Part 1

12.2K 144 4
                                    

Bab 1

Di sebuah Bandar Temerloh Pahang...

Riyad mengeluh sendiri. Laporan yang berlambak di meja langsung tak diusik gara-gara memikirkan sikap sang isteri di rumah. Berapa lama lagi dia perlu bersabar dengan kerenah Syahira. Berapa banyak lagi dia perlu jatuhkan egonya sebagai suami kerana terlalu sayangkan gadis itu. Semua itu langsung tidak dinilai dengan baik oleh Syahira. Riyad bukan jenis lelaki yang mementing hanya nafsu saja. Ya. Memang nafsu lelaki itu sering kali berontak kerana jarang dilunaskan, tapi dia masih ada iman di dada. Kalau kerana niat yang satu itu menjadi raja sudah lama dia tinggal isterinya itu. Bukan sekarang tapi setahun yang lepas lagi.

Syahira Dahlia hadir ketika Riyad Mirza dahagakan cinta seorang manusia yang berlainan jantina di saat dia sering mempermainkan manusia yang bernama wanita. Syahira hadir membentuk dia menjadi seorang hamba Allah yang patuh akan agama yang sebelum ini agak terpesong sedikit. Syahira dihantar kepada dia untuk menjadi suami yang sangat sabar mengadap kerenah manusia zaman sekarang. Syahira juga diwujudkan untuk memujuk dan menenangkan dia dalam semua hal ketika berdepan dengan pelbagai masalah dunia. Tapi kenapa Syahira buta untuk menilai betapa agungnya cinta seorang lelaki bernama Riyad kepada isterinya itu.

Lelaki bernama Riyad Mirza hanya cintakan Syahira Dalia selagi hatinya Allah tidak membolak- balikkan. Kalau dia kahwin lain bagaimana dengan Syahira sendiri? Sanggupkah Syahira menahan hati bila nampak dia bermesraan dengan perempuan lain di ranjang? Peluk-pelukan, bergurau senda di depan mata sendiri? Allah... Riyad sendiri tak sanggup apatah lagi orang yang melihatnya.

Aku sayangkan dia! Aku terlalu cintakan dia! Kenapa dia tak nampak semua itu! bentak Riyad dalam hati.

"Abang, Hira tak mampu nak bagi abang zuriat. Rahim Hira telah dibuang. Kewanitaan Hira telah hilang abang... Hira tahu abang dahagakan belaian seorang isteri... Hira tak mampu nak puaskan hati abang. Hira ibarat seorang manusia yang hanya ada roh tapi jasadnya cacat dan tidak berguna. Hira tak dapat nak berjalan bebas ke sana ke mari tanpa bantuan orang lain. Ibarat si buta kehilangan tongkatnya. Apatah lagi nak masak makanan kegemaran abang...Hira tak mampu abang...Siang malam Hira memohon petunjuk dari Allah walaupun berat, Hira tetap kena korban cinta Hira demi kebahagiaan abang. Hira nak abang kahwin lagi sorang...Hira izinkan...."

Ungkapan itu sering berlegar dalam otak Riyad setiap masa. Si isteri tak habis-habis merayu agar dia membina satu lagi masjid sejak beberapa mingu yang lalu. Jenuh dipujuk sang isteri agar jangan mengungkit lagi perkara itu. Setiap kali hal ini dibangkitkan hatinya sebagai suami setia pasti membahang. Hendak dimarah dia tidak sanggup, hendak ditengking lagilah dia tidak mampu. Nak taknak hanya mendiamkan diri adalah jalan terbaik bagi kedua belah pihak.

"Assalamualaikum, bos," sapa Fatin merangkap setiausahanya di sebalik daun pintu.

Riyad yang duduk menopang dagu sedikit termenung, tersedar. Dia panggung wajah ke pintu masuk kemudian mengangkat kening sebagai isyarat persoalan. Ada apa?

"Ni proposal yang dihantar oleh Encik Raju untuk cadangan kerjasama tentang projek dekat Pekan," jelas Fatin sebaik mendekati meja si bos.

Riyad memandang wajah si Fatin tanpa berkelip. Manis dan ayu bertudung. Fatin anak kelahiran negeri serambi mekah boleh di kategori wanita yang cantik. Badan sedikit kasar. Wajah bujur sirih. Kulit putih berseri. Kening lebat ala mak arab gitu. Semuanya sempurna di mata lelakinya.

Hmm... Kalau aku ambil Fatin jadi isteri ke dua aku ni, dia nak ke tidak? Sanggup ke dia berhenti kerja dan jaga Hira. Yang penting Fatin boleh terima ke kalau dia jadi isteri ke dua aku nanti? Fikiran Riyad dah mula melencong ke arah lain. Mulut si Fatin becok menjelaskan tentang serba sedikit kertas cadangan itu tanpa sedari dirinya diperhatikan.

JODOH YANG DITAKDIRKAN aka CALON ISTERI KEDUAWhere stories live. Discover now