Part 51 🌹

53.7K 476 108
                                    

RAZIF iskandar tercegat memandang Farra tidak berkelip.

Hari itu Farra mengajak Fazilah menemaninya bershopping di Mall sambil menunggu Zackie. tanpa menyangka akan bertemu dengan Razif sepupunya merangkap bekas suaminya dulu.

"Boleh kita berbicara Farra.." pinta Razif penuh mengharap.

Kasihan pula Farra setelah begitu lama tidak ditemui. Dia bersetuju dengan syarat Fazilah turut sama menemaninya. Razif bersetuju walaupun agak berat menerimanya turut serta.

Fazilah bagaikan lembu tercucuk hidung mengikut sahaja langkah kaki Farra dan Razif ke Cafe berdekatan disitu.

"Maklong dan Paklong sihat Zif??." pertanyaan Farra hanya di balas dengan anggukkan Razif.

Razif menatap seraut wajah yang pernah dilukakan dulu semata-mata untuk mencapai kebahagiannya. Tidak sangka Farra masih boleh bertenang dan berlembut dengannya.

Sekian lama dia mencari Farra dan tidak disangka disitu dia bersua muka akhirnya.

Jari-jemari Farra yang berada dihadapannya cuba digenggam tetapi pantas Farra menarik tangannya. Razif terkedu seketika namun tersenyum hambar. Fazilah disebelah Farra juga terkejut dengan perlakuannya.

"Aku ke toilet kejab ya babe.."  ujar Fazilah lantas berlalu dari situ.

Menyedari Razif masih lagi membisu, Fazilah mula merasakan mungkin dia penyebabnya. Farra tidak membantah dirasakan Razif seperti ingin memperkatakan sesuatu tanpa pendengaran orang lain.

"Farra kita rujuk semula! Please..." ujar Razif lembut.

Nasib baik air yang sedang di minum tidak tersembur. Farra tersedak. Tangan Razif ingin mengusap belakangnya ditepis lembut.

"You sedar tak apa yang you cakap ni Zif??." soal Farra masih lagi terperanjat dengan permintaan Razif secara tiba-tiba itu. Setelah lama mereka tidak bertemu.

"Zurina mana Zif??." pertanyaan Farra dibalas dengan sebuah keluhan dari Razif.

"Kitaorang dah bercerai. Dia curang dengan I Farra. I tak sangka." perlahan sahaja Razif bersuara.

Razif memandang Farra yang kelihatan ayu seperti dulu. Kini semakin berseri-seri. Dia lah yang malang melepaskan Farra dulu. Menyesal tak guna.

"So kenapa pulak you nak rujuk dengan I semula. Dah terlambat. Pergilah cari wife baru senang kan!." balas Farra meluat. Razif melepas sebuah keluhan mendengar sindiran Farra.

"Farra..... I nak jernihkan balik hubungan kita dan hubungan you dengan parents I," jelas Razif merenung tepat ke mata Farra yang pernah menjadi isterinya seminggu tanpa disentuh.

"Kenapa baru sekarang you nak jernihkan hubungan kita! Kenapa tak sebelum you ceraikan I dulu Zif!!.." ujar Farra.

"I tak pernah buat salah pada you Zif, apa yang you katakan pada parents you, betul-betul merendahkan maruah I. satu-satunya saudara yang I ada membuang I, menghina I Zif.! Mana perasaan you saat itu!.." ujar Farra lagi. Sakit rasa hatinya saat itu.

Tanpa sedar airmatanya menitik mengenangkan perbuatan Zackie terhadapnya dahulu. Hidupnya terumbang-ambing membawa status janda pada usia muda. Selalu dirinya dulu menjadi bahan sindirin orang.

Razif meraup wajahnya, dia sedar dia bersalah pada Farra. Setelah dia mengetahui Zurina curang dibelakangnya. Dia lansung menceraikan wanita itu. Ingatannya tertumpu pada Farra. Mungkin ini lah balasan Tuhan padanya.

Ibunya Puan Zaleha selalu mendesaknya mencari Farra kembali. Itupun setelah rahsia penceraian mereka terbongkar kerana adik perempuannya. Amylia! yang pernah mendapat penjelasan dari Farra membetulkan apa yang dibohongi Razif pada keluarganya selama ini.

Mithali Cinta [C]Where stories live. Discover now