CHAPTER 4

1.9K 178 59
                                    

「 TRAUMA 」
Every pain is a gift. Every pain is an opportunity

Chapter 4: Hospital

❃ ════ • ❤️ • ════ ❃

"Aku nak benci kau. Aku nak buang kau dari hidup aku lepas apa yang kau dah buat pada aku. Aku harap sangat kau tak pernah muncul dalam hidup aku,"

"Tapi tak kira sekuat mana aku cuba untuk lupakan kau. Kau sentiasa berada di situ, berdiri seolah-olah memberi harapan pada aku yang kau akan kembali pada aku suatu hari nanti,"

"Aku benci kau,"

"Tapi dalam masa yang sama,"

"Aku sayangkan kau, Solar,"

❤️ TRAUMA ❤️

Titt... Titt... Titt...

Titt..........

"Pastikan perkara sebegini takkan berulang lagi. Ini dah kira bernasib baik dia tak hilang kawalan. Kalau tak..." Doktor CPR[😂] menggelengkan kepalanya.

"Baik, doktor. Saya faham. Terima kasih," ucap Gempa. Doktor CPR pun berlalu pergi.

Gempa menundukkan wajahnya. Kedua-dua belah tangannya dikepal. Dia memandang pintu bilik wad yang berada di sebelah kanannya.

"Ini semua salah aku,"

TRAUMA ❤️

"Asal kau senyap aje, Fan?" soal Ice. Dia meletakkan sebiji gelas ke atas meja berhampiran katil.

Dari Halilintar sedar sehinggalah sekarang, Ice perasan yang Taufan mengunci mulutnya. Tiada satu patah perkataan pun yang keluar dari mulutnya.

"Ice, kau tinggalkan kitorang kejap," pinta Taufan. Dia memandang tajam ke arah Ice.

Mulanya, Ice teragak-agak hendak mengikuti permintaan Taufan. Tidak lama selepas itu, akhirnya Ice membuka langkah untuk keluar dari bilik. Tinggalah Taufan dan Halilintar di dalam ruangan itu.

Halilintar tidak menunjukkan apa-apa reaksi. Matanya masih merenung tapak tangannya. Tanpa dia sedari, Taufan sudah pun duduk di tempat Ice tadi.

"Hali?"

"..."

"Hali!"

"..."

"Halilintar!"

"Ya?!" Halilintar menyahut. Matanya akhirnya memandang ke arah abangnya.

Taufan mengangkat keningnya, pelik dengan tingkah-laku Halilintar.

"Kau okey ke tak?" Soal Taufan namun Halilintar tidak menjawab. Barulah Taufan sedar yang adiknya itu kembali mengelamun.

"Oi! Kau bisu ke pekak?!" Jerit Taufan geram. Tetapi Halilintar masih tidak menunjukkan apa-apa reaksi.

Taufan mengurut dahinya. Apa kenalah dengan adik dia yang sorang ni. Pening kepalanya.

"Taufan," panggil Halilintar setelah lama dia mendiamkan diri.

TRAUMA | BOBOIBOY HALILINTARWhere stories live. Discover now