Part 7 🌹

37.9K 520 6
                                    

MENITIS airmata Farra apabila sah menjadi isteri kepada Zackie Rihaz, sungguh tak disangkanya.

Hanya dipejabat agama pernikahan mereka, disaksikan Datin Aisyah dan beberapa saksi yang lain.

Kegembiraan Datin Aisyah sungguh tidak terhingga ketika itu. Datuk Azlan tidak menampakkan muka masih lagi membantah perkahwinan itu.

''Zackie.... Farra tak kisah kalau Zackie nak keluar dengan Natasha. Pergilah. Dah banyak kali dia call tu. Jangan risau nanti pandailah Farra  bagi alasan kat mama okey.." ujar Farra meredakan resah dihati Zackie setelah mereka diijabkabulkan.

Zackie terharu dengan pengertian Farra disaat itu. Longlai langkahnya meninggalkan Farra dibilik.

Selesai menjaga Datin Aisyah yang kini semakin lemah. Farra berlalu menuju ke tingkat atas.

Kini sudah genap seminggu perkahwinan mereka. Dia juga telah berpindah ke bilik sebelah tidak mahu menganggu privacy lelaki itu. Zackie melayannya seperti biasa.

Dipejabat mereka masih terus berlakon seolah-olah tiada apa yang berlaku. Perkahwinan itu dirahsiakan.

Tersentak Farra dengan kehadiran Zackie dibiliknya. Dia yang baru keluar dari bilik air bertuala separas dada berasa gementar direnung oleh Zackie yang telah menjadi suaminya.

Zackie memandang Farra dia terpaku memandang keindahan tubuh Farra yang tidak pernah diterokai olehnya.

Nafsu lelakinya bergelora. Hanya Farra yang selalu diimpikan siang dan malam dahulu, sekarang berada dihadapanya dalam keadaan begitu. Rambut yang basah menambah gelodak di hatinya.

Tiba-tiba terbayang diruang matanya. Isterinya berciuman dan berpelukan mesra tetapi bukan dengan dirinya.

Isterinya bersama lelaki lain dan begitu menghairahkan. Lelaki itu kelihatan mengejek dirinya terusan bermesra tanpa peduli dia berdiri disitu.

''Zackie.... kenapa ni?." soal Farra hairan.

Serentak itu dirinya ditampar. Terhenyak Farra kedinding.

Perit pipinya menerima tamparan telapak milik Zackie yang tiba-tiba. Apa salahnya..... Rintih Farra ketakutan melanda diri.

Zackie yang tersedar  dari lamunan terkejut dengan perbuatannya.

Farra tersandar di dinding menangis ketakutan. Ya allah! Pada fikirannya dia menampar lelaki yang dilihatnya bermesra bersama isterinya.

Perlahan dia menghampiri Farra..

''I'm Sorry Zackie. I'm sorry. I takkan sentuh you lagi. Please jangan buat I macam ni. Sakir Zackie. Sakit...."

Farra merayu memohon simpati. Airmatanya merembas keluar. Sangkanya mungkin sentuhan dia menyebabkan Zackie bertindak kasar begitu.

Zackie yang cuba memegang tangannya ditolak perlahan.

''Farra.... Farra listen, I'm sorry, I tak sengaja. I tak sedar. I tak berniat nak sakiti you Farra!  Please... Relaks bertenang... "

Tubuh menggigil itu dipeluknya erat sehingga tubuh kecil itu berhenti menggigil. Dahi isterinya dikucup lembut Farra terpaku.

Malam itu Zackie menemani Farra tidur. Dia cuba menyakinkan Farra bukan sentuhan Farra yang menyebabkan dia melepaskan tamparan.

Farra mengeraskan tubuhnya. bimbang tersentuh tubuh sasa suaminya disebelah.

Jika diikutkan hati mahu saja dia lari kebiliknya mengunci pintu. Tidur sendirian. Tetapi Zackie terlalu mendesak.

Tamparan Zackie melekat dihati bukan kerana benci tapi kerana tidak disangka suami yang dipuja dalam diam berlaku kasar. Kecil hatinya.

Payah betul menerima penjelasan Zackie. Tidak memaksudkan tamparan yang diberi. Habis kalau bukan kerana sentuhanya. Apa? Soalnya sendiri.

Zackie juga tidak boleh melelapkan mata. Marahnya datang tiba-tiba. Imej didepan mata membuatkan dia bertindak begitu.

Tidak adil rasanya isterinya dimesra oleh lelaki lain selain darinya. Entah kenapa dia cemburu. Terlalu cemburu mengenangkan isterinya dengan lelaki lain.

Pengerakan tubuh kecil disebelahnya menyakinkan bahawa isterinya juga tidak dapat melelapkan mata.

''Farra... Please believe me. Jangan takut dengan I, I tak sengaja, I bukan nak bertindak kasar dengan you." ujarnya kesal.

Tiada jawapan. Zackie mengeluh lagi. Badan isterinya dipusing menghadap wajahnya.

Seraut wajah jelita yang menghuni hatinya sejak lama dipandang. Terpaku melihat keindahan yang diciptakan Tuhan.

''I takkan sakiti you lagi... I janji... Apa yang berlaku tadi diluar sedar I. Macam mana I nak yakinkan you Farra, bukan niat I menyakiti you."

Matanya terus menatap sepasang mata bening milik isterinya yang berkaca. Pilu hatinya. Bergetar bibir itu menahan sendu.

Lantas tubuh lansing itu didakap sehingga Farra dapat merasakan degupan jantungnya yang laju. Baginya pengertian Farra yang penting buatnya sekarang.

Bersambung............

Done!Please Vote Vote &  Coment!Thankyou

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Done!
Please Vote Vote &  Coment!
Thankyou.

Mithali Cinta [C]Where stories live. Discover now