Part 1 🌹

61.8K 770 51
                                    

''MUKA tak tahu untung! Malu aku nak mengaku anak saudara. Sampai hati kau memalukan aku selepas apa yang telah aku buat untuk kau." tengking Puan Zaleha geram setelah mendengar kata-kata Razif.

Anak saudara yang dipuja dalam diam rupanya hina perangainya. Farra yang baru pulang dari tempat kerja terpinga-pinga mendengar tengkingan Puan Zaleha. Semua ahli keluarga memandangnya penuh kebencian. Kenapa?

''Kau ambil barang kau berambus dari sini! Berambus! Aku tak mengaku kau saudara aku dunia akhirat. Pergi! Pergi!."

Makin menggila Puan Zaleha melihat Farra yang berpura-pura tidak mengerti.

Siti suhaila memaling muka ke arah lain. Terasa ingin diludah muka sepupunya yang dipuja dalam diam. Baik, sopan santun. Semuanya hanya lakonan.

''Mak long, kenapa...."

Belum habis Farra berkata. Puan Zaleha menampar pipinya kuat sehingga dia hampir tersungkur. Nasib baik tangannya sempat berpaut pada dinding di belakangnya

''Jangan kau pura-pura tunjuk baik. Aku tatang kau, aku bela kau, aku jadikan kau menantu aku tapi kau! Anak tak tahu beruntung. Yatim piatu berperangai keji!."

Farra menangis mendengar makian Puan Zaleha yang tidak diketahui puncanya. Razif juga berada disitu tunduk lansung tidak mengangkat muka memandangnya.

Terdetik di hati Farra ! Mungkinkah Razif? Perlahan dia menapak menghampiri Razif yang diam membisu.

Terdetik di hati Farra ! Mungkinkah Razif? Perlahan dia menapak menghampiri Razif yang diam membisu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

''Zif... apa yang dah Zif lakukan pada Farra. Cakap Zif! Cakap!!!."

Diikutkan hati mahu sahaja ditampar lelaki di hadapannya. Ternyata Razif terlalu takut untuk memandang wajahnya membuktikan lelaki itu berbuat salah pada dirinya.

''FARRA JESSICA ! . Mulai hari ini aku gugurkan talak satu pada kau. Antara kita bukan lagi suami isteri."

Ya ALLAH! Hampir sahaja dia pengsan mendengar kata-kata Razif Iskandar Suaminya.

Dua minggu berkahwin dia telah diceraikan atas sebab yang dia sendiri tidak tahu hujung pangkalnya.

Dalam linangan airmata Farra mengemas semua pakaian yang ada. Memasukkannya ke dalam beg tanpa dilipat kemas.

Tidak betah lagi berada di situ lama-lama. Bila herdikan dan makian di terima ! Sungguh terluka hatinya!.

''Kak Farra...."

Amylia berdiri di belakangnya dengan airmata berlinang di pipi.

Tubuh gadis comel yang mesra dengannya dirangkul erat. Farra sendiri menangis teresak-esak.

''Amylia percaya kak Farra tak buat semua tu. Kak Farra terlalu baik buat Amylia..."

Kata-kata Amylia menarik perhatianya. Segera pelukan di tubuh gadis itu di longgarkan. Menatap seraut wajah yang comel itu.

Dalam keadaan menangis Farra bertanya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Dalam keadaan menangis Farra bertanya..

''Lia..... Boleh Amylia beritahu kak Farra apa yang telah terjadi? Dan apa yang Abang Razif beritahu pada semua orang sampai begitu teruk Kak Farra kena marah?." soal Farra.

Gadis yang berusia 17tahun itu di tatap lembut. Terlihat kegelisahan di wajah Amylia. Tetapi segera dia memujuk dengan lembut.

''Abang Razif cakap pada ibu, pada semua orang yang kak Farra..... Kak Farra..... Dah tak dah... Tak suci lagi. Kak Farra pernah terlanjur dengan boyfriend kak Farra dulu."

Merah wajah Amylia memberi penjelasan.

Teringat Farra kata-kata Razif masa bulan madu di pulau pangkor tiga hari lalu.

''ZIF minta maaf Farra. Sebenarnya Zif tak boleh terima Farra dalam hidup
Zif, Zif dah ada kekasih hati. Zif terlalu mencintai dia sehingga Zif tak sanggup memainkan peranan sebagai seorang suami. Please Farra.... Zif buntu.. Tolong Zif Farra...."

Farra bingung mendengar luahan hati lelaki itu. Kenapa baru sekarang di suarakan?.

Kenapa tidak sebelum penyatuan mereka? Kenapa? Jerit Farra di dalam hati. Wajah Razif yang kacak itu dipandang sinis.

Sejak berkahwin hingga hari ini, zahirnya mereka sebilik tetapi membawa haluan sendiri.

Razif terlalu dingin. Lansung tidak mempunyai perasaan atau keinginan untuk memekarkan hubungan yang sah antara mereka suami isteri.

''Farra juga tak setuju dengan perkahwinan ini Zif, tapi kerana mak long dan pak long sukar untuk Farra menolak. Tapi Zif kan boleh berterus terang. Kenapa Zif tak terangkan pada Ibu dan Ayah Zif perkara sebenar..."

''Zif tak berani Farra.... Zif tak berani, Zif tak mampu nak tolak harapan ibu nak menantukan Farra walaupun kita sepupu tapi ibu terlalu menyayangi Farra. Tapi Zif juga tak boleh tinggalkan kekasih Zif. Zurina!."

''Habis tu Zif nak suruh Farra buat apa sekarang?"

''Kita berpisah saja Farra."

"Berpisah! Maksud Zif bercerai? Atas alasan apa Zif?."

''Nanti Zif fikirkan."
Begitu senang lelaki itu menutur kata seolah-olah bercerai perkara mudah. Apa alasan yang hendak dicipta untuk menghuraikan ikatan yang telah sah disisi agama.

Apa pula kata puan Zaleha dan encik Hamdan nanti. Baru seminggu di satukan dalam majlis penuh meriah baru Razif bersuara? Sakit kepala Farra memikirkan masalah yang melanda.

''Kak Farra jangan pergi...Amylia sayangkan Kak Farra......"

Kata-kata Amylia adik Razif menyedarkan Farra dari lamunan.

Wajah Farra tiba-tiba pucat tidak berdarah. Oh TUHAN. Sungguh tidak disangka Razif sanggup menjatuhkan maruahnya demi orang yang dicintai, sedangkan dia tidak pernah berbuat salah pada lelaki itu.

''Kak Farra harus pergi lia... Hati kak Farra dah terluka. Lia percaya Kak Farra kan. DEMI ALLAH kak Farra tak pernah buat seperti apa yang abang Razif katakan pada semua.

''Sampai hati Razif!!! Lelaki pengecut!!!" detik hati Farra.

Terduduk Farra di atas katil. Perasaan marah, benci bercampur aduk. Kalaulah Razif di hadapanya sudah pasti dia tidak teragak-agak membunuh lelaki itu.

Bersambung......

Done! Please Vote Vote & Coment!Thankyou

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Done!
Please Vote Vote & Coment!
Thankyou.

Mithali Cinta [C]Where stories live. Discover now