Epilog Part 43

7.1K 110 18
                                    


EPILOG

DI TANAH perkuburan Kampung Periok,Tumpat ,Kelantan...

Pagi jumaat yang tenang Fatin bersama keluarganya datang menziarahi kubur Huna. Mereka sedekahkan bacaan yasin dan juga berdoa kesejahteraan roh Huna di alam sana. Semoga roh wanita itu ditempatkan bersama dengan orang beriman.

Usai mengaminkan bacaan doa oleh suaminya, Fatin teresak dipangkuan Puan Rohana. Kehilangan Huna ibarat sayap Fatin patah sebelah. Hampir empat tahun Huna pergi Fatin tetap ingatkan Huna.

"Kenapa Huna pergi tinggalkan kita ma...Fatin tak dapat nak terima..." rengek Fatin.

"Sabar dik. Ini kehendak Yang Esa kita hanya hambaNya sekejap lagi pun kita pasti akan kembali kepada Dia." Puan Rohana memujuk. Bahu Fatin digosok lembut.

"Fatin baru nak tunjuk Abang Hazim dekat Huna, ma...Fatin pernah berjanji dengan Huna nak suruh Huna jadi pengapit Fatin tapi semuanya dah tak berguna lagi. Fatin kahwin Huna takde di sisi. Kalau awal-awal lagi Fatin larang dia berkahwin dengan Encik Riyad pasti Huna akan jadi isteri abang kan, ma? Fatin yang bersalah pada Huna...Fatin bawa Encik Riyad ke sini dan mereka berjumpa."

"Adik tak baik cakap macam tu. Mereka bertemu dan berkahwin disebabkan itu dah jalan takdir yang diaturkan Allah buat mereka. Terima pemergian Huna dengan rela dik, relakan dia."

"Adik akan cuba. Adik sayangkan Huna...Huna adalah kawan dan adik, adik dunia akhirat. Dia ada masalah dia tak pernah bagitahu, dia menderita hidup bermadu langsung tak dikongsi..." Fatin mengongoi seperti anak kecil.

"Adik tak baik menangis. Dahlah jom kita balik." Suara Encik Ramli.

Dia dan menantunya, Hazim sudah bangkit untuk pulang. Fayyad takde di situ. Fayyad ada kerja yang hendak dibuat di butik.

Puan Rohana membantu Fatin untuk berdiri. Hazim juga mendapatkan isteri yang sudah dia nikahi 6 tahun yang lalu.

'Huna minggu depan kak datang lagi. Kak harap roh Huna bersama dengan orang beriman. Oh lupa nak bagitahu masa majlis kahwin Kak Fatin, Encik Riyad dan Puan Hira ada datang. Mereka bawa anak-anak. Anak-anak saling tak tumpah macam kau, Huna. Harap mereka jaga anak-anak kau dengan baik. Huna berbahagialah kau di alam sana doakan aku yang masih di sini.'

Selepas berkahwin Fatin berhenti bekerja. Mahu menjadi surirumah tangga sepenuh pada suami yang menetap di Kelantan juga.

FAYYAD termenung di meja sambil memutar-mutarkan batang pen. Waktu cuti-cuti pun dia tetap bekerja untuk hilangkan rasa sedih yang sering bertandang. Nasib baiklah dia mempunyai keluarga yang memahami jiwanya. Tidak memaksa dia untuk mencari penganti Erin mahupun Huna.

Sejak pemergian Huna hatinya tidak tenang. Wajah manis gadis itu yang selalu tersenyum sering terbayang di matanya. Dia rindukan Huna. Dia baru sedar yang dirinya cintakan Huna namun mereka tidak berjodoh. Cinta tidak kesampaian itulah yang dia rasakan. Dulu masa Huna gilakan dia langsung dia tak pandang, sekarang siapa yang rugi.

Fayyad ingat lagi, masa majlis adiknya Fatin, diijabkabulkan dengan seorang jejaka pilihan hatinya, Riyad sekeluarga datang untuk menghadirkan diri. Dia rasa mahu tumbuk aje lelaki itu tapi, bila dia terpandang wajah anak-anak Huna hatinya tiba-tiba sebak. Rasa rindu membuak-buak di dadanya. Huna seolah hidup kembali baginya.

Lama dia termenung sendiri di dalam pejabat, di sebalik cermin pejabatnya Fayyad terlihat ada seorang gadis masuk ke dalam butiknya. Berselendang dan berjubah telah berjaya menarik perhatiannya untuk pergi melayan pelanggan itu. Walhal sudah ada pekerja yang sedia maklum akan melayan pelanggan itu.

Gadis itu asyik memilih kain pasang yang sedia tergantung, mencari yang berkenan di hatinya.

"Boleh saya bantu cik?" tanya Fayyad lembut dan manis senyumannya.

"Hmmm...tak pe saya nak pilih dulu," jawab si gadis tanpa menoleh kepada Fayyad.

Gadis itu keliling sambil membelek satu persatu pakaian yang tergantung setia dibontot oleh Fayyad tanpa sebarang suara.

Lima minit berlalu...

"Kalau yang ni berapa ya harganya?" si gadis akhirnya menatap wajah Fayyad yang setia di sebelah.

Fayyad tersentap dan terkejut terus menjerit.

"Huna!"

"Sorry...Siapa Huna?" Gadis itu cuak.

Mulut Fayyad terkumat kamit untuk berkata sesuatu.

"Awak bukan Huna..."

"Taklah saya Damia."Wajah gadis itu semakin bertambah kerut di dahinya.

"Wajah awak sama macam Huna...Mahu ke awak kahwin dengan saya?" laju sahaja Fayyad melamar gadis itu.

Gadis itu membulat mata dengan reaksi terkejut. Dia pandang Fayyad tanpa sebarang bicara.

Fayyad tak mahu berlengah lagi sebab Fayyad takut akan terlepas nanti. Gadis yang baru sahaja dikenali tak sampai lima belas minit bernama Damia yang mempunyai rupa paras seakan Huna terus dilamar untuk mengisi hatinya yang kosong.

Semoga ada jodoh di antara mereka berdua.

---------------------------- Tamat-----------------------------------

JODOH YANG DITAKDIRKAN aka CALON ISTERI KEDUAWhere stories live. Discover now