"Taehyung.."

"Hem?"

"Carilah girlfriend, awak tak sunyi ke?" Kata Rachel buatkan Taehyung menjelingnya. Dia calitkan sos jajjang merah pada pipi Rachel sebelum ketawa kecil.

"Ahh, kenapa buat macam niiii"

"Jangan soal benda macam tu, ianya boleh mengganggu mood saya..." Taehyung merengek seraya memasukkan paha ayam kedalam mulut.

Meroyan.

"Ahh mianhae, saya lupa-"

"Huwaa"

🐰

"Jungkook, mama dah sediakan ubat. Make sure Jungkook makan, jangan tak makan pula" Puan Jeon memesan sebelum melangkah keluar dari bilik Jungkook. Jungkook hanya berdehem kecil seraya mengelap rambutnya dengan tuala kecil.

Pil ubat dicapai lalu ditelan sekali dengan air putih. Jungkook merebahkan tubuhnya atas katil, masih lagi memakai bathrobe berwarna putih di tubuhnya. Tapak tangan diletakkan atas dahi.

Drt drt!

Bunyi phonenya yang bergetar buatkan Jungkook mengeluh kecil. Dia capai phonenya atas meja lampu dan baring balik. Notification yang dia set menandakan waktu untuk dia memakan ubat. Jungkook membuka aplikasi whatsup dan satu kontak nombor dan nama yang dia tidak kenali menarik perhatiannya.

"Rcjeonjeon?"

Berkerut dahinya mendengar nama tersebut. Pantas tangan dia menekan kontak tersebut untuk melihat isi kandungan perbualan mereka.

Dalam hutan ada taman,
Dalam taman ada putrinya,
Dalam hati ada orang,
Dan dalam hati ini Rachel- lah  pemiliknya♡.

+Buang tebiat ke?

dibuang syg💜

+Awak bukannya buat kerja pon!

+tengah buatlah ni syg

+Buat apa?!

Adalah💜

Makin berkerutlah dahi Jungkook. Betul ke dia yang balas semua chat tersebut? Setahu dia, selain Jieun, dia tak pernah lagi bermesra dengan perempuan lain. Siapa ni?

"Rachel.." bisik Jungkook perlahan. Nama itu mengingatkannya pada seseorang, ya, gadis yang mengaku bahawa dia merupakan isteri kepada Jeon Jungkook, iaitu dirinya sendiri. Tapi setahu dia, dia tak pernah berkahwin.

Jungkook men- scroll lagi chat tersebut. Semuanya mengandungi ayat- ayat manis. Jungkook jadi tak senang duduk, siapa Rachel ni? Dia ada kena mengena ke dengan gadis bernama Rachel tersebut?

Kalau ya, bagaimana mereka boleh bersama? Melalui perkahwinan? Tak, tak mungkin, sangat tak mungkin.

Dengan hati yang ragu- ragu dia mengetik pesanan ringkas menggunakan nombor yang sama. Tepat- tepat ketika nombor itu sedang mempunyai status online.

Hai.

Satu ✅, 2 ✅✅ dan.. last seen 2 minutes ago. Hilang kata- kata Jungkook jadinya. Takkanlah dia sedang dipermainkan pulak?

"Aisy.."

Jungkook mendail nombor tersebut. Ada bunyi deringan. Dia menanti dengan penuh sabar sebelum panggilan akhirnya tersambung.

"Hai, maafkan saya kalau menganggu awak. Awak ni Rachel? Am i right?" Jungkook memulakan bicara sebaik panggilan tersambung. Tapi hanya bunyi zzz saja yang kedengaran.

"Hello? Correct me if i'm wrong. Are you Rachel?"

Sekali lagi, tak ada jawapan yang diterima dari orang didalam talian tersebut. Jungkook mengemam bibir, sedikit sebanyak geram dengan perkara tersebut.

"Please, jawab saya. Awak Rachel ke? Siapa awak ni?"

"Jungkook.."

"I'm sorry, i'm so sorry. I can't do this"

"Apa maksud awak-"

Panggilan terputus sebelum sempat Jungkook menghabiskan ayatnya. Lelaki itu merengus geram. Kenapa gadis itu perlu meminta maaf sedangkan dia tak buat salah apa pun? Kenapa gadis itu kata dia tak boleh buat semua ni, disebabkan oleh dia?

Siapa awak Rachel?

.

.

"Why U and I always together? Because we're mean to be one"

[C] TE AMO | JJK ✓Where stories live. Discover now