Part 22 🌹

53.4K 470 7
                                    

MENJEJAKKAN kaki kembali di rumah banglo dua tingkat di pinggir kota itu. Farra mengeluh sendiri.

Berselerak bilik Zackie bagaikan tongkang pecah. Dalam mengeluh, sempat juga di kemasnya sehingga bersih.

Setelah solat Asar, Farra menuju ke pasaraya berhampiran mencari barang keperluan.

Farra ingin memujuk Zackie dengan masakannya. Dia tahu Zackie sukakan masakannya.

Walaupun badannya penat. Farra tersenyum puas. Harap-harap rajuk Zackie akan terpujuk jua.

Selesai memasak dan mengemas. Farra kembali ke bilik air dan menunaikan solat Maghrib.

Mungkin sebentar lagi Zackie pulang. Setelah solat Maghrib dia melangkah ke ruang tamu.

Di meja makan telah siap terhidang lauk-lauk yang dimasak. Ditutup elok dengan tudung saji.

Hanya menunggu kepulangan Zackie. Keletihan badan yang di rasai sepanjang hari menyebabkan dia terlena di sofa, tanpa menyedari di luar kegelapan mula menyelubungi alam.

Pukul 9.30 malam Zackie pulang ke rumah. Suasana gelap sahaja. Segelap hidupnya semenjak ketiadaan Farra.

Tanpa membuka lampu, dia melangkah menaiki tangga menuju ke biliknya. Ingin menghempas badannya yang letih. Letih dengan kerja.

Langkah Zackie terhenti di muka pintu. Biliknya kemas. Tidak lagi sama seperti pagi tadi macam tongkang pecah.

Hairan juga hatinya. Siapakah yang mengemas biliknya.?

Pantas langkah di atur ke bilik sebelah. Dibukaknya pintu bilik Farra tetapi tidak berpenghuni. Beg pakaian yang terletak di birai katil membawa senyuman di bibirnya.

''Farra dah balik yesssss......." jerit hatinya.

Zackie turun berlalu ke dapur, kelihatan tudung saji di meja makan. Tersenyum lagi dia melihat hidangan yang tersedia. Rajuk dan marahnya hilang bagaikan angin lalu. Terpujuk dengan sendirinya.

Terburu-buru Zackie melangkah ke ruang tamu. Setelah lampu ruang tamu itu di hidupkannya, baru dia sedar rupanya Farra terbaring disofa.

Farra yang sedang lena itu di hampiri. Pipi gebu itu dikucupnya perlahan tidak cukup dengan itu dahi itu juga di kucupnya lembut.

Terpisat-pisat Farra membuka mata. Melihat senyuman terukir di wajah tampan itu. Farra juga turut mengukir senyuman. Akhirnya rajuk Zackie terpujuk jua.

''Hai Zackie dah balik ya." ujar Farra manja.

Zackie ketawa kecil. Tubuh Farra di peluknya erat.

''I miss you sayang..." ujar Zackie.

''Hmmmm..... I miss you too...." bisik Farra penuh makna.

Farra hanya melayan Zackie makan. Dia hanya menjamah sedikit sahaja, Tidak lalu rasanya untuk menelan.

Kepenatan badan seakan menghapuskan nafsu makannya ketika itu.

Zackie juga hairan dengan sikap Farra yang tidak seperti biasa. Letih alasan yang mampu dicipta serta sebuah senyuman yang mematikan kebimbangan yang mula bersarang di hati suaminya.

Zackie makan dengan penuh berselera sekali. Sudah lama dia tidak menikmati masakan isterinya.

Ikan goreng, udang masak sambal dan sayur campur bukan main sedap lagi dirasakan.

''Alhamdulillah... Ahh... Kenyangnya...
You nak tahu tak, I rindu sangat dengan masakan isteri I ni, sedap sangat" ujar Zackie manja.

Farra tersenyum. Hatinya sedikit berbunga mendengar pujian suaminya.

Tidak sia-sia dia belajar memasak dengan Maklongnya dulu, satu-satunya mak saudara yang dia ada.

Sekarang hanya Zackie yang dia ada. Keluarga yang dia ada dulu pun telah membuangnya ekoran peristiwa penceraiannya dahulu.

Bila mengenangkan kembali apa yang berlaku dulu, hatinya menjadi sebak tiba-tiba. Keruh saja wajahnya.

Melihat Perubahan pada wajah Farra, Zackie terpinga-pinga.

''Kenapa ni? Penat ke? I minta maaf Farra kalau buat you susah hati. Janganlah macam ni, takkan I puji sikit dah nak menangis."

Farra kembali tersenyum mendengar usikan Zackie.

Setelah habis mandi barulah dihampiri Farra yang sedang menonton di ruang tamu di tingkat atas.

Tersenyum dia mendengar ketawa Farra. Bagaikan irama merdu di telinganya.

''Patutlah suka hati... Layan Hindustan rupanya."

Usikan Zackie hanya di balas dengan sebuah cubitan di perut. Ketawa Zackie dengan perbuatan spontan Farra.

''Tak ada kerja lain ke, asyik mencubit aje. Keturunan ketam ke?." usik Zackie lagi.

Farra mencebik bibir malas hendak melayan usikan Zackie bila babak nyanyian dalam filem yang ditayang.

Asyik sekali Farra melihat gerak geri tari hero dan heroin, dengan lagu yang merdu.

''Cantik kan Heroin tu..." ujar Farra.

Sekilas Zackie memandang kaca TV sebelum kembali menatap wajah isterinya.

''I rasa... you lagi cantik sayang." Spontan saja Zackie membalas.

Kepalanya diletakkan di ribaan Farra.
Dia suka bermanja dengan isterinya dan seperti biasa isterinya akan mengusap rambutnya perlahan-lahan.

Walaupun mata Farra tertumpu pada Skrin TV, tetapi tangannya tetap mengusap rambut suaminya lembut.

Wajah Farra di tatap lama. Wanita itu sudah hanyut dalam dunia hindustan. Begitu asyik menonton, dari dahi hingga ke bibir di renung satu persatu.

Cantik betul Farra malam itu. Dia terpesona seketika. Leher jinjang isterinya yang putih bersih pula menjadi tumpuan matanya.

Dengan lembut Zackie mencium leher isterinya. Di jilat-jilat dan digigit manja leher isterinya. Nafasnya makin memberat. Tak tertahan lagi rasanya..

Dagu isterinya dicium sekilas naik perlahan ke bibir lembut isterinya. Di lumat-lumat sepuasnya.

Basah habis bibir Farra terkena liur Zackie.

Farra terkejut dengan perlakuan suaminya. Akhirnya dia merelakan cumbuan demi cumbuan yang di terima suaminya.

Matanya isterinya di renung. Berdebar hati Zackie melihat mata isterinya. Mengoda sekali.. Tidak tahan lagi rasa batinya. Dia sudah tidak kisah lagi. Dia inginkan isterinya. Dia cintakan isterinya.

Sebagai lelaki yang masih teruna. Dia akan membuat isterinya merengek-rengek dengannya, akan di kerjakan isterinya sehingga tak mampu berdiri..

Dia mahu Farra mengingatinya dan akan dia buat cara mainanya di atas ranjang lebih jauh hebat dari bekas suami Farra.

Zackie mengangkat tubuh isterinya melangkah menuju ke bilik tidurnya.
Hanya satu yang di impikannya, menakluki tubuh Farra sepuas-puasanya.

Bersambung.......💕💕💞

Jeng...jeng....jeng...jeng.....🔞

Done!Please Vote Vote & Coment!Thankyou

Ουπς! Αυτή η εικόνα δεν ακολουθεί τους κανόνες περιεχομένου. Για να συνεχίσεις με την δημοσίευση, παρακαλώ αφαίρεσε την ή ανέβασε διαφορετική εικόνα.

Done!
Please Vote Vote & Coment!
Thankyou.

Mithali Cinta [C]Όπου ζουν οι ιστορίες. Ανακάλυψε τώρα