26

4.4K 724 82
                                    

Babe • kth

Babe • kth

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

A/N:

Ada yang rindukan kemunculan authornim and your lil tae tae?

Komen dan likes sangat dihargai. Terimas💕

-------

Taehyung meraup wajah berulang kali. Imej mendung wajah Min Jae Yoong menambahkan lagi kadar denyutan jantungnya. Sukar dia mahu menyingkirkan perasaan keji tersebut.

Terlajak perbuatan mungkin boleh diundur, terlajak kata binasa juga dia akhirnya. Permukaan dahi lelaki itu berkerut hebat berpunca daripada dirinya sendiri.

Dia cuba untuk move on. Tapi, semuanya menemui jalan buntu. Perasaannya terhadap Jae Yoong tetap berbunga mekar di dalam hati.

"A-aku kena lakukan sesuatu untuk hentikan perasaan jijik ini."luahnya sendirian. Kedua-dua kakinya lincah menyepak batu-batu kecil di atas rumput.

Taehyung merengus kasar sebelum telapak tangannya mencapai telefon pintar di dalam kocek seluar.

"Kau free esok Jimin? Aku cadang nak lepak. Ajaklah yang lain sekali. Aku belanja korang makan. Deal?"

Bunyi letusan ketawa halus Park Jimin sedikit menjengkelkan deria pendengaran Taehyung. Si bapak singa tidak betah berdiri lama. Tubuhnya segera disandarkan di pohon rendang yang terletak di kawasan taman rekreaksi itu.

"Oh, satu lagi. Kau bawalah mana-mana kawan perempuan. Aku nak kenal-kenal dengan diorang. Please?"Taehyung sempat menitipkan pesanan ringkas bersama nada gusar.

Kelopak matanya dipejam rapat. Deruan angin dibiarkan menyapa permukaan pipinya.

Taehyung terbuai seketika melayan perasaan. Insiden memalukan antara dia dengan Min Jae Yoong perlukan titik noktah.

Asalkan perasaan keji itu hilang, Taehyung sanggup lakukan apa-apa sahaja.

"Aku harap tindakan aku menjauhkan diri daripada Jae Yoong ini tak sia-sia. Aku t-takut dengan diri aku."

-------

Jujur aku ingin katakan pada saat ini. Taehyung berubah 360 darjah lagi pelik dan aneh daripada kebiasaan.

"Taehyung,kau sihat ke tidak? Aku boleh tolong ambilkan ubat."pelawa aku tanpa segan.

Sepasang mata milik Kim Taehyung tertancap terus di atas permukaan lantai. Sejak beberapa jam yang lalu, fokusnya hanya pada lantai.

Satu demi persatu soalan yang dilontarkan oleh aku juga tidak dilayan olehnya.

"Taehyung, aku minta maaf jika aku ada terbuat salah dekat kau. Kau okay ke? Aku ada je kalau kau teringin nak kongsi apa-apa masalah."

Bunyi hembusan nafas dihela kasar mematikan niat baikku untuk beramah mesra dengan bapak singa.

Garang betul Taehyung.

Fikiranku galak memutar semula insiden semalam. Babak genting lelaki itu meluahkan perasaan yang dipendamnya betul-betul di luar jangkaan akalku.

Aku mahu bertanya lebih. Bimbang pula Taehyung menolak keras.

"T-taehyung, pasal semalam.."ujarku melulu. Taehyung melontarkan jelingan tajam sebelum dia bingkas bangun dari katil.

"Kau sengaja buat-buat bodoh kan? Suka agaknya tengok aku terseksa macam orang gila pendam perasaan tak berbalas. Kau tak akan pernah faham, Min Jae Yoong. Aku dah cukup letih."lirihnya sayu.

Timbunan beberapa buah buku di atas meja belajar ditolak rakus ke atas lantai. Taehyung memandangku buat kali terakhir sebelum susuk tubuhnya menghilang kembali dari bilik tidur kami berdua.

Aku duduk membisu di atas katil. Empangan air mata yang ditahan lama pecah jua.

Perasaan bersalah jelas menguasai diri. Betapa kejamnya aku melakukan semua ini tanpa mengambil berat perasaan Taehyung terlebih dahulu.

Patutkah aku jujur sahaja mengenai identiti diriku sebagai seorang yeoja bukannya namja terhadapnya kelak?

-tbc-

[C] Babe | Kim TaehyungWhere stories live. Discover now