi hint. Tapi, dua orang manusia itu seolah-olah mengabaikan kewujudan Jungkook.

Botol dipusing laju. Permainan berjalan lancar dengan gelagat lucu Hoseok dan Seokjin. Setelah beberapa minit, botol kaca yang dipusing oleh Jungkook berhenti tepat di hadapan Jae Yoon.

Gadis itu menelan air liur yang terasa perit di kerongkong. Anak matanya meneliti pergerakan setiap inci wajah anak Jeon.

"Kau nak truth or dare,  Jae Yoong?"

Dia terhimpit dengan keputusan yang berbelah bahagi. Jika Jae Yoon memilih dare, sudah tentu si Jeon akan mengenakannya. Lebih baik dia katakan truth aje.

"A-aku pilih truth."

Jawapannya membuatkan Jungkook tersenyum lebar. Jari-jemari kasarnya mengurut permukaan dagu sebelum bibirnya mengutarakan soalan maut kepada Jae Yoong.

"Aku ada soalan."

Jae Yoon menfokuskan pandangannya kepada Jungkook. Hatinya laju mengepam darah. Perasaan cuak menemani dirinya ketika itu.

"Jika kau seorang perempuan, katakanlah kau jatuh cinta dekat Kim Taehyung. Apa yang kau nak luahkan dekat dia?"

Jungkook sedar gelagat aneh yang dipamerkan Taehyung sepanjang permainan itu berlangsung. Hatinya terdetik untuk mencari jawapan atas tingkah laku lelaki itu terhadap Min Jae Yoong.

Dia dapat rasakan sesuatu. Dia yakin Taehyung menyimpan perasaan terlarang kepada Min Jae Yoong.

"Jawablah. Lagipun kau pilih truth kan?"

Taehyung di sebelahnya sudah tidak mampu duduk diam. Mata Jungkook memberi isyarat agar Jae Yoong membalas soalannya.

"Erm, a-ku lebih rela bercinta dengan kau Jeon. Taehyung garang sangat. T-tak romantik lah."nafiku dalam suara separuh berbisik.

Maafkan aku Taehyung. Bukan niat aku untuk menjawab soalan ini dengan jawapan palsu.

Kalau berterus-terang, bimbang diri ini dicop gay pula.

Lagipun, tak mungkinlah Tae benar-benar sukakan aku kan?

-tbc-

[C] Babe | Kim TaehyungWhere stories live. Discover now