CHAPTER 13

1.3K 125 68
                                    

「 TRAUMA 」
Every pain is a gift. Every pain is an opportunity

Chapter 13: Moving

❃ ════ • ❤️ • ════ ❃

Pagi yang indah dengan suasana yang tenang di tepi pantai. Bunyi ombak yang melanggar pasir kedengaran membuatkan hati seorang insan ini bertambah tenang. Insan itu benama Halilintar, The Legend That Always Win- eh dah lari plot.

Angin yang sepoi-sepoi bahasa menyentuh lembut pipi dan rambutnya. Air laut yang terkena pada kakinya terasa amat sejuk dan segar. Fuh, syoknya kalau mandi ni.

Tapi apakan daya, tujuan Halilintar ke sini bukannya untuk mandi tapi untuk menenangkan hatinya yang sedang resah, gemuruh, sedih dan marah. Semuanya kerana dua orang manusia yang datang ke rumahnya petang semalam. Siap menggelarkan diri mereka sebagai papa dan adik kepadanya.

Gaya pemakaian Halilintar sekarang adalah t-shirt berlengan panjang berwarna merah untuk menutup kesan torehan pada lengannya. Jaket hitam yang diikat pada pinggang, berseluar jeans biru yang telah dilipat sedikit supaya tidak basah terkena air laut dan kasut hitamnya dipegang pada tangan kanannya.

Topi hitam yang berlambang kilat merah kegemarannya dipakai. Halilintar berjalan di persisiran pantai sambil mendengar bunyi ombak dan burung-burung yang mengeluarkan suara sama ada enak atau tak.

Fikirannya sangat serabut waktu ini. Orang akan kata 'Kau ni dah kenapa? Macam orang tak betul aje. Bukan sepatutnya kau happy ke sebab dah bertemu dengan ahli keluarga sebenar kau?'.

Orang cakap senanglah. Dia bukan tak gembira tapi dalam masa yang sama dia sedih dan kecewa. Kenapa baru sekarang papanya muncul? Adakah papanya ambil Haliko sebagai anak angkat untuk menggantikan tempatnya?

Pelbagai soalan yang bermain di fikirannya sekarang ini. Bertambah kusut la nampaknya kepala otak kau, Hali oi.

Dia menghela nafas perlahan namun tiba-tiba ada satu suara yang tidak diundang kedengaran-

"Hali? Oi, Hali!"

Halilintar memusingkan badannya ke belakang. Terselah muka si putera yang tak seberapa nak hensem pada readers. Jeng... Jeng... Jeng... Orang itu adalah TAUFAN!!!

Taufan menolak rambutnya ke belakang. T-shirt biru pastel berlengan pendek tapi dilipat ke paras bahu, jaket putihnya diikat pada leher, cermin mata hitam yang berada di atas kepalanya, seluar jeans hitamnya dan akhir sekali, final touch adalah kasut sapphirenya dipegang pada tangan kirinya. Betul-betul nampak seperti model.

Hah, ini barulah boleh jadi laki orang. Kalah tak, yang homo dengan bi pun tak nak kau. Bila semua orang pandang kau waktu ni mesti diorang kata, 'WOW!! PUTERA KACAK LALU! PUTERA KACAK LALU!'. Malangnya, ketika itu tiada sesiapa berada di pantai melainkan Halilintar dan Taufan.

Kuang~ Kuang~ Kuang~

"Kau buat apa kat sini?" Soal Taufan sambil mengangkat kening kanannya.

"Huh? Aku? Tak ada apa. Nak tenangkan fikirang aje," Halilintar meneruskan perjalanannya ke hati-

"Kau pulak? Apa yang kau buat dekat sini?" Soal Halilintar kembali.

"Gempa suruh aku cari kau-"

Taufan tidak jadi untuk meneruskan ayatnya apabila Halilintar memberi pandangan 'Kau jangan nak menipu eh. Aku sepuk kepala kau masuk dalam pasir ni kang,'.

"Uhm- Blaze ajak aku lepak kat sini- Okey! Okey!" Taufan mengangkat tangannya untuk melindungi dirinya dari dipukul oleh adiknya.

"Betul-betulah!" Marah Halilintar.

TRAUMA | BOBOIBOY HALILINTARWhere stories live. Discover now