"Apa salahnya berhias untuk saya"

"Buat apa berhias untuk awak? Nanti kena cop perempuan tak tau malu pulak" jawab Rachel. Jungkook ketawa kecil, dia menekan punat kereta sebelum masuk kedalam perut kereta diikuti dengan Rachel.

"Awak saya dah anggap macam orang rumah saya.."

Rachel mendiamkan diri. Kata- kata Jungkook sangat terkesan dihatinya. Dia tundukkan wajah.

Tapi, saya memang orang rumah awak pun.

"Lah senyap pulak?"

"Err, Jungkook. Awak tak kesah kalau saya tanya awak pasal, seseorang?" Kata Rachel, cuba mengubah topik perbualan mereka. Jungkook melirikkan mata sebelum menggeleng.

"Terpulang pada apa awak nak tanya-"

"Siapa Jieun pada awak?"

"Kenapa tanya pasal dia? Tak ada orang lain ke yang awak boleh jadikan topik bualan?" Kata Jungkook dengan muka yang mulai masam. Dia menghidupkan enjin kereta sebelum bergerak keluar dari parkir kereta.

"Saya tanya je.."

"Dia saya dah anggap macam noona je, watak dia dalam hidup saya tak penting sangat. Dulu je penting, tapi bila dapat tahu dia menghanat kat belakang, terus tolak tepi" jawab Jungkook. Kembang kempis hidung dia sebab geram bila dia imbas kembali zamannya dengan Jieun suatu ketika dahulu.

"Ouh.."

Itu je jawapan yang terlepas dari mulut Rachel. Dia kemam bibir.

"Awak pula? Dengan Taehyung ke?"

"Apa yang dengan Taehyung?" Soal Rachel dengan dahi yang berkerut. Dia menoleh ke Jungkook.

"Kisah cinta awak-"

"Tak adalah, saya tak ada kena mengena pun dengan dia. Dia cuma sepupu rapat, sekali pakej dengan kawan. Dia ada bila saya, err bila saya susah. Sebab tulah saya tak rasa janggal bila around dia." Jawab Rachel, sesekali dia melirik ke Jungkook. Lelaki itu menggenggam stereng kereta dan memandang lurus kehadapan.

"Jangan terlalu rapat dengan dia. He still single and avaible. Saya tak nak ada apa- apa berlaku antara awak dan dia."

"Tapi dia tu baik-"

"Even if he's to kind to you. Dia tetap lelaki, masih ada perasaan dan nafsu untuk disayang dan untuk menyayangi-"

"Awak tak ada?"

"Tak ada apa?"

"Perasaan dan nafsu?" Soal Rachel buatkan Jungkook terdiam. Lelaki itu sengaja buat- buat tak dengar seraya meraup rambutnya kebelakang. Rachel mencebikkan bibir, tch! Jual mahal!

"Kalau saya cakap tak ada, awak mana mungkin percaya.." suara Jungkook mengendur. Dia melirik pada Rachel yang sedang berkerut memandangnya.

"Hisy, macam- macamlah awak ni. Tak apa, awak tak payah risaukan saya. Taehyung tu boleh dipercaya-"

"Iyeke boleh percaya? Semua lelaki sama, bila dah dapat, dia buang. Samalah macam bila dah dapat madu, sepah dibuang"

"Tak, mana ada lelaki sama. Kalau lelaki semua sama, awak tentu dah buat benda tak elok kat saya" kata Rachel cuba menafikan yang lelaki semua sama pada pandangan Jungkook. Dia tidak pernah mentafsir bahawa semua sifat lelaki itu sama, mereka berbeza, dari segi rupa paras, peribadi serta kedudukan.

Kalau lelaki semua sama, Jungkook dah lama tinggalkan dia dan mencari yang lain.

Tak, lelaki semua tak sama.

"Kenapa tak support pulak? Selalunya, perempuan setuju dengan perkara macam tu. Asal gaduh, nak  break je mesti cakap lelaki semua sama."

"Memanglah lelaki tu semua sama, hidung pun ada, mulut pun ada, mata apatah lagi. Lainlah kalau tetiba lelaki yang satu ni tak ada hidung, yang satu tak ada telinga, satu lagi tak ada mata, mungkin gelaran lelaki semua sama tu akan pupus. Tapi bagi saya, lelaki semua tak sama, walaupun secara luaran mereka nampak tough, tapi dalaman mereka soft. Macam kapas. Macam awa- mama saya. Dia orang yang lembut hati, suka puji orang walaupun hakikatnya didalam dia terluka" panjang lebar Rachel berkata sebelum dia sendiri yang ingin menangis kerana tersebut pasal mamanya tanpa sengaja.

"Rasa macam kena marah pulak, awak marah ke?"

"Mana ada.. saya bagitau awak benda betul" kata Rachel seraya memuncungkan bibir. Jungkook ketawa kecil, dia melirik ke Rachel. Perasaanya sungguh tidak dapat diungkapkan dengan kata- kata.

Bahagia?

Woo, awalnya nak bahagia.

"Rachel.."

"Um?"

"Awak suka lelaki macam mana?"

"Macam awak"

Jawapan Rachel buatkan Jungkook laju menoleh kearahnya. Gadis itu menoleh, tak sedar dengan jawapan dia sendiri.

"Apa?"

"Awak suka lelaki macam saya?"

"Ha? Ahh tak tahulah-"

"Rachel.." Jungkook sudah seprauh merengek. Rachel mengetap bibir, menahan senyumnya dari terus mengembang. Sungguh dia cakap, dia rindu nak dengar suara Jungkook memangilnya dengan panggilan lembut.

"Tak tahulah. Tapi saya suka lelaki sweet-"

"Saya tak sweet?"

"Bolehlah. So- so" jawab Rachel buatkan Jungkook merengek kecil. Rachel ketawa kecil sebelum menepuk lengan Jungkook.

"Saya lagi suka kalau awak act yourself dan tak cuba nak jadi orang lain. Saya suka lelaki macam tu-"

"Real me is bad boy, do you prefer Ceo Jeon Jungkook yang tegas 24 jam or, Daddy Jeon Jungkook?" Kata Jungkook seraya menjongketkan keningnya. Laju tapak tangan Rachel menepuk lengan Jungkook.

"Daddy Jeon taik kucing!"

Jungkook ketawa besar. Ketika itu kereta sudah diparkir masuk kedalam halaman rumah. Jungkook mematikan enjin kereta.

"Jomlah keluar, jumpa mama saya"

"Ouh, okay" jawab Rachel bila dia blur blur kejap. Jungkook hanya senyum kecil sebelum mereka serentak keluar dari perut kereta. Puan Jeon sudah setia menunggu di hadapan pintu gerbang utama dengan senyuman lebar sampai ke telinga.

"Rachel, welcome home"

"Mama Jeon.."

.

.

Kehadiran Mama Jeon akan memeriahkan suasana ch seterusnya-
Eich, ngada je.
😐

Mengapa kertas sejarah seakan mahu buat gue rasa broken?

[C] TE AMO | JJK ✓Where stories live. Discover now