"Yang kau pun kenapa tak tumbuk je si Far tu tadi? Ini dah masuk berapa kali dah aku tengok dia cari gaduh dengan kau. Kenapa kau tak balas?"

Ika senyum kelat. Bayangan wajah Eiz bermain-main di minda.

"Sebab aku tak nak menyusahkan orang lain."

"But Ika, it is okay to defend yourself. Far tu dah melampau."

"Biarkanlah dia. Aku malas nak ambil kisah." Ika mengutip kalkulatornya kembali di tingkat bawah. Langkah dibawa menuju ke kelas.



******

"Fieyaa.." Ryan yang entah dari mana, memunculkan diri.

"Hm?"

"Lama tak tegur kau. Rindu laa.."

Tiada respon. Kerutan di dahi Ika kian bertambah. Rimas. Ryan di sebelah diabaikan.

"Amboi sombongnya."

"Nak apa?"

"Nak kau." Ryan senyum gatal.

"Geli sia. Kau dah kenapa bahenol?"

Ryan gelak yang dibuat-dibuat. Sengaja nak usik.

Ika memegang dadanya. Sakit.

"Uhuk uhuk!"

"Kau tak sihat ke?" Tangan Ryan naik menyentuh dahi Ika tapi sempat dihalang oleh gadis itu.

"Ish! Aku dah warning banyak kali dah kan?" Kening bertaut. Marah.

"Hek eleh dia ni, sikit-sikit nak marah. Aku caring dekat kau ni cuba bersyukur sikit. Kau tak sihat ke?"

"Haah."

Ika menghela nafas panjang. "Ryan, we are no longer kids. We are seventeen. Kau tahu halal haram ke tak?"

"And also remember, I have a husband."

Terkedu Ryan mendengar kata-kata Ika. Deep. Padan muka. Tu lah gatal sangat.

"Cau lu. Lain kali lah sembang." Ika melajukan langkah.

"Eh wait wait."

Ika berhenti. Mendongak melihat lelaki itu. "Nak apa lagi?"

"Tak ada apa. Saja panggil."

Ika mengetap gigi sambil pejam mata. Geram. Tahan je dengan perangai dia ni. Jelingan maut diberikan. Malas nak layan dia tu. Gila. Dah la tak larat ni.

Akibat berjalan terlalu laju tak ingat dunia, kaki Ika terpeleot ketika ingin melintasi longkang berdekatan makmal ICT.

Ika mula hilang imbangan. Badan terasa mahu jatuh dan..

"Got you!" Sepasang tangan memaut pinggangnya dari belakang.

Ika menghembus nafas lega. Ingatkan dah jatuh dalam longkang tadi.

"Tu la sombong lagi dengan aku." Ryan melonggarkan pautan. "Nasib aku ada. Kalau tak dah jadi badak air berendam dalam longkang tu."

"Thanks." Ika berdiri betul.

"Okey you can go." Ryan memberi laluan kepada Ika. "Jalan tu elok-elok, kang terpeleot lagi aku gelak je."

"Kurang asam punya cousin."

"Jangan lupa makan ubat." Pesan Ryan. Ika hanya mengangguk kecil lalu menyambung langkahnya. Anak mata memerhati setiap langkah Ika sehingga ia hilang dari pandangan.

Ryan senyum pahit.

"The truth is, being with you was the only time I've ever been happy. But the past still the past. Everything will not be same as before. Never."





Us ✔Where stories live. Discover now