Part 19

2.4K 56 1
                                    


"ASSALAMUALAIKUM, imam pendampingku ke syurga nanti, apa khabar?"

"Wa'alaikumussalam bidadari syurgaku, tak berapa nak sihat sayang," lemau Riyad menyahut panggilan dari isterinya.

"Abang sakit?" cemas nada suara Shahira.

"Hmmm... tak larat nak bangun," rengek Riyad

Shahira sudah cuak. "Kenapa abang? Abang sakit apa?"

"Main hujan...'

Dengar jawapan suami terus Shahira gelak halus.

"Nak jadi budak-budak balik ke? Abang kan jenis badan tak kuat kenapa mandi hujan ni, kan dah sakit siapa nak jaga nanti,"

"Saja nak cuba tapi tak sangka boleh jadi demam tapi sayang jangan risau, Huna ada jaga abang,"

Shahira senyum kelat. Hampir dia lupa yang Riyad ada dua orang isteri sekarang.

"Lega hati Hira bila ada Huna yang jaga abang. Abang... bila nak balik?" tiba-tiba Shahira bertanya. Nada suaranya sudah cukup untuk menyatakan dia tengah merindui suaminya.

"Kenapa tanya?" Sengaja Riyad mahu mengusik

"Abang dah lupakan Hira?" Sayu saja suaranya.

"Rindu kan abang ke?"

"Mestilah rindu..."

"Kan senang kalau cakap rindu, ni tak cakap mana abang tahu. Sayang jangan risau abang akan balik nanti. Sayang tak pernah abang lupa walaupun sesaaat."

Shahira gelak halus.

"Pandai abang membodek ya. Huna dekat sebelah tak akanlah masih ingat Hira lagi. Ni Hira telefon tak kacau abang ke?"

"Takdelah. Abang tak pernah fikir macam tu pun. Maaflah abang tak larat nak bangun tu yang abang tak call sayang,"

"Hira tak tahu abang demam. Kalau Hira boleh Hira pasti ke sana sekarang,"

"Hira, jangan cakap macam tu. Demam abang bukan teruk sangat pun. Cuma sakit kepala aje. Jangan risau,"

"Abang bangun makan bubur ni. Dari tadi lagi abang tak makan Huna takut sakit abang semakin melarat," suara Huna sebaik dia masuk ke bilik. Di tangannya ada menatang sebuah dulung yang berisi bubur nasi dan segelas air suam.

"Kak Hira call ni," balas Riyad, menjarakkan sedikit telefonnya.

Huna tersenyum seraya mengangguk. Dia melabuh duduk di sebelah suaminya.

"Abang tak makan dari tadi lagi? Abang...." Shahira di corong sana bersuara.

"Ya... tekak takde selera,"

"Kalau sayangkan Hira sekarang juga abang makan. Hira tak nak abang bertambah sakit. Nanti Hira call abang lagi. Kirim salam Hira pada Huna,"

"Baiklah sayang. Nanti abang dah okey sikit abang call sayang balik."

Shahira mematikan telefon ke riba. Saat itu juga wallpaper di skrin telefon terpapar gambar perkahwinan dia dengan Riyad. Dia senyum sendiri. Dulu berdua sekarang bertiga. Dulu dia milik sendiri sekarang terpaksa berkongsi.

Allah titipkan bahagia untuk kita supaya kita bersyukur... Allah juga titipkan rasa sedih untuk kita belajar tabah. Tak semua yang kita inginkan akan dapat tapi apa yang diinginkan oleh Allah untuk kita pasti akan dapat.

Shahira cuba motivasikan emosi sendiri. Tipulah hatinya tak cemburu bila suami tercinta sakit ada wanita lain yang menjaga di waktu dia jauh. Sedar dirinya sudah bersangka buruk cepat-cepat dia beristighfar. Cuba ingat kembali apa yang dia baca, sebagai makanan hatinya setiap kali imannya goyah. Mutiara kata Habib Umar bin Hafidz seorang ulama berketurunan Rasulullah saw yang berbunyi.

JODOH YANG DITAKDIRKAN aka CALON ISTERI KEDUAWhere stories live. Discover now