Kini keluarganya berasa begitu bersalah pada Farra yang dibuang oleh mereka hanya kerana mempercayai alasan yang diciptanya.

"Please Farra... I sanggup melutut pada you kembalilah pada I semula.." Razif merayu namun sedikitpun tidak mendapat perhatian dari Farra. Begitu keras hatinya kini.

"Berapa banyak pengorbanan yang I perlu buat untuk balas jasa keluarga you pada I Zif?.." ujar Farra menekan kata-katanya.

Mendengar kata-kata Farra. Razif terkesima sendiri. Jelas! Hati Farra memang telah terluka.

Jari-jemari Farra cuba digenggam sekali lagi tetapi gagal. Kalau tidak ramai orang di cafe itu mahu sahaja dia melutut merayu pada Farra.

MELILAU mata Zackie mencari isterinya yang berada di Mall  bersama Fazilah. Dia berkerja separuh hari dan meminta Farra dan Fazilah menunggunya di Mall untuk pergi lunch bersama.

Lama dia melilau mencari, barulah terpandang Farra di cafe berdekatan. Farra bersama seorang lelaki. Cemburu mula melanda hatinya. Hmm!

Lelaki yang agak kacak juga itu dipandangnya sekilas sebelum mengatur langkah menghampiri Farra dan lelaki itu yang ternyata masih tidak menyedari kehadirannya.

"Hi sayang.. Lama tunggu?..." ujar Zackie menyapa.
Farra terkejut dengan kehadiran Zackie secara tiba-tiba.

Pipi Farra dicium mesra sengaja! Untuk mengingatkan lelaki dihadapan itu yang Farra adalah miliknya.

Segan Farra dengan perlakuan suaminya dihadapan orang begitu. Farra hanya terdiam dan membalas dengan senyuman. Tanpa dijemput Zackie duduk disebelah isterinya. Jari-jemari Farra diraih dan digenggam erat.

"I menganggu ke?.." soal Zackie memandang wajah cantik isterinya mesra. Sebelum mengalih pandangan pada lelaki yang duduk berhadapan Farra.

"By the way I'm Zackie.." tangannya  dihulur pada lelaki yang memerhati gelagatnya. Farra pula hanya tersenyum.

"Razif..." balas Razif menyambut huluran salam lelaki yang agak tampan yang kelihatan mesra  disamping Farra.

Hatinya tertanya sendiri apakah hubungan Farra dengan lelaki itu. Kemesraan yang dilemparkan oleh lelaki itu agak menyakit hatinya. Apatah lagi Farra seakan merelakan perlakuan lelaki itu  kepadanya tanpa membantah.

"Dah selesai discussion? Kalau dah, jom lunch sekali." pelawa Zackie ramah pada Razif yang masih membisu.

"Baby mesti dah laparkan sayang.." ujar Zackie memandang Farra seraya mengusap-usap perut isterinya yang membuncit. Comel.

Farra hanya menganggukkan kepalanya sambil tersenyum mesra.

Razif beriak terkejut! Matanya singgah di perut comel Farra. Hatinya disapa angin cemburu. Adakah?

"Jom la Zif join kami. Lagipun dah masuk time makan ni.." ujar Farra pula.

Zif..... Jengkel Zackie dengan panggilan mesra Farra pada lelaki itu. Senyuman yang dilempar oleh lelaki itu juga menerbitkan rasa cemburu yang datang tanpa di undang.

"Tak apalah Farra. I tak mahu ganggu you all. Nanti kita jumpa lagi boleh?.." pinta Razif penuh mengharap.

Dipandang tepat ke arah Farra yang sudah berdiri disamping Zackie. Lengan Zackie dipaut erat oleh jari-jemari Farra.

"Zif... That's nothing to discuss anymore. I'm already married.." ujar Farra.

Patutlah perlakuan mereka begitu mesra rupanya Zackie suami Farra. Perlahan Razif berdiri menghulurkan tangan pada Zackie yang tersenyum bangga disisi Farra.

"You're the luckiest man Zackie.." ujar Razif perlahan.

Hanya itu yang mampu diucapkan. Farra dan Zackie memang cocok bersama dan dialah lelaki malang yang menolak tuah!. Rambutnya diurut perlahan. Cuba menyembunyikan kekesalan dihati. Senyuman yang dilontar juga terasa hambar.

"Okay lah, kirim salam pada Maklong dan Paklong ya Zif.." lembut dan tenang suara Farra menitip pesan.
Razif pula hanya menganggukkan kepala.

Mendengar perkataan Maklong dan Paklong dari mulut Farra, barulah Zackie menyedari rupanya Razif bekas suami Farra dulu. Zackie hanya tersenyum. Tenang!

"Jom sayang.... pergi dulu ya.." ujar Zackie seraya mereka mengorak langkah dari situ.

Razif hanya memerhati pasangan dua sejoli yang berpengangan tangan melangkah pergi. Sebal terasa melanda hati!

Bersambung.........💕💕💕

Zackie🕶💕Farra👄

Zackie🕶💕Farra👄

К сожалению, это изображение не соответствует нашим правилам. Чтобы продолжить публикацию, пожалуйста, удалите изображение или загрузите другое.

К сожалению, это изображение не соответствует нашим правилам. Чтобы продолжить публикацию, пожалуйста, удалите изображение или загрузите другое.

Sosweett kan!!😏😏

К сожалению, это изображение не соответствует нашим правилам. Чтобы продолжить публикацию, пожалуйста, удалите изображение или загрузите другое.


Sosweett kan!!😏😏

Yuhuuu..🙋💕😍 sis double update ya. Sorry kalau hambar💕 hope enjoy! Muahh😋😋

Done!
Please Vote Vote & Coment!
Thankyou.

Mithali Cinta [C]Место, где живут истории. Откройте их для себя