SINOPSIS

984 10 0
                                    

Sebuah karya original
Dilarang menciplak sebarang jalan cerita dalam novel ini


Setiap manusia akan mengalami suatu perasaan yang sukar ditafsir yang dinamakan cinta.
Cinta datang dan pergi, datangnya tak berjemput perginya tak direlakan
Tetapi cinta juga boleh menjadi racun dan cinta dapat menjadi penawar...

Cinta itu hadir apabila dua keping hati bersatu. Cinta atas ketentuan keluarga? Siapa yang suka. Dua orang asing yang bertemu dan bercinta atas aturan keluarga. Inilah yang terjadi antara Derrick Denver dan Aurora Samara.

Derrick Denver,
Seorang lelaki yang dingin dan bermuka ketat sepanjang masa. Tetapi menjadi pujaan dara-dara pada masa yang sama. Atas kisah silamnya yang lalu telah telah membuatkan dia mula bersikap dingin terhadap mana-mana wanita. Keluarganya mempunyai syarikat tersendiri, yang menguruskan projek pembinaan banggunan dan perumahan. Derrick telah menghabiskan pengajian Master di Jepun dalam bidang engineering telah diminta bapanya Tuan Besar Rowan Denver untuk mengurus syarikat tersebut bersama. Di luar keluarga Derrick memang terkenal sebagai ahli perniagaan yang berjaya dan Derrick juga digelar sebagai Tuan Derrick atau Tuan Ketiga keluarga Denver . Ibunya pula mempunyai spa tersendiri yang terkenal dengan kunjungan para artis dan selebriti tempatan. Dengan bakat yang ada secara tidak langsung Derrick dilantik menjadi CEO muda.

Aurora Samara,
merupakan cik muda Ketiga dalam keluarga mereka. Seperti Derrick, bapa Aurora juga merupakan seorang ahli perniagaan yang berjaya. Keluarga mereka memiliki beberapa cawangan Hotel dan resort di serantau Asia. Aurora juga turut membantu dalam pengurusan hotel dan resort atas permintaan kakak-kakaknya serta bapanya.

Pertemuan antara Derrick dan Aurora sememangnya dirancang apabila Aurora membuat keputusan mendadak untuk bekerja di syarikat lain dengan alasan hendak berdikari. Kebetulan syarikat Denver's holdings memerlukan perkhidmatan seorang personal assistant kepada CEO muda mereka.

Hari hari Aurora menjadi PA kepada Derrick sangat menyeksakan dan hiruk pikuk. Bayangkan seorang PA yang comel dengan BOSS yang dingin+muka ketat. Sedikit demi sedikit hati Derrick mula terusik dengan tingkah laku Aurora. Seorang gadis yang berambut pendek square dan berwarna hitam pekat. Tanpa pengetahuan kedua-dua belah keluarga, mereka berdua menjalinkan hubungan cinta. Hubungan mereka pada mulanya baik-baik sahaja, sehingga.....

“Samara I nak you ikut I pergi Melaka. I ada meeting dengan client dekat sana.”~Derrick

“Bukan ke encik David yang sepatutnya ikut you? Kenapa bawa I?”~Aurora

“Mr David tak dapat ikut. Ada hal keluarga.”~Derrick

“Well, okay then...”~Aurora

Di Melaka telah terjadinya sebuah tragedi hitam yang membuatkan Aurora memutuskan hubungan dengan Derrick. Masih Adakah Cinta Aurora buat Derrick? Derrick berusaha mencari dan menjejaki Aurora tapi tak berjaya. Aurora menghilangkan diri ke Korea untuk menenangkan fikiran dan melupakan semua masalah yang ada.

Bertahun-tahun dia merantau di negeri orang sehinggalah dia mendapat panggilan daripada Kakak sulungnya. Perkhidmatan dia di Hotel sebagai pengurus amat diperlukan. Aurora pulang ke tanah air dengan hati yang lapang. Kisah lalu harus dilupakan. Cerita baru harus dimulakan. 3 tahun berlalu namun suasana kota masih tidak berubah.

Derrick pula semakin sibuk dengan urusan pejabat. Sejak dia ditinggalkan oleh  Aurora tanpa penjelasan perangai dingin menjadi semakin melarat. Wajahnya juga berjambang. Sungguh dia rindukan seorang gadis bernama Aurora Samara.

Mungkin benar kata orang, kalau dah jodoh pasti akan berjumpa. Secara tidak sengaja Aurora dan Derrick berjumpa semasa majlis ulangtahun bapa dan ibu Aurora.

Pucuk dicita ulam mendatang. Derrick Cuba sehabis baik untuk menambat semula hati Aurora. Aurora jadi rimas. Sehinggalah suatu hari segalanya berubah buat Derrick dan Aurora. Kedua-dua mereka dipaksa untuk kahwin atas perjanjian yang pernah dibuat antara kedua belah keluarga suatu masa dulu.

“Kita kahwin Samara. I tak kira sama ada you benci I atau tak. I akan kahwin dengan you!”_Derrick.

“You kenapa tak faham?! I benci you lepas apa yang you buat dekat I!”_Aurora.

Kehidupan mereka berdua dalam alam perkahwinan tidak seindah seperti pasangan di luar sana. Sehinggalah Derrick dapat merungkaikan persoalan di sebalik tragedi hitam antara mereka berdua.

Adakah Aurora masih mencintai Derrick?
Dan adakah Derrick akan bertahan?

Nantikan semuanya dalam jalan cerita sebenarnya.

🌼🌼🌼

MRS DERRICK DENVER💌[on going]Where stories live. Discover now