"I'm Moon Chae Woon. Nice to meet you, Rachel Kim. Wife Jungkook kan?" Katanya seraya melabuhkan punggung diatas katil. Rachel mengetap bibir sebelum mengangguk kecil. Dia tidak kenal gadis ini, tetapi aura yang dibawa gadis ini nampak tidak menyenangkan dan dingin.

"You tahu Jungkook hilang ingatan?"

"Ya, saya tahu" jawab Rachel. Chae Woon mengangkat wajah, dia sengih kecil, sengihan mengejek yang buatkan aku rasa tercabar sekejap. Dia membuang pandang ke bagasi aku sebelum menghela nafas kecil.

"Dah tahu Jungkook hilang ingatan, kenapa tak take part untuk sembuhkan dia? You tahu kan yang pesakit macam dia perlukan dorongan untuk sembuhkan semula ingatan dia? Takkan you nak berharap pada ubat dan doktor je?" Kata Chae woon seraya merenung Rachel tajam. Rachel hanya memandang Chae woon kecik besar kecik besar sahaja.

"Saya ada cara sendiri nak sembuhkan dia-"

"Dengan buat dia jealous? Come onlah, you fikir ini novel cinta? Sampai bila- bila pun dia takkan ingat you kalau you tak ambil peluang untuk sembuhkan dia. Huh! Cakap wife konon, benda macam tu pun tak boleh fikir" sindirnya, dia menjeling Rachel sebelum memintalkan rambut panjangnya. Rachel mengetap bibir, berasa jengkel seketika dengan kehadiran parasit tersebut.

"Kenapa? Tentu you curiuos kan dengan I? I ni sepupu Jungkook. I dah kenal rapat dengan dia dah lebih 10 tahun and of course I have feeling towards him. You still tak faham? You tahu tak kehadiran you buat Jungkook sial tahu tak? You ingat I tak tahu latar belakang you? The unwanted daughter-"

"Diam! Siapa pun saya, bukan masalah bagi awak, status saya tak menjejaskan periuk nasi awak. Tolong, tolong keluar dari bilik saya" Rachel menggenggam tapak tangan. Kalau mahu diikutkan hati, sudah melayang penampar untuk gadis itu. Pantang dia keturunannya disebut- sebut!

Chae woon ketawa senang.

"Listen, kalau you tak nak jaga Jungkook lagi, divorce him. I akan jaga dia, sepenuh hati dan jiwa raga I. Ya, lebih baik you berdua berpisah, kesian Jungkook, ada wife, tak reti nak menyembuhkan. Bertambah sial lagi ada!"

"Chae woon! Baik awak keluar, sebelum.. sebelum saya. Haish! Keluarlah!" Pintu bilik dibukak sebelum Chae woon yang tengah duduk atas katil Rachel tarik dan tubuh Chae woon ditolak keluar. Langsung saja pintu bilik dihempas sekuat hati. Panas hatinya sekarang.

"Hisy!"

Rachel menyerabutkan rambutnya sebelum bergerak ke balkoni bilik untuk menenangkan diri. Dia makan hati dengan kata-kata Chae Woon tadi. Rachel mengetap bibir, dia genggam palang besi sebelum memukulnya perlahan. Hisy! Bongok! Bongok!

"Tak sakit ke?"

Laju kepala Rachel menoleh ke empunya suara. Jungkook yang duduk disebelah bilik merupakan lelaki yang menegurnya tadi. Jungkook menongkat dagu, memandang Rachel dengan tatapan lembut. Rachel tundukkan wajah. Malu dan rasa bersalah silih berganti.

Jungkook, maafkan saya tak jalan tanggungjawab sebagai isteri mithali.

"Kenapa?"

"Tak ada.." balas Rachel dengan suara serak- seraknya. Dia dongakkan wajah, entah kenapa, tubir matanya secara tiba- tiba mengeluarkan setitis dua air mata sebaik terpandang wajah redup Jungkook.

[C] TE AMO | JJK ✓Where stories live. Discover now