"Fareeq...bangun sayang." Ibu merintih apabila melihat keadaan anaknya yang terlantar di katil. Yang memisahkan kami dan Along ialah sebuah cermin besar. Aku melihat Along tanpa berkelip. Kepala Along berbalut, hidung dan mulut ditekup oleh alat bantuan pernafasan. Matanya tertutup rapat. Melihat kondisi Along, ada satu perasaan yang meluap di dalam hati aku.

••••••••••••••••••••

Kaki aku seperti ditepuk perlahan oleh seseorang. "Fi, bangun solat subuh jom." Ibu yang bertelekung mengejut aku bangun. Aku terpisat-pisat bangun. Kepala terasa sangat berat. Aku melihat sekeliling, sekarang aku berada di bilik aku sendiri. Aku termangu seketika. Along eksiden, aku mimpi ke?

"Selepas solat kita baca Yassin untuk Along ya." Kata-kata ibu menyedarkan aku bahawa itu semua bukan mimpi walaupun aku berharap sangat ia satu mimpi. Otak aku cuba memproses apa yang terjadi semalam. Selepas kami melawat Along, kira-kira pukul 3 pagi kami semua balik ke rumah. Pada awalnya, ibu tidak mahu balik. Selepas dipujuk oleh Mak Ngah dan Dhani, ibu akur. Lepas aku balik, aku memeriksa telefon. Banyak pesanan whatsapp dan misscall dari Akid.

__________________________________

A kid

bro sumpah la tak nak dtg

snuker

reply la bgg

lantak lah eh

kau hidup lgi tak ni

You

sori ah

abg aku eksiden

__________________________________

Aku hantar kepada Akid. Tidak lama kemudian dia bluetick mesej aku. Aik? tak tidur lagi ke mamat ni. Terkejut aku apabila ringtone aku berbunyi minta diangkat. Panggilan dari Akid. Aku slide butang hijau.

"Firas" Ibu panggil di muka pintu sekaligus mematikan lamunan aku. Aku mengangguk sebelum melangkah ke tandas. Selepas mengambil wuduk, aku ke bilik ibu. Ibu sedang menunggu di birai katil. Matanya merah dan sembab bagaikan seharian menangis. Dia tersenyum tawar. Aku mengambil tempat di depan, berdiri di atas sejadah yang sudah dibentang. Ibu pula di belakang. Aku mengangkat takbir.

"Allahuakbar..."

••••••••••••••••••••

Berkerut dahi aku melihat sekeliling. Mata aku merayau ke segenap ruang. Aku sekarang berada di tempat letak kereta di sebuah pasaraya. Walaupun suasana malap, tetapi aku dapat 'cam' tempat ini. Mata aku terpaku pada sebuah Proton Wira hitam terletak elok di hujung. Tiba-tiba lampu tinggi menyala. Ada sosok tubuh berdiri agak jauh di depan kereta tersebut. Aku terkaku. Aku kenal sosok tubuh itu. Along...

Along merenung aku sambil tersenyum. "Jaga ibu,ya?" Dia bersuara perlahan. Deruman enjin kereta Proton Wira tadi membuatkan aku cuak. Nafas aku mula tidak teratur dan jantung berdegup kencang bagaikan sudah berlari 1 km.

"Ak...A..." Aku ingin bersuara tetapi bagaikan ada sesuatu yang tersekat di salur kerongkong. Kereta itu tiba-tiba memecut laju ke arah Along sebelum...

 "I'm not afraid to tear it down and build it up again~

It's not our fate, we could be the renegades."

Aku celik mata lalu melihat sekeliling. Aku terbaring diatas sofa ruang tamu. Selepas solat subuh pagi tadi aku terus tidur di sofa. Mana tidaknya malam tadi aku tak tidur. Balik je rumah aku berbual dengan Akid, menceritakan apa yang terjadi. Dalam satu jam setengah baru habis. Aku bangun dari pembaringan. Satu keluhan dilepaskan sambil meraup muka, cuba menenangkan diri yang tidak tenteram kerana mimpi tadi. Lagu One Ok Rock bertajuk Renegades yang aku letak sebagai ringtone dari tadi berbunyi. Aku memandang sekilas skrin telefon di sebelah, nama Akid tertera di situ. Aku slide butang hijau.

KATARSISWhere stories live. Discover now