CHAPTER 3

2K 190 29
                                    

「 TRAUMA 」

Every pain is a gift. Every pain is an opportunity

Chapter 3: Pass Out

❃ ════ • ❤️ • ════ ❃

"Hali?"

Kejap... Asal familiar sungguh suara ni?

"Hali? Kau ada kat dalam ke? Bukaklah pintu ni?" soal si empunya suara di sebalik topeng pintu bilik Halilintar.

"Ye, aku ada. Jap," Halilintar menyimpan semula gambar polaroid tadi dalam laci almarinya lalu turun dari katil dan pergi ke arah pintu.

Sebaik sahaja Halilintar membuka pintu, tersembul wajah 'hensem' Taufan di hadapannya.

Alahai, Hali. Memang la kau rasa suara tu familiar. Suara Taufan, abang kau. Korang kan tinggal sebumbung?

"Apa?" soal Halilintar.

"Gempa suruh panggil kau makan. Kalau kau tak nak nanti dia sendiri panggil kau. Kau nak turun sekarang ke tak?" jawab Taufan. Rasanya itu bukan jawapan. Itu lebih kepada bebelan si abang.

"Yelah... Aku turun sekarang," kata Halilintar. Dia menutup pintu biliknya.

Halilintar berjalan ke dalam bilik air. Mukanya dibasuh dengan air. Dia memandang pantulan dirinya pada cermin yang berada pada dinding.

Perlahan-lahan jari-jemari miliknya menyentuh permukaan cermin yang terasa sejuk. Halilintar memerhatikan wajahnya yang pucat dan kelihatan tidak bermaya.

'Wajah ni tak patut ditunjukkan pada sesiapa. Wajah yang lemah dan tak berdaya,' bisik hatinya perlahan.

Segera dia mengelap wajahnya, dia menuruni tangga satu per satu. Dapur ditujunya.

Halilintar menarik kerusi di hadapan Taufan dan duduk di atasnya.

"Hah, sampai pun kau! Ingatkan anak dara mana tadi tak siap bersolek kat atas," kata Taufan teruja. Tak sabar dah ni! Perutnya berbunyi minta diisi.

Halilintar menjeling Taufan. Gempa tersenyum.

"Dah, baca doa baru makan," Gempa, Halilintar dan Taufan menadahkan tapak tangan mereka.

Usai membaca doa, Taufan terlebih dahulu menyerang kesemua jenis hidangan yang berada di hadapannya. Walaupun dia tahu dia akan kena bebel juga dengan Gempa. Tapi apa dia kisah?

Gempa menggelengkan kepalanya apabila melihat karenah Taufan. Malas nak tegur. Kalau ditegur bukannya nak berubah adik dia yang sorang ni. Dia memandang Halilintar.

Pandangan Gempa yang tadinya biasa melihat Taufan terus menjadi kerisauan. Halilintar hanya memandang hidangan yang berada di pinggannya. Satu pun tak masuk dalam mulut.

"Hali tak ada selera lagi ke?" Soal Gempa. Ini dah kali kelima Halilintar berkelakuan begini.

Halilintar mengangkat wajahnya lalu mengangguk perlahan.

"Takkan kau nak skip makan malam lagi kot," Taufan menyumbat satu lagi suapan ke dalam mulutnya.

"Betul tu. Nanti perut Hali masuk angin, makanlah sikit," kata Gempa, jelas nadanya yang kerisauan akan adiknya itu.

TRAUMA | BOBOIBOY HALILINTARWhere stories live. Discover now