PROLOG

424 7 0
                                    

24 years ago,

ROWAN DENVER

Rowan menanti dengan gelisah di luar bilik perempuan bersalin. Kelihatan wajah-wajah tua berada di situ. Bonda Evelyn dan Ibu serta bapa mertuanya,Encik Nelson Edwin dan Puan Cassey Madison.

"Rowan, calm down. I believe she'll be fine."
Bonda Evelyn pening melihat anaknya, Rowan yang seperti cacing kepanasan. Rowan mengerling sekilas ke arah Bondanya.

Dia akur. Wajahnya diraup sambil melabuhkan punggung di sebelah bondanya, yang terkenal dengan gelaran Bonda Evelyn. Keluarga mereka memang terkenal sejak beberapa abad yang lalu dan dihormati ramai. Seperti artis tempatan, keluarga mereka sering menjadi tumpuan dan bualan hangat. Memandangkan moyangnya dulu bekerja keras membangunkan syarikat pembinaan. Dan legasi itu diambil alih oleh datuknya. Turun pula kepada arwah Babanya. Dan sekarang dia pula mengambil alih. Kini Rowan telah pun memperluaskan perniagaan keluarganya dengan membuka beberapa cawangan di serantau Asia dan juga Eropah, menjadikan mereka terkenal hingga ke persada antrabangsa.

"Mama? Where are my two sons?" Soal Rowan. Wajah Puan Cassey iaitu ibu mertuanya dipandang.

"You mean Rylan and Richard?"

Rowan mengangguk.

"Don't worry, I've just send them to your friend. Dato' Marcel and Datin Angela." Kata Puan Cassey. Rowan mengangguk.

"Relax Rowan. Papa tahu Diana seorang yang kuat." Encik Nelson menenangkan Rowan. Bahu Rowan ditepuk perlahan menyalurkan ketenangan.

"I know she's strong papa. But, I already made a promise, that I would be there by her side when it's time to give birth..." Kata Rowan.

"Papa faham. Kita doa yang baik-baik sahaja." Kata Encik Nelson.

KLAK!

Doktor Allice keluar dari bilik wanita bersalin. Topeng muka ditanggalkan lalu langkah diatur ke arah Rowan.

"How's my wife Allice?" Soal Rowan. Wajah Dr Allice sukar ditafsir.

"Congratulations Sir Rowan. It's a boy..." Kata Allice dengan ceria.

Rowan menarik nafas lega.

"You scared me a lot Allice with that face.." Rowan tergelak kecil.

"Well Rowan, Diana is a strong woman. I can see that from the first time she gave a birth for Rylan."

Ujar Allice sambil tersenyum lalu beredar dari situ.

***

NENDA ELIZABETH memandang setiap wajah yang berada di situ. Walaupun wajah itu telah dimamah usia, namun auranya tetap menyerlah seperti ketika muda-muda dulu. Elizabeth merupakan nenek kepada Rowan.

"Nenda, apakah benar apa yang nenda katakan itu?" Soal Marcel. Angela yang berada di sebelahnya dipandang kejap.

"Ya Marcel. Hanya itu sahaja caranya untuk mengekalkan hubungan antara keluarga nenda dan juga keluarga kamu."

"Tiada cara lainkah bonda?" Giliran bonda Evelyn pula menyoal.

"There's no another way Evelyn. Kalau Rowan dan Marcel tidak membuat perjanjian, Syarikat Denver akan jatuh ke tangan orang lain. Dan kemungkinan legasi keluarga Denver yang terkenal dengan lagenda dalam dunia perniagaan akan lesap buat selamanya. Dan satu lagi, mungkin hubungan keluarga yang dibina sejak berabad-abad dengan keluarga Marcel akan retak.." Kata Nenda Elizabeth. Sepi dan sayu sahaja bunyinya.

Rowan mengangkat muka. Wajah Diana dipandangnya. Kelihatan wanita itu sedang menepuk perlahan punggung kecil anak bongsu mereka. Diana mengangguk tatkala Rowan memandangnya. Seakan faham akan qiu yang diberikan oleh Diana, Rowan berdehem kecil.

"Ehem. Nenda, kalau macam tu...Rowan setuju. Besides Marcel and I are bestfriend same goes to Angela and Diana. How about you Marcel?" Pandangan dilemparkan ke arah Marcel. Marcel mengeluh kecil. Anak bongsunya yang baru dilahirkan bulan lepas dipandang.

"I'm in nenda, Rowan. I believe Derrick could protect my Aurora..." Pipi si tembam yang berada di dalam dukungan isterinya dicium. Tersengih si kecil itu.

Nenda Elizabeth tersenyum.

"Now you two may sign here." Rowan dan Marcel menurunkan tandangan di atas sehelai kertas kuning keemasan sebelum di cop oleh Nenda Elizabeth.

"Dalam masa 27 tahun lagi, ketika usia Derrick mencecah 30 tahun...mereka harus dikahwinkan. Jika tidak, sesuatu yang tidak baik bakal menimpa keturunan Kita." Tegas Nenda Elizabeth. Kesemua mereka melangkah keluar dari bilik mesyuarat apabila tubuh tua itu melangkah keluar dari situ.






























My third novel.
😂😂
Dh lama sis nk buat novel psl CEO ni.
Btw, cerita ni mungkin ramai yg x fhm.
Ttpi author mmg nk bagi surprise.
Msti ramai yg xtahu jln cerita ni mcm mana?😂

Stay tuned!
Voted🌟

MRS DERRICK DENVER💌[on going]Where stories live. Discover now