"Erk. Dia kat mana?"

"Dia tunggu kat tempat awak. Saya dah sediakan coffee. Awak pergilah tengok dia sekarang, katanya dia nak cepat" Kata June, bahu aku dia tolak perlahan. Aku mengangguk faham sebelum bergerak melangkah ke kubikel aku.

"Jimin! Buat apa kat sini?"

Tegur aku sebaik melihat figura lelaki bersut hitam dengan rambut yang sudah di-dye dengan warna kelabu asap. Dia yang tengah duduk automatik berdiri tegak sebaik melihat aku. Bibirnya menyungging senyum.

"Rachel.. how are you?"

"I'm fine, buat apa kat sini? Cari Jungkook ke? Dia belum sampai lagi. Kalau awak nak tunggu dia akan sampai beberapa minit lagi, saya sediakan awak kopi baru-"

"No need, saya datang sini cuma nak tanya khabar awak, yalah. Kita dah lama tak berjumpa, sejak kejadian tu berlaku" kata Jimin, dia menyengih kecil. Rachel hanya senyum segaris, dia letakkan tas tangan atas meja kerjanya sebelum menarik kerusi untuk duduk. Jimin mengambil tempat di hadapan gadis itu.

"Sejak bila kerja sini?"

"Baru sehari dua, kenapa?"

"Jungkook tahu siapa awak?"

Rachel mendiamkan diri sebelum mengeluh. Dia menggeleng kecil. Jimin sembunyi senyum lega. Dia ingat Jungkook sudah mendapat semula ingatannya.

"Kenapa awak mengaku kat staf saya yang awak ni boyfriend saya?" Soal Rachel buatkan Jimin mengetap bibir. Dia tersenyum lebar sebelum menjawab dengan tenang.

"Saja, saya cuma nak bagi awak surprise!" Jawab Jimin. Rachel tidak merespon, sedikit sebanyak dia ragu dengan Jimin. Sepatutnya lelaki itu tidak akan berani untuk bergurau sebegitu memandangkan ini merupakan syarikat Jungkook, suami Rachel sendiri. Takkan nak tempah maut sendiri?

"Ooh, saya fikir apalah tadi.."

"Ehem!"

Serentak kedua mereka tertoleh memandang empunya suara. Rachel menelan liur, Jimin masih dalam riak tenang. Jungkook sedang berdiri di hujung meja kerja Rachel seraya memberikan pandangan maut kepada gadis itu.

Matilah gue!

"Jimin? Kau buat apa kat sini? Weh, lamanya tak jumpa!" Suara Jungkook berubah ceria dalam beberapa saat sebaik terpandangkan manusia yang sedang duduk di hadapan aku. Jimin hanya senyum.

"Jimin! Eish, kau ni dah lama aku rasa tak jumpa kau. Jomlah masuk dalam, kita bincang sikit- sikit, tanya khabar." Kata Jungkook seraya mempelawa Jimin ke pejabatnya. Jimin hanya mengangguk sebelum bergerak masuk ke pejabat Jungkook.

"Sediakan kopi-"

"Tak payahlah Jungkook, aku pun dah minum tadi" kata Jimin bila Jungkook mengarahkan aku untuk membancuh kopi. Aku melangkah keluar apabila perbualan mereka tidak menarik.

"Cik Rachel! Boyfriend dah balik?" Tegur Yoomi, selaku pegawai kanan Jungkook.

"Eish, saya mana ada boyfriend lah unnie, tadi tu kawan je. Sekali pakej kawan lama Jungkook. Dia bergurau je" jawab aku padanya. Yoomi hanya senyum. Dia lebih suka digelar unnie memandangkan usianya 4 tahun lagi tua dari aku. Aku pulak, dia still maintain panggil Cik Rachel walaupun dah berkali- kali aku tegah. Janggal tau tak!

"Iyeke tak ada? Orang cantik macam ni mustahil tak ada boyfriend" katanya buatkan aku sengih lebar.

Boyfriend tak ada, tapi husband ada.

"Tak adalah, unnie ni.." aku kuis hujung fail yang ada di atas meja aku, acah malu- malu kucing gitu. Yoomi ketawa kecil, perbincangan kami meleret hingga ke topik lebih sensitif kemudian kembali pada yang ringan- ringan. Contohnya, dia dengan suami dia. Cerita dia mengingatkan aku pada Jungkook. Jungkook yang sweet.

Erk, Jungkook sweet ke dulu?

"Rachel! Masuk dalam meeting room sekarang!"

Rachel tersentak. Laju dia berlari masuk kedalam meeting room sambil membawa beberapa fail untuk disemak Jungkook. Lelaki itu seorang saja yang ada didalam bilik tersebut. Jimin? Dah balik kot?

"Em, Jimin dah balik?"

"Em.."

Jawab Jungkook ringkas seraya menyelak fail berwarna merah sebelum laptopnya dibuka.

"Buatkan saya kopi, lepastu datang sini semula. Saya nak bincang seperkara dengan awak" katanya tanpa memandang aku. Automatik aku kerutkan dahi. Moody ke suami aku ni?

"Nampak macam awak nak cakap banyak perkara je"

Jungkook menjeling.

"Ouh okay-"

"Rachel.."

Rachel menghentikan langkah. Dia pusingkan tubuh menghadap Jungkook semula.

"I don't like the way he's looking at you, cause it seem like you want him too.."

Rachel menggigit bawah bibir. Dia tahu Jungkook berada dalam mod cemburu sekarang ni. Tapi takkanlah Jungkook amnesia ni pun boleh cemburu? Eee tak dapat difikir dek akal betul.

"Macam mana dia kenal awak? Dari Taehyung?"

Aku angguk.

"Stay away from him-"

"Kenapa pulak? He's your friend!"

"But not your friend" balas Jungkook buatkan aku terdiam. Aku tahulah aku tak banyak kawan di korea ni, tapi, tapi..

"Dengar cakap saya, sekarang pergi buat kopi"

"Yalah!"

Laju Rachel melangkah keluar dari situ dengan bibir yang memuncung panjang.

Huh!

.

.

Em.
Nak puasa dah😀.
Ehem!

Dah ganti puasa ke?

[C] TE AMO | JJK ✓Där berättelser lever. Upptäck nu